Selepas sarapan pagi Haris dan Syahirah mula bertolak ke kediaman Dato' Harun Kajang Selangor.
Ira nak tahu sebenarnya abang tak tinggal sangat dengan papa dan mama. Masa abang kecil arwah atuk dan nenek yang jaga abang.
Jadi abang dibesarkan oleh atuk abang lah? Macam Ira jugak?
Ye. Arwah nenek meninggal dalam tidur. Masa tu abang terus lagi tinggal dengan atuk sampailah abang SPM. Arwah atuk meninggal dunia balik dari surau pagi tu dia bagitau dada dia sakit. Atuk meninggal sebab sakit jantung.
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Bisik Syahirah.
Lepas keluar keputusan SPM abang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pandai ye...
Ira tahu, atuk tu masa zaman abang kecik orang kampung panggil cikgu Hassan misai melenting.. atuk tu cikgu matematik.
Patutlah abang pandai akaun. Menurun daripada atuk rupanya. Kata Syahirah.
___________________________
Besarnya rumah. Sengan pulak Ira nak masuk.
Jom masuk. Kata Haris.
Ira tolong abang bawa beg. Kata Syahirah.
Tak apa abang boleh bawa bukan berat pun, jom. Tangan Syahirah dipimpin oleh Haris lembut. Mereka pun sama-sama berjalan masuk ke rumah.
Assalammualaikum..
Waalaikumussalam.. kata bibik Yani. Ira, Haris jemput masuk.
Terima kasih kak, akak sihat ke? Mesra Syahirah berbual dengan bibik Yani.
Mana semua orang bibik? Soal Haris.
Dato' dan datin ada dibilik. Cik Hani, Encik Harry dan cik June ada diatas. Sekejap ye. Saya panggilkan mereka.
Haris.. Ira...
Papa..
Maaflah papa tengah on call tadi tak dengar kereta Haris masuk. Ira apa khabar?
Tangan papa disalami mereka berdua.
Alhamdulillah sihat. Nenek, Baba dan umi kirim salam pada papa. Jawab Ira. Ini ada sedikit buah tangan dari kampung untuk papa dan semua.
Waalaikumussalam.. ya Allah sedapnya mempelam sala. Bibik kupas buah ni nanti kita boleh makan bersama-sama.
Baik Dato'.
Dah sampai pun orang kampung. Macam mana perjalanan kata Harry. Datin Diana turun bersama Harry dan June.
Mama... Tangan dihulur untuk bersalaman. Hanya hujung jari saja dihulur kepada Haris dan Syahirah. Seperti biasa Haris memang dilayan seperti orang luar oleh keluarganya. Hanya papa sahaja selalu menyokong apa juga keputusan yang dibuat oleh Haris.
Suasana dingin..
Hai, semua jerit Hani adik perempuan Haris anak perempuan tunggal Dato' Harun.
Sori lambat Hani sakit perut tadi.. apa khabar Along. Tangan dihulur mereka berdua pun bersalaman.
Alhamdulillah baik. Perkenalkan ini Ira isteri along. Terang Haris.
Wow you are so beautiful... Pandai Along cari isteri, tutup aurat. Alhamdulillah cukupkan kain.. hahaha gelak Hani sengaja memerli June tunang kepada Harry.
Hani marah datin Diana..
Opss, sori ada yang terasa ke? Hai Ira i'm Hani but not your honey. Your honey my big bro kan Along?. Usik Hani kepada Syahirah.
Ira, Hani memang suka bergurau. Jangan ambil hati ye. Kata Dato' Harun.
Tak apa papa Ira ok je. Kata Syahirah.
Berapa umur Ira? soal Hani.
20 tahun. Jawab Haris.
So young, kata June tiba-tiba menyampuk perbualan diantara Ira dan Hani satu perkara yang tidak disukai Hani.
Umur muda pada usia tapi matang, bijak membuat keputusan pada pandangan Hani dia seorang yang bijak dan terdidik dengan didikan agama tahu halal dan haram. Jawab Hani dengan muka yang serius. Dalam rumah itu mereka sangat tahu sikap tegas Hani bila dia tidak menyukai sesuatu.
Hani pelajar jurusan guaman perangai saling tak tumpang dengan perangai arwah atuk Hassan misai melenting. Seorang yang tidak suka orang lain menyampuk bila dia bercakap sesuatu yang serius.
Dato' makan dah siap..
Baiklah mari semua kita makan. Haris ajak Ira.
Baik papa.
Satu meja makan panjang menyediakan sepuluh biji kerusi. Datin Diana duduk di kerusi kiri berhadapan dengan Haris, di sebelahnya Harry dan diikuti June. Di sebelah kanan Haris, Syahirah dan Hani.
Bibik membawa buah mempelam sala yang siap dikupas. Dato' ini buah yang Dato' minta kupas tu. Dengan segera garfu dicucuk kepada buah tersebut dan memasukkan ke mulut.
Subhanallah... Sedapnya. Terkeluar ayat itu dari mulut Dato' Harun.
Bibik bawa buah tu kesini arah datin Diana. Kebetulan bibik baru mencedok nasi ke pinggan Dato' Harun.
Mari sini kak, biar ira yang tolong akak. Akak hidang buah-buahan tu Ira cedokkan nasi.
Terima kasih Ira. Kata bibik Yani.
Wow.. dah bertambah nampak ye bibik di rumah ni. Sinis kata-kata Harry sambil matanya memandang Haris.
Cukup Ira. Kata Dato' Harun.
I tak nak dia cedokkan nasi tu i geli dengan orang kampung kata June.
Tak apa Ira cedokkan sahaja ke pinggan Along dan Hani. Selebihnya biar bibik Yani yang buat.
Baik kak.
Manakala datin Diana dan June sedang enak menikmati mempelam sala yang dibawa oleh Syahirah.
Bibik i, Harry dan June nak salad dan salmon grill. Arah datin Diana.
Baik datin.
Abang nak lauk apa? Lembut suara Syahirah melayan Haris.
Ira ambilkan sambal paru dengan sayur campur tu dulu. Jawab Haris.
Cukup abang?
Cukup dulu.
Sementara itu semua mata melihat kepada kedua pasangan itu.
Sweet loving bird.. WOW... Patutlah cari orang kampung senang nak jadi raja. Kutuk Harry.
Eh kau jeles ke angah ye lah kau kan biasa jadi lembu kena cucuk hidung. Pahala kot layan suami makan. Aku pun rasa gatal nak menikah bila tengok cara Ira layan Along. Ye lah nak kumpul pahala. Balas Hani.
Betul tu Hani papa setuju kata-kata Hani. Isteri ni senang sebenarnya nak kumpul pahala. Pandai jaga makan minum suami, layan suami, jaga harta benda suami, jaga aurat dan taat pada Allah insyaallah terbukalah pintu syurga tu. Sokong Dato' Harun pulak.
Dah lah Ira jom kita makan kan ada pulak yang hangus. Syahirah mula tak selesa bila Harry sentiasa memandang ke arahnya.
Bibik beli kat mana buah mempelam ni? Sedap manis lemak. Tanya datin Diana.
Sedap ke Diana? Soal Dato' Harun.
Sedap tak puas makan. Jawab datin Diana.
Buah tu Syahirah yang bawa dari dusun kat kampung dia.. jawab Dato' Harun.
Dusun????
YOU ARE READING
Orang Luar
Historia CortaHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.