Lerai

45 5 0
                                        

mak long Jamilah berada di situ.

Assalammualaikum..

Waalaikumussalam.. kau Juneena. Ada apa kau datang lagi ke rumah ni? Soal mak long.

Salah ke saya datang ke rumah saya? Soal Juneena.

Kan kau dah bagi rumah ni pada bapak kau jadi apa hak kau nak datang sini? Jawab mak long.

Hak ye yang mak long tanya baik saya bagitau apa hak saya. Pertama rumah ini saya beli untuk saya tinggal dengan mak ayah saya bukan untuk menumpangkan biawak hidup dalam rumah ni. Kedua saya haram kan setiap sen duit saya yang mak long gunakan untuk kepentingan hidup mak long. Ketiga saya tak nak tengok muka mak long dalam rumah ini. Kata Juneena.

Juneena jaga mulut kamu jerkah papanya.

Maafkan June papa, June dah tak sanggup hidup macam ni. June dihina dipandang serong oleh semua orang. Ini semua berpunca daripada mak long. Mak long ambil duit dari seorang lelaki untuk jadikan June pelacur. Tapi Harry sempat selamatkan June. Mak long jugak lah yang hasut June goda Harry dan kikis harta dia. Sebabkan Harry marah rahsia pecah amanah dia diketahui oleh papanya Harry minum sampai mabuk.

Dari situ kami terlanjur dan menyebabkan June hamil kan Adam. Biawak hidup macam ni papa nak bela. June ni papa hukum seteruk-teruknya mana belas kasihan papa pada June anka papa sendiri. Juneena melepaskan segala yang terbuku di hatinya.

Kau yang gatal nak tuduh aku. Kata mak long membela dirinya.

Baik kalau betul kau betul mak long kau keluar dari rumah ni aku haramkan setiap sen duit yang aku beri pada keluarga aku ni masuk ke dalam tubuh kau. Kata Juneena.

Kau ingat aku ke bulur nak makan duit haram kau tu. Baik aku keluar. Jabar mari kita keluar dari rumah puaka ni. Ajak mak long kepada papa Juneena adik kepada mak long.

Kalau papa keluar dari rumah ni. Boleh tapi dengan syarat. Pulangkan kad kredit yang Harry beri pada papa, duit dalam akaun papa June akan bekukan dan papa jangan sentuh kereta waja yang papa guna sekarang. Ugut Juneena.

Sekarang papa pilih June atau mak long.

June jangan macam ni. Pujuk mamanya pula.

Ma tolong diam June tak nak jadi anak derhaka kalau mama nak keluar ikut mak long mama tolong pulangkan semula gelang dan rantai emas yang June berikan pada mama. Ugut Juneena.

Juwita dan Jefri, kak June bagi kamu pilihan untuk ikut siapa yang kamu mahu akak tak akan paksa. Keputusan diatas tangan kamu. Kalau kamu ikut akak semua keperluan kamu akan akak berikan termasuk persekolahan dan duit belanja. Tapi kalau kamu ikut mak long akak tak akan tolong kamu lagi.

Akak Juwita dengan Jefri tak nak duduk dengan mak long. Mak long jahat hari-hari pukul kami masa mama dan papa tak ada. Jawab adik-adik Juneena.

Dengar papa, mama. Mana belas kasihan mama dengan papa sampai buta dengan kata-kata mak long. Zuhud sangat ye mak long solat pun tak nak hukum orang sesuka hati sampai anak sendiri kena dera pun mama dengan papa tak tahu. Sindir Juneena.

Akak nak kamu berdua pergi ke bilik mak long keluarkan semua barang-barang dia. Akak tak nak satu barang pun ada dalam rumah ni lagi. Arah Juneena.

Sial, bodoh jangan berani sentuh barang aku jerit mak long.

Kau sentuh satu jari pada tubuh aku, aku viralkan semua gambar yang ada dalam sampul surat ni. Kata Juneena sambil melemparkan gambar mak long bercium dengan seorang lelaki negro.

Orang LuarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang