Sayang

41 4 0
                                    

Sayang abang rindu, kata Haris.

Tamat kem bestari, Haris terpaksa ke PPD mesyuarat jawatankuasa khas peperiksaan. Kemudian dia terpaksa balik ke kampung arwah atuk Hassan misai melenting. Kerana Pak long Hamid, isterinya mak long minah dan anak lelakinya abang Mizan meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Terseksa sungguh batin ini. Tadi nenek Faridah pun ada merungut rindukan Ira. Tapi apakan daya Haris terlalu sibuk. Nasib baik Salwa dan Jamal dapat menguruskan kerja mereka dengan baik. Hari ni baru Khamis, dah esok Jumaat selepas habis sesi persekolahan dia akan terus balik ke Bangi bertemu dengan Syahirah.

Selepas minum petang Haris minta diri untuk masuk ke bilik nak berehat.. tiba-tiba matanya terpandang bantal tidur Ira lantas dibawa ke dalam pelukannya..

Ira abang rindu. Matanya pun terpejam.

Haris terjaga bila dia terasa ada jari menguis-nguis hidungnya.

Ya Allah, Ira bila sampai? Kenapa tak bagitau abang nak balik. Wajah manis isteri di tatap lalu di cium.

Ira baru sejam lebih abang. Jawab Ira bila masa selesai membalas cium sang suami. Kenapa teruk sangat Ira tengok abang ni? Selalu tak macam ni.

Abang rindu Ira.. dah separuh nyawa tahu.

Ira pun rindu kat abang jugak. Ira balik ni tumpang Hani. Ada kat luar tu.

Jom jumpa Hani kat luar tu. Ajak Syahirah.

Emmmm....  Balas Haris.

_________________________

Selesai solat berjemaah..

Haris mengadap Ira yang sedang melipat kain telekung.

Sayang abang nak mintak maaf..

Kenapa abang macam serius je ni.

Pertama sekali berkenaan abang paksa Ira sambung pengajian dulu. Abang tak ada niat lain selain dari nak Ira lebih terdedah kepada dunia luar dan dalam masa yang sama abang nak Ira penuhi cita-cita kedua ibu bapa Ira yang nak Ira ke menara gading.

Ira tak marah abang.. Ira faham abang nak yang terbaik untuk Ira..

Kedua abang nak mintak maaf sebab tak dapat nak selalu bersama Ira di Bangi. Tipulah kalau tak risau dan rindu. Rasa tu Allah sahaja yang tahu.

Emmmm..

Ketiga dan yang terakhir sekali. Abang izin kan Ira hamil tapi dengan syarat lepas sah Ira hamil Ira kena buat PJJ abang tak nak Ira tinggal sorang diri ka sana.

Betul ke ni abang?

Betul sayang.

Ya Allah tak sia-sia doa sayang selama ni, terima kasih Ya Allah...

Orang LuarWhere stories live. Discover now