Hari ni Hani ditugaskan oleh majikannya untuk mencari seorang lelaki yang bernama Hong Lee Chong. Seorang lelaki berbangsa Cina yang tinggal di kampung Tanjung batu, Kuala Pahang.
Bila dibaca secara menyeluruh ini sama dengan alamat tempat Along mengajar. Kemudian Hani terus menghubungi Along. Tapi panggilan itu di jawab oleh isterinya Syahirah. Bila Hani menceritakan tentang dia sedang mencari seorang lelaki berbangsa Cina yang bernama Hong Lee Chong. Ira pun mengataka yang dia mengenali lelaki tersebut. Secara ringkasnya tugasan Hani ini semakin mudah. Ira yang kebetulan sudah tiada kuliah bersetuju untuk pulang ke kampung menemani Hani. Kerana dia pun sudah rindu kepada suami dan neneknya.
______________________________
Encik Hong Lee Chong, Saya Hani Dania binti Dato' Harun. Dari Tetuan Alex dan Iskandar. Saya mewakili anak guam saya Puan Angelina Lee. Untuk menyerahkan surat ini kepada Encik.
Angelina? Dimana dia sekarang?
Encik Hong bukalah surat ini dulu.
Setelah selesai membaca surat ini, ah Hong menangis semahunya..
Cik Hani tolong bawa saya jumpa dia.. saya nak mohon maaf pada dia. Saya tak sangka dia betul-betul terseksa. Kalau saya tahu begini. Saya tak akan ceraikan dia dulu.
Untuk makluman Encik Hong, Puan Angelina sedang menerima rawatan di hospital Elizabeth Australia.
Bawa saya kena, saya nak jumpa dia saya nak jumpa anak saya.
Baiklah Encik Hong.
______________________________
Betul ni Hani tak nak Along teman balik sana? Tanya Haris.
Betul Along, jangan risau Encik Hong akan ikut Hani. Lagipun dia dah tak sabar nak jumpa anak dan bekas isteri dia tu. Jawab Hani.
Kesian pada ah Hong, selepas bercerai dengan bekas isterinya itu dia langsung tidak berkahwin. Bekas bapak mertua dia tu gengster setahu nenek. Ah Hong ni anak madam Hong kawan nenek masa kecil-kecil dulu. Bapak si Ah Hong tu bekas penyelia estet tu. Tapi itulah umurnya panjang dia mati kena patuk ular tedung. Cerita nenek Faridah.
Emmm.. kesiannya.
Sebaik sahaja pulang ke Kajang, Hani terus menguruskan penerbangan dia dan ah Hong ke Australia.
____________________________
Sampai hati cikgu Haris permainkan perasaan saya..
Kelihatan Haris dan Ira sedang berpegang tangan keluar dari KFC. Mereka berdua menghabiskan masa bersama sebelum Ira habis cuti semester pertengahan. Sambil membeli barang-barang cabutan bertuah untuk kakitangan mereka.
Haris, awak jahat..
__________________________
Hari ini Haris dan Ira mengadakan hari keluarga. Semua kakitangan homestay dan dusun hadir. Tidak ketinggalan cikgu Zain sekeluarga, abang Mahad sekeluarga, ustaz Zul sekeluarga dan kak Eton sekeluarga berkumpul di kawasan perkhemahan homestay d'dusun telah ditutup untuk kunjungan.
Abang panggil Ira
Kenapa sayang?
Ni ada cikgu Anis whatsapp. Dikata abang mempermainkan perasaan dia.. dia hantar gambar abang suap Ira makan pastu gambar abang kongsi payung masa hujan dengan Hani.
Bila masa pulak abang mempermainkan perasaan dia. Tengok. Ishh... Perempuan ni gila ke apa.
Kenapa ni Haris, Ira tanya cikgu Norhayati.
Ni umi cikgu Anis, dia marah kat abang Haris. Dia hantar gambar abang Haris suap Ira makan dengan gambar abang Haris berpayung dalam hujan dengan Hani.
Umi dah agak si Anis ni sukakan Haris. Kamu pun Haris kenapa dilayan si Anis tu.. leter cikgu Norhayati.
Haris tak pernah layan umi.
Habis tu sapa yang layan whatsapp dia selama ni. Soal Cikgu Norhayati.
Handphone Haris, Ira yang pakai. Haris guna handphone Ira.
Sayang jadi selama ni yang Cikgu Anis tu bagi abang makan tu sayang cakap apa? Soal Haris.
Ira cakap sedap terima kasih.
Kamu tahu tak Ira sebab kamu layan whatsapp tu cikgu Anis fikir si Haris ni suka kat dia. Kesian kat pelajar Haris keracunan makanan selepas makan rendang daging dendeng dia masak..
Betul ke umi?
Betul lah. Kalau tak percaya tu tanya dekat kak Su kamu. Dia ada lagi surat yang Anis tu tulis untuk Haris.
YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.