Jamuan Raya

47 4 0
                                    

Sedap ye Eton rempeyek ni kata mama dan Puan Zakiah.

Biasa-biasa je kak, resepi mak jugak tu saya ikut je. Balas kak Eton.

Rasa macam ni kalau jual kat KL memang laris kan Za. Kata mama Haris.

Amboi mama dengan acik Za ni, dari lepas solat Isyak sampai sekarang ni tak berhenti-henti mengunyah Hani tengok.

Sedap Hani. Nah cuba ni. Mama dengan acik Za ni dah rasa semua kuih raya yang Eton buat ni. Memang ada class. Datin Diana pun menyuap ke mulut Hani.

Emmm, sedap betul lah. Pandai kak Eton buat. Puji Hani.

Assalammualaikum..

Waalaikumussalam, itu pun orang lelaki dah balik dari surau. Kata Puan Zakiah.

Hani kamu tolong mama hidangkan minuman untuk diorang tu pastu keluarkan kuih-kuih ni buat basah mulut sambil nak bakar lemang, rebut ketupat dan masak rendang.

Baik mama. Jawab Hani.

Hani dah solat ke belum ni tanya papa Haris. Sebaik sahaja melihat Hani mengeluarkan minuman kepada mereka.

Dah papa, tadi pergi dapur nak minum air tapi tertengok mama dengan acik Za makan kuih raya. Terjebak tu yang tak tukar telekung ni lagi. Papa jemputlah diorang minum Hani nak masuk jap tukar telekung ni nak pakai tudung kan berbau asap api telekung Hani ni.

Ye lah.

Kakak Hani jerit Sofea n the geng.

Ye, saya. Jawab Hani.

Jom lah main dengan kami. Tak seronok lah akak tak ada. Ajak mereka. Hani memang suka melayan. Sebab itu dia sangat di sukai oleh anak-anak ustaz Zul, Sofea, Lily dan adiknya.

Hani.

Encik Izhan. Ada apa?

Emmm...

Apa? Soal Hani.

Tak apalah. Nak cakap tukar dulu telekung tu kan terbakar kena bunga api.

Oh, hehehe lupa. Hani pun berlari-lari anak masuk ke dalam rumah.

Aduh, nasib baik tak kantoi. Kenapalah kau cantik sangat Hani. Bisik hati Izhan.

Nampaknya berbesanlah kita tak lama lagi Harun. Kata Tuan haji Iskandar.

Itulah, heroin ni slow sangat nak faham dah macam-macam isyarat hero bagi tak faham-faham lagi. Balas Papa Haris.

Hahaha mereka berdua pun ketawa.

***
Assalammualaikum..

Waalaikumussalam, Solleh marilah.

Amboi meriahnya. Kata Imam Solleh.

Atuk Lily dengan boy nak main dengan Sofea boleh tak? Tanya Lily.

Boleh pergilah. Tapi hati-hati masa main tu jawab imam Solleh.

Terima kasih atuk. Balas Lily dan boy lalu berlari-lari anak menuju ke arah Sofea kawan baiknya di sekolah.

Ini anaknya Salwa yang kerja dengan Haris tu.. cerita imam Solleh.

Lah ini ke anaknya, cantik rupa seiras dengan Salwa yang lelaki tu Lily ni ikut arwah ayah dia mungkin. Kata Dato' Harun.

Umur arwah tu tak panjang Harun. Balas imam Solleh.

Untung kau Solleh dah ada cucu besar aku ni baru nak masuk tiga. Papa mula membuka cerita.

Aku kan gatal nak kahwin awal kau ingat tak masa sekolah dulu. Cikgu Hassan tanya cita-cita kat kita. Kau jawab nak jadi akauntan, ada nak jadi askar, cikgu, polis macam-macam lah. Tiba masa aku..

Kau jawab nak jadi imam. Jawab papa  Haris.

Ha.. ingat pun kau, lagi aku tak boleh lupa cikgu Hassan siap ajar aku kalau nak jadi imam kita mula dengan keluarga kita. Kena ada makmum. Kena belajar agama untuk didik keluarga kita. Itu lah hasilnya Salwa lahir masa aku umur 19 tahun.

