Juneena jangan macam ni nak. Pujuk datin Diana.
Betul tu akak. Semalam lepas buka puasa Ita tolong mama masak macam-macam juadah hari raya. Papa pulak ke surau dengan Jefri. Balik surau kami pasang pelita raya.. tiba-tiba ada orang call bagitau yang mak long kemalangan jalan raya. Sebab tu papa dengan mama ke hospital. Sampai sekarang mama dengan papa tak balik lagi. Sebab tu kami ke sini. Mama pesan kalau mama tak sampai-sampai terus ke sini jumpa akak. Cerita Juwita.
Kamu berdua makan dulu. June bersiap-siap kita ke rumah ibu bapa kamu. Kata papa.
Tak apa papa biar Harry dengan Haris je yang pergi. Papa tu baru sampai. Kata Haris.
Betul abang pujuk datin Diana.
Papa call Mr. Alex atau John sekejap. Cari lokasi mereka.
Bagus jugak tu.
***
Setibanya di perkarangan rumah Encik Jabar kelihatan sebuah kereta polis sedang berbual dengan papa Juneena.Papa, mama... Jerit Juneena.
Kenapa nagis ni? Tanya mama June.
Panjang ceritanya. Mari masuk. Nanti mama dengan papa ceritakan.
Sebenarnya semalam adalah orang ah long yang mak long kamu hutang menyamar kata mak long kemalangan. Papa perasan sejak pulang dari surau ada satu kereta warna hitam di seberang jalan memerhatikan rumah kita. Mereka tak berani nak dekat sebab rumah kita ada CCTV yang kamu pasangkan ni. Papa tak sedap hati, papa pun menghantar mesej kepada koperal Azmi bilal surau. Koperal Azmi cakap itu saspek yang polis cari diorang sedang memerhatikan rumah kita untuk menculik siapa-siapa sahaja yang keluar dari rumah ni. Kami pun plan bawak keluar dari kawasan kita ni papa masuk ke stesen minyak tukar baju dengan pegawai polis yang sedang tunggu disana. Mereka bawa kereta kita untuk pancing penjenayah itu.
Alhamdulillah pihak polis pun dah berjaya menangkap mereka. Papa sampai ke rumah tengok motor Ita dah tak ada papa syak kamu ke rumah kakak kamu. Tentu June risau kan. Papa mintak maaf.
Memang risau sangat-sangat rasa nak tercabut nyawa bila Ita cerita tadi. Jap ye nak call mama dengan papa bagitau keadaan kat sini kata Juneena.
Haris pulang ke rumah selepas mengetahui keadaan selamat.
Petang itu Dato' Harun, datin Diana, Haris, Syahirah dan anak-anaknya datang beraya ke rumah Encik Jabar mertua Harry.
***
Jangan risau saya dah mintak tolong kawan saya carikan ah long yang Jamilah berhutang tu kita akan bincang macamana cara terbaik untuk kita selesaikan. Kata Dato' Harun.
Saya tak nak Dato' tolong langsai kan hutang tu. Kalau boleh saya nak bagi pengajaran pada kakak saya tu. Biar dia merengkok dalam penjara selagi dia bebas selagi itu dia akan susahkan orang lain. Saya dah penat Dato' asyik langsaikan hutang piutang kakak saya. Kata Encik Jabar.
📱 Jonny ( Jonny adalah kenalan John yang bekerja sebagai pengintip dan penyiasat persendirian.)
Jonny : hello Dato' Harun itu perempuan kami sudah jumpa dia sewa motel di Selayang sekarang ni dia ada banyak hutang sebab dia tipu itu datin-datin punya duit. Satu itu datin sudah upah orang kasi ajar sama dia. Cerita John.
Dato' Harun : John kasi wakil saya lah selesai berapa hutang dengan itu Ah Long dan mintak dia jangan ganggu keluarga Encik Jabar.
Jonny : itu hutang tak banyak dia sudah kasi bayar dengan duit yang dia tipu. Sekarang baki RM 5,000 saja.
Dato' Harun : kasi bayar terus. Sekarang saya masuk duit kasi you.
Jonny : boleh.
Dato' Harun : Jonny kasi tolong lagi, itu dia punya adik mintak tolong you kasi itu perempuan masuk sana penjara boleh ke?
Jonny : itu punya kerja banyak senang. Boleh ma. Sebelum malam dia sudah check in lokap. Wa send lengkap maklumat kasi Dato'.
Dato' Harun : baik. Terima kasih Jonny.
Jonny : sama-sama.
Sebelum pulang gambar waran tangkap terhadap mak long Jamilah dihantar ke pada Dato' Harun. RM 15k dimasukkan ke dalam akaun Jonny sebagai upah kecekapan melakukan kerja.
Tapi di tolak oleh Jonny. Dia hanya mengambil RM 5k untuk membayar hutang ah long.
Hari raya ke dua mereka ke rumah Tuan haji Iskandar untuk berhari raya.
Pulang dari rumah Tuan haji Iskandar, Haris dan Ira membawa anak-anaknya tidur di Bangi katanya nak mengulup kenangan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Orang Luar
Truyện NgắnHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.