Tamat sahaja peperiksaan STPM satu tugas besar mula digalas.
Semuanya berpunca semasa dia ingin pulang ke rumah, selesai menutup kedai ada sebuah kereta telah memotong motor yang ditunggang oleh Syahirah. Kebetulan ketika itu waktu sudah agak lewat malam.
____________________________
Izinkan saya memperisterikan Syahirah kata Haris.
Cikgu...
Ira, cikgu tahu ini bukan salah kamu tapi ini adalah jalan yang terbaik untuk menutup aib kamu. Lagipun kita bukan muhrim.
Nenek.. Ira memeluk kemas tubuh si nenek.
Sabar cu, Ira nenek rasa cadangan cikgu Haris itu adalah jalan terbaik buat masa ini. Kalau bukan Haris yang selamatkan kamu malam tu tentu kamu dah dirogol oleh orang-orang Ah long. Ini semua salah Pak Su kamu.
Mereka yang lain pun bersetuju dengan cadangan cikgu Haris. Ustaz Zul, cikgu yati, cikgu Zain dan imam Solleh menyokong cadangan cikgu Haris. Nasib baik kebetulan cikgu Haris dan cikgu Haris baru pulang dari kursus mereka berdua kebetulan melalui jalan tersebut. Jika tidak tak tahu macamana nasib Syahirah.
Betul tu Ira.. terima lah Haris jadi suami kamu. Dia pun dah berjanji akan benarkan kamu sambung pengajian lepas keputusan STPM kamu keluar. Lagipun bahaya kamu tinggal berdua dengan nenek sekurang-kurangnya bila Haris ada di rumah ni keselamatan kamu berdua lebih terjamin. Kata ustaz Zul.
Kalau itu yang terbaik untuk Ira, Ira ikut sahaja.
Alhamdulillah.
Kalau Ira tak sedia lagi tak apa, kita nikah dahulu nanti Ira dah tamat pengajian kita akan langsungkan majlis.
Ira tak kisah mana yang kita fikirkan baik Ira ikut sahaja.
_________________________________
Anak awak tu dah gila ke apa? Marah datin Diana.
Dia tak gila. Dia buat begitu untuk melindungi diri dari berlakunya zina. Tak ada masalah saya. Ira tu dah berusia 19 tahun, nak masuk umur 20tahun. Haris, dah berumur 26 tahun. Apa masalahnya? Kata Dato' Harun.
Masalahnya perempuan tu budak kampung. Busuk, miskin dan kolot. Kita ni bertaraf VVIP. Bukan orang kampung..
Datin Diana, awak dengar sini. Kita ni manusia sama sahaja yang membezakan kita adalah amal Soleh kita nak bawa kesan nanti. Saya dah bersetuju diorang berdua menikah. Hujung bulan majlis mereka. Kalau awak buat perangai saya tak akan teragak-agak potong dana untuk boutique awak tu. Ingat pesan saya ni..

YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.