Tapi aku bangga dengan kau berjaya jugak jadi Imam. Tengok dengan madrasah yang kau buat tu. Aku memang bangga dengan kau Solleh. Luah papa Haris.

Itu semua saham akhirat Harun. Kau pun apa kurangnya. Kalau kau tak tambah bantuan kewangan pada aku tak jadi jugak pusat jagaan warga emas dan anak-anak yatim ni. Malam ni kau, Iskandar dan keluarga kau bertungkus lumus masak juadah berbuka dan sambutan hari raya esok.

Aku pun nak saham akhirat jugak.

Itu pun Syamsul dan Mahad dah sampai. Kata papa Haris.

Syamsul, Mahad masuk minum air dulu. Ajak papa.

Izhan mintak pinggan, bihun dan daun sup dengan Hani. Lepas tu ambil sup tulang dalam periuk tu hidang kan pada imam, Syamsul dan Mahad ni. Arah Tuan haji Iskandar.

Baik papa.

Hani. Ambilkan pinggan pak Su, imam dan abang Mahad sampai. Kata Izhan.

Baik boss ku. Sempat Hani melawak.

Sementara Syamsul, Mahad dan imam makan. Haris, Izhan, Harry dan Hani mula memasukkan barang-barang yang dibeli oleh Puan Zakiah dan datin Diana untuk dihantar ke pusat jagaan warga tua.

Imam duduk sahaja di sini biar kami uruskan barang-barang ni. Kata pak Su.

Betul tu imam dah ramai pun yang tolong. Hani, Izhan pun ikut tolong kemas di sana. Milah kan ada kat sana janganlah risau. Jawab abang Mahad.

Ye lah kalau kamu kata macam tu. Jawab imam.

***

Setibanya di pusat jagaan warga tua Hani dan Izhan pun terus membantu kak Milah menyiapkan meja buffet.

Ini pengantin esok ke? Tanya seorang pakcik kepada Izhan  yang kebetulan memakai baju melayu berwarna ungu. Cantik isteri kamu kata pakcik itu menunjukkan ke arah Hani.

Emmmm.. diam mereka berdua.

Betul tu pakcik ini lah pengantin baru esok. Jawab Along yang baru sampai dengan Ira. June yang turut bersama mereka pun dua kali lima mengetawakan Hani.

Jaga isteri kamu baik-baik didik dia dengan agama. Pesan pakcik itu. Kalau pakcik tak sempat hadir majlis kamu nanti jangan terasa hati ye nak. Kata-kata akhir pakcik itu memotong niat Hani untuk menjawab.

Pak Karim tak tidur lagi ke? Tanya abang Mahad.

Belum Mahad pakcik bahagian tengok mereka berdua ni. Macam arwah anak dan menantu pakcik. Rindu pakcik pada mereka. Selalu kalau nak sambut raya diorang lah yang paling sibuk.

Dah lewat ni mari saya hantar pak Karim masuk ke bilik ye. Kata abang Mahad.

Kesian pak Karim kata kak Milah.

Kenapa kak? Soal Hani.

Arwah anak dia meninggal dunia masa malam raya macam ni. Sejak tu pak Karim jadi pendiam. Akak rasa dia rindu pada anak-anak dia tu. Jawab kak Milah.

***

Pulang dari solat sunat Aidilfitri mereka terus berkumpul di rumah kebajikan warga tua dan anak-anak yatim.

Makanan yang dijamu untuk mereka adalah juadah yang disediakan nenek Faridah, datin Diana dan Puan Zakiah dibantu dan ditaja seratus peratus oleh mereka sekeluarga.

Ira terpaksa duduk di kerusi kerana tak larat untuk berdiri lama. Kandungannya memang aktif menyebabkan dia cepat penat.

Hani dan Izhan paling rajin melayan kerenah warga tua kebanyakan orang tua disini percaya kata-kata Pak Karim kononnya mereka berdua ni pasangan pengantin. 😅

Orang LuarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang