Jiran

70 4 0
                                    

Alhamdulillah syukur Ira kini telah mendapat 2orang pembantu di kebun sayurnya. Dia juga dah tak perlu ke membantu Badrul dan Yaya berniaga pada malam hari.

Fokus Ira kini kepada pembelajaran untuk menempuh peperiksaan STPM. Siang tadi bapa saudaranya si Syamsul datang ingin meminjam duit dari neneknya. Seperti biasa jika nenek Faridah tidak memberi duit pergaduhan akan berlaku bukan sedikit yang dimahukannya RM 50k. Mengamuklah neneknya, ini semua gara-gara sang isteri telah disaman oleh pelanggan kerana mengalami masalah kulit berpunca daripada produk kecantikkan yang dikeluarkan.

Ibu mana tak risaukan si anak, baik buruk pun tetap di tolongnya.

Dah lama ke nenek sampai? Ira tak perasan, maaflah nek. Mana paksu?

Nenek balik dengan cikgu Haris tadi bukan dengan paksu kamu. Lepas dia dapat duit RM 15,000.00 tu terus dia suruh nenek balik sendiri katanya nak cepat jumpa peguam yang uruskan Maksu kamu tu. Kebetulan nenek keluar dari tabung haji tu cikgu Haris pun baru keluar dari tabung haji. Itu sebab nenek balik dengan dia. Mari tolong nenek masak, kita ada tetamu untuk makan tengahari ni.

Kesian penat tak apalah hari ni biar Ira sahaja yang masak.

Menu hari ini adalah terung sambal, goreng kunyit udang dan kerabu siakap. Hari ini sebenarnya hari persekolahan biasa oleh kerana Ira perlu menyiapkan kertas kerja kajian industri untuk tingkatan enam atas jadi dia telah keluar kelapangan selama seminggu untuk menjalankan kajian kes dan menjalankan temubual kepada responden. Oleh sebab itu dia tidak ke sekolah hari ini dia sebenarnya menyiapkan proses memasukkan data hasil kaji selidik yang telah dia jalan. Itulah sebabnya dia tidak sedar semasa neneknya pulang dari tabung haji.

Assalamualaikum..... satu suara dari luar jendela dapur.

Nenek ada orang datang dengan pantas si gadis itu berlari ke bilik mengambil tudung untuk menutup kepalanya.

Waalaikumussalam masuk Haris Zain.. Ira tolong nenek hidangkan makanan ni tetamu kita ni dah sampai ni.

Baik nenek.

Makan tengahari hanya kedengaran perbualan cikgu Zain dan nenek kadangkala sahaja cikgu Haris menyampuk itu pun mengiakan kata-kata cikgu Zain dan ketawa dengan jenaka yang mereka buat.

Macam mana dengan paper work Ira? Tiba-tiba cikgu Haris memulakan bicara dia dengan aku.

Emmm apa?

Ke mana dah kamu berkhayal tu Ira? Cikgu Haris tanya tu macam mana dengan kertas kerja kamu tu dah siap ke?

Oh, dalam proses cikgu.

Kalau nak apa-apa bantuan dan pertanyaan bagitaulah InsyaAllah cikgu boleh bantu kata cikgu Haris.

Betul tu Ira, cikgu Haris basic kewangan dan perniagaan. Saya pulak sejarah. Kami mula tahun ni mengajar tingkatan 4 dan 5. Sekurang-kurangnya dapatlah membantu kami cara penyampaian kepada para pelajar dengan lebih baik. Jelas cikgu Zain.

Selesai makan tengahari itu, nenek meminta Ira menunjukkan kajian yang dibuat oleh Ira kepada cikgu Haris. Cikgu Haris membaca dan memberi sedikit idea untuk menambah baik kajian Ira. Sedang mereka rancak menyiapkan tugasan tiba-tiba kelihatan sebuah kereta Honda Civic masuk ke perkarangan rumah nenek Faridah.

Assalammualaikum.. nenek, Ira cikgu Haris... Cikgu Zain pun ada.

Waalaikumussalam. Umi dengan Baba masuklah. Kata Syahirah kepada cikgu Norhayati dan suaminya ustaz Zulkifli.

Ustaz jemputlah masuk kata cikgu Haris.

Zul yati masuk nak. Mak ada ni tengah makan rojak buah dengan si Zain.

Amboi mak dapat rojak lupa anak kat sini usik cikgu Norhayati. Mak jambu batu yang tak ada biji tu ada lagi tak? Hari tu makan kat kantin sekolah Mahad bagi berebut mak.

Ada kat kebun si Ira tak sempat nak kutip buah banyak.

Betul umi maaf tak sempat nak hantar kat umi dengan Baba. Ira sibuk nak siapkan kajian ini.

Tak apa. Baba faham, Baba kan guru kelas kamu. Ni umi kamu ni tak sempat-sempat nak makan jambu tu. Macamana kajian kamu Ira?

Ini tengah buat cikgu Haris tolong semak. Baba terima kasih tau tolong carikan penyewa kat Ira. Kalau baba nak jambu terus ke kebun pun tak apa abang Majid ada. Sekarang dia dah ada pembantu untuk urus ladang kelapa sawit dan kebun sayur.

Wah seronok Baba dengar. Ingat Ira walaupun kita ada harta kita kena ada ilmu itu pesan arwah mama dan papa Ira.

Insyaallah baba. Baba dengan cikgu Haris duduk lah dulu Ira bancuhkan minuman sekejap.

Baik.

Macam mana cikgu Haris rumah sewa tu. Maaflah kalau cikgu rasa pelik Ira adalah anak kepada saudara susuan saya. Mama Ira dan saya satu ibu susuan. Kami ni anak yatim diambil oleh sepasang suami isteri yang kematian anak. Jadi orang kata saudara kembar susuan lah.

Oh macam tu pelik saya ustaz Zul bahasa kan diri baba dengan Ira tadi. Tu pun Zain ustaz. Kami tadi jumpa nenek dekat tabung haji kebetulan saya nak buat online banking ke akaun tabung haji. Nenek jemput makan tengahari masa balik sekolah tadi ni yang ada disini. Kebetulan si Ira nak siapkan kajian yang mana saya tahu saya bantu sikit-sikit.

Ustaz Zul dengan cikgu yati dari sekolah ke tadi ni.

Ye dari sekolah. Isteri saya tu memang rapat dengan nenek Faridah. Anak-anak saya pun rapat dengan keluarga ni.

Zul, Haris, Zain mana si yati dah lah tu mari minum air ni. Nenek Faridah datang dari dapur membawa seteko air kopi

Mak Zul dengar Eton dah nak sarat mengandung. Betul ke?

Betul tu Zul. Mak ingat nak suruh dia berpantang di sini. Senang mak nak jaga dia.

Ramailah cucu mak nanti. Mak betul ke isteri Syamsul tu kena saman?

Yati... Tegur ustaz Zul.

Maaf mak. Yati tak sengaja.

Tak apalah Zul memang betul pun. Produk timbang kilo mana tak kena saman. Teruk muka budak yang kena sebab dia.

Sabarlah mak mungkin ada hikmah disebaliknya.

Insyaallah, cucu mak macam mana sihat ke budak-budak tu?

Alhamdulillah mak sihat. Ni Zul ada rancangan mak kami nak ke dusun budak-budak nak mandi sungai.

Kat sini ada sungai ke ustaz Zul? Kat mana dah dekat sebulan duduk kat sini kami cuma tahu kedai pak Badar je.

Boleh ke Ira baba nak bawak adik-adik ke dusun?

Boleh baba. Apa salahnya hujung minggu ni kita semua ke dusun.

Orang LuarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang