Selesai solat subuh pelajar diberi masa untuk bersarapan pagi selama satu jam. Kemudian mereka akan berkumpul di padang sekolah untuk diberikan kumpulan. Hari ini pelajar tingkatan 4 sahaja yang menyertai kem bestari ini.
Selesai berkumpul dalam kumpulan fasilitator akan memberi taklimat ringkas aktiviti mereka sepanjang kem ini berlangsung.
Terdapat 4 pecahan skop kem bestari ini
1. Membina jati diri pelajar dan membentuk modal insan yang berilmu dan berakhlak.
2. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para pelajar.
3. Mendedahkan kepada para pelajar hala tuju selepas SPM.
4. Membentuk minat pelajar pada badan beruniform sebagai kerjaya.
Seperti biasa ustaz Zul atau lebih dikenali dengan gelaran ustaz rock dikalangan pelajar bertindak sebagai guru agama. Ustaz Zul juga guru kaunseling yang sangat popular di kalangan pelajar.
Haris tidak ketinggalan berkongsi pengalaman beliau semasa menuntut di luar negara.
Terkejut cikgu Anis bila mengetahui bahawa Haris adalah bekas pelajar Malaysia yang menerima tajaan kerajaan Malaysia belajar di luar negara. Bukan itu sahaja Haris juga anak Dato'. Semakin berkobar-kobar hati cikgu Anis untuk memiliki Haris.
Rendang daging dendeng hasil air tangan cikgu Anis. Dibawa khas malam ini untuk Haris. Cikgu Anis pelik sudah beberapa kali dia menelefon tapi panggilan telefon tidak di angkat sedangkan telefon tersebut berada sentiasa dengan Haris.
Cikgu Haris.
Eh, Cikgu Anis ada apa-apa kan cikgu tak terlibat dalam program ini? Soal Haris.
Oh memang saya sengaja datang. Bosan di rumah. Ini saya ada bawa rendang daging dendeng untuk cikgu. Rasalah.
Terima kasih cikgu Anis. Nanti tak payahlah susah-susah bawakan makanan kesian pada cikgu penat nak memasak.
Tak ada apa-apa pun yang susah. Balas Cikgu Anis.
Cikgu saya kena gerak tu nanti budak-budak tu dah tunggu. Kata Haris.
Ok... Bye cikgu Haris.
_______________
Aduh cikgu Haris sakit perut tolong kami.
Macam mana ni Haris soal Zain.
Mari ikut saya kita ke klinik sekarang.
Cuba kamu ceritakan pada saya sebab apa kamu semua sakit perut soal ustaz Zul.
Kami makan lauk yang cikgu Anis beri pada cikgu Haris. Masa tu cikgu Haris dapat call dia pun beri rendang daging dendeng tu pada kami. Kami pun mintak lah nak cuba. Si Iwan mintak nasi dengan akak kantin dia bagi tiga pinggan nasi kami pun makanlah. Tak lama lepas makan tu kami kena sakit perut. Cerita si Aidil.
Aduhai lah cikgu Anis ni. Kata Haris. Masalah betul perempuan ni pandai masak ke tak? Nasib baik dia tak makan tapi itulah kesian pada 3 orang pelajar ni yang keracunan makanan.
Selalu ke dia bagi makanan Haris? Soal ustaz Zul.
Ni kali ke 2, sebelum ni masa hari kantin sekolah dia ada bagi puding karamel dengan kek coklat moist.. Iwan, Syasya dengan Syamin makan budak-budak tu kata kek coklat moist dengan puding karamel tu manis macam nak potong kaki. Cerita Haris.
Betul ke Iwan tanya ustaz Zul.
Betul ustaz, saya rasa cikgu Anis ni tak pandai masak lah ustaz. Kata Iwan.
Tak baik kata macam tu iwan, kamu tak bagitau ke kat dia masakkan dia ni teruk Haris?
Tak ustaz, Haris guna telefon Ira ni. Ira pulak guna telefon Haris. Mungkin Ira yang balas whatsapp cikgu Anis tu....
Dah memang betul lah ni.
_________________________
Betul ke ni abang? Cikgu Anis tu hantar makanan kepada Haris. Soal Suraya isteri cikgu Zain.
Betul. Kesian budak-budak yang makan masakan dia tu keracunan makanan. Balas Cikgu Zain.
Teruk ke abang? Soal Suraya lagi.
Teruk lah jugak anak murid kesayangan awak yang kena si Syamin dan Aidil kalau awak tak Caya tanyalah diorang. Jomlah tidur malam jumaat ni. Dari kita pikirkan hal diorang baik kita kumpul pahala. Kata cikgu Zain.
Aduh abang ni anak dara abang tak lepas lagi menyusu ni dah ajak tidur.. tunggu lah dulu. Boleh kan sayang...
Ye lah sayang..

YOU ARE READING
Orang Luar
Historia CortaHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.