Pak Su Syamsul dan kak Salwa telah selamat melangsungkan perkahwinan. Mereka sekeluarga tinggal di rumah nenek Faridah. Seorang pembantu rumah telah diupah oleh Haris untuk menemani nenek Faridah mengganti kak Eton.
Manakala kak Eton sekeluarga sudah berpindah ke rumah baru mereka. Berdekatan dengan kediaman uncle ah Hong. Jadi mudah abang Majid untuk menguruskan kerja-kerja ladang.
Selepas nikah kak Salwa tidak lagi bekerja di homestay dusun milik Ira. Dia kini membantu imam Solleh menguruskan rumah anak-anak yatim dan warga tua. Manakala Imam Solleh hanya menguruskan madrasah Solehin hasil kerja sama Imam Solleh, Dato' Harun dan Tuan haji Iskandar.
Pak Su pulak telah membuka syarikat pengangkutan dan sewa lori secara kecil-kecilan. Bukan Haris dan Ira tak menawarkan dia pekerja tetapi awal-awal lagi ditolak oleh pak Su. Sofea, Lily dan boy (Zariff) adalah orang yang paling gembira bila dapat tinggal bersama.
Izhan dan Hani juga sudah bertunang. Sebaik sahaja mengetahui syarat Hani. Sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur dia mula menceritakan tentang perasaannya terhadap Hani. Alhamdulillah niatnya diterima baik oleh kedua ibu bapanya. Mereka berdua pun bertunang pada hari raya Aidiladha.
Hani meminta dilangsungkan pernikahan mereka selepas dia selesai menamatkan pengajian dan telah memperoleh pentauliahan sepenuhnya sebagai peguam. Hal ini disokong oleh Tuan haji Iskandar. Ini kerana hanya beberapa prosedur sahaja lagi yang melayakkan Hani lulus lesen guaman. Izhan tidak membantah walaupun dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.
Beberapa hari lagi peperiksaan akhir akan bermula. Ira kini berada di rumah mertuanya. Haris pulak akan pulang ke kampung kerana sesi persekolahan telah bermula.
Sayang ok tak ni? Monyok je muka tu tanya Haris.
Abang. Ira... Ira terus memeluk Haris kemas.
Kita balik kat Bangi bila abang balik minggu depan ok. Pujuk Haris. Walaupun hubungan mereka dan mama sudah baik ada masanya kediaman pertama di Bangi sentiasa ada di hati. Sebenarnya Ira lagi selesa di Bangi kerana dia tak perlu turun naik tangga ke bilik.
Abang dah mintak papa cari seorang pemandu untuk sayang kolej. Kata Haris. Sambil memeluk bahu isterinya yang terlentuk manja disisinya. Bibir dibawa ke dahi satu cium lembut.
Sebulan lagi peperiksaan akhir bermula. Kemudian tamatlah pengajian Syahirah.
Abang...
Cium menjalar ke bibir..
***
Puan Ira ok tak ni? Tanya Nana.Entah lah Nana saya rasa lain macam je. Nasib baik dah habis peperiksaan. Kita terus balik ke rumah Bangi nak balik rumah mama jauh. Saya tak larat. Arah Syahirah.
Baik Puan Ira. Nanti saya maklumkan pada Encik Haris. Lagipun dia dah sampai ke highway Karak - Kuala Lumpur. Balas Nana. Setibanya di apartment Haris Ira dan Nana terus naik ke atas. Sebaik sahaja sampai pesan terus dihantar kepada Haris dan Dato' Harun tentang keberadaan Ira di kediaman itu.
Nana adalah seorang bodyguard perempuan yang di cadangkan oleh Angel anak kepada uncle ah Hong. Pada mulanya mereka ingin mengambil pemandu lelaki tapi memikirkan aurat dan keadaan Ira terus mereka menerima cadangan Angel.
Sebaik sahaja Ira merehatkan diri, Nana terus ke dapur untuk memasak makanan tengahari.
Puan Ira bangun dah pukul 1.30 tengahari ni kita makan ye. Kata Nana.
Emmm.. Sedikit sudah lah Nana. Saya tak ada selera. Kata Ira. Perut saya menyucuk-nyucuk dan ada rasa kontraksi kata Ira.
Itu tanda-tanda untuk melahirkan, apa kata Puan makan dulu untuk bekalkan tenaga. Pujuk Nana.
YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.