Apa ni Harry? Mana report kewangan semasa? Soal datin Diana. Sakit hati bukan kepalang bila mengetahui tiada satu pun kontrak pembekalan sekolah mereka perolehi.
Mama, Harry tak sempat nak buat. Lagipun Harry tak pandailah nak buat sebutharga tu. Balas Harry.
Ya Allah. Boleh sakit jantung aku macam ni.
Pulang dari pejabat. Datin Diana melihat Hilux milik suaminya terletak di tempat letak kenderaan. Dia terus menarik nafas panjang. Jika dia tak tamak tentu semua benda ni tak akan jadi. Boutique miliknya pun entah jadi apa sekarang sejak dia melantik June menjadi pengurus tiada lagi avent peragaan busana dan pakaian pengantin. Apa yang dilakukan oleh June di boutique itupun dia tak tahu. Serabut kepala.
Esok suami dan anak-anaknya bercadang untuk ke ladang kelapa sawit di kampung seri sepakat. Hani dan suaminya gembira bila bercerita tentang projek mereka setiap pagi bila sarapan tak lekang dari bibir bercerita tentang ternakan rusa.
Ya Allah.. apa dah aku buat ni..
Ketika datin Diana ingin masuk ke rumah. Kelihatan kereta milik anak sulungnya masuk ke pagar rumah itu.
Assalammualaikum...
Waalaikumussalam.. masuklah.
Mama sihat tanya Haris
Emmmm. Balas datin Diana.
Haris, Ira dah sampai pun kamu berdua masuklah. Papa nak masukkan khemah dengan peti sejuk beku ni kat atas Hilux. Jom Ali. Panggil Dato' Harun.
Nak Haris tolong tak papa?
Boleh jugak.
Ira, masuk dulu nanti abang masuk. Abang tolong papa jap.
Baik abang.
Selesai solat maghrib berjemaah mereka pun menjamu selera. Selesai makan Ira terus menolong bibik Yani mengemas dapur dan meja makan. Mereka juga dibantu oleh Hani.
Ira buat apa tu? Soal Hani.
Ira buat hot coklat abang Haris ini air sejuk untuk minum masa perjalanan kejap lagi. Jawab Ira
Untung Along dapat isteri macam Ira. Balas Hani.
Kamu belum berisi lagi ke Ira soal mama Haris tiba-tiba muncul di dapur.
Belum mama. Jawab Ira sambil menundukkan muka.
Dah banyak tahun kahwin tak kan lekat lagi. Soal mama Haris lagi.
Mama macam tak sabar je nak dapat cucu? Mama kan anak Angah dah on the way tu. Bagilah Along dengan Ira honeymoon dulu relax lah diorang muda lagi.. balas Hani.
Mama bukan kan apa anak tu kan pengikat kasih sayang suami isteri.. balas mama Haris.
Pengikat kasih sayang patutlah cepat sangat angah proses balas Hani. Merah muka datin Diana.
Kamu ni Hani bila mama cakap ada sahaja jawapan kamu. Dah lah malas mama nak cakap dengan kamu semua. Datin Diana terus keluar dari dapur.
Ira, bibik Yani dah siap ke? Soal Haris
Dah abang. Jom bibik, Hani nak Ira tolong angkat beg?
Tak payah Ira, Hani dah turun kan beg Hani tadi lagi. Jom Along dah boleh gerak ni.
Haris, Ira, Hani dan bibik Yani bergerak awal bersama beberapa pekerja ladang.
Andak Ali dan Jamal dua tenaga kerja mahir yang menjaga ladang mereka menaiki Hilux ladang untuk membawa peti sejuk beku yang di beli Dato' Harun. Manakala Haris memandu Honda BR-V miliknya.
Tepat pukul 10.30 malam mereka pun sampai di chalet berhadapan kolam buatan yang terdapat di dalam kawasan ladang sawit yang diusahakan oleh Haris dan papa.
Haris dan Ira selalu datang ke sini pada hujung minggu jika tidak ada aktiviti penting. Jiwa anak kampung dalam diri mereka memang tak lari dari bau tanah.
Selesai mengemas chalet masing-masing mula mengeluarkan pancing.
Pukul 12.00 tengah malam. Baru lah masing-masing masuk tidur.
__________________________
Sarapan pagi nasi goreng kampung dan telur goreng.
Sedang leka berbual dan sarapan papa sampai.
Assalammualaikum..
Waalaikumussalam.. papa awal ye sampai.
Papa sakit hati dekat Hani tu, ada ke dihantar gambar dia dapat ikan talapia berat 2kg.
Hahaha pecah gelak ketawa semua.
Cantik ye tempat ni patutlah kamu semua suka datang sini kata mama Haris.
Baru awak tengok sikit je tu Diana. Macam-macam benda ada disini.
Harry dan June pun tak terlepas memuji kecantikan kawasan ladang ni.
Boleh sewa ke papa chalet kat sini? Tanya Harry
Boleh tapi tak cukup kakitangan kesian kat Jamal nak uruskan tempat ni. Dengan pembekal daging rusa yang tengah beratur panjang mintak kita bekalkan daging. Jawab papa.
Wow, hebat ye. Balas Harry.
Jemput makan semua panggil Hani.
Tengahari selepas sibuk melihat rusa dan berjalan-jalan sekitar kawasan ladang mereka di jamu nasi putih, kerabu mangga, talapia goreng berempah dan kari kambing.
Sebelah malam BBQ rusa pun mula berlangsung. Aktiviti memancing tak ketinggalan. Papa dengan Hani sama naik gila-gilanya.
YOU ARE READING
Orang Luar
Historia CortaHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.