Betul ke tak nak pergi Haris, Ira?
Tak lah papa, Ira dah mula online class. Sekejap lagi mula sesi kuliah kata Haris. Haris nak tolong ajarkan mana yang Ira tak faham.
Patutlah dapat pointer tinggi tiap tahun ada cikgu tuisyen rupanya.. usik Hani kepada Syahirah dan Haris.
Merah muka Ira bila diusik oleh Hani.
Kamu ni Hani ada sahaja idea nak mengusik si Ira. Balas mama Haris.
Papa kita naik ATV ye.. cadang Hani.
Best jugak tu. Jom.. sokong Dato' Harun.
Papa you are the papa in the world...
_____________________________Abang ok tak ni? Kalau abang tak larat tak apalah Ira siapkan assignment ni sendiri.
Tak apa abang ok. Ni kan ada asam, lagipun abang tak nak Ira stress masa nak siapkan assignment tu. Kalau abang ada boleh temankan Ira berbual.
Haris, Ira tak tidur lagi ke? Soal nenek Faridah.
Belum nek, Ira nak siapkan assignment ni dulu. Nenek kalau tak larat tidurlah dulu. Dah seharian nenek kat dapur tu. Ira nak tolong nenek tak bagi.
Kamu tu baru nak lekat Ira tak boleh nak lasak kan jadi apa-apa susah.. balas nenek Faridah.
Lekat? Apa yang lekat mak idah? tanya mama Haris kepada nenek Faridah. Dia berjalan keluar dari dapur bersama Puan Zakiah dan kak Eton.
Kamu tak bagitau lagi ke dekat mama kamu Haris? Soal nenek Faridah.
Belum nek, kami malu. Lagipun awal lagi. Jawab Ira.
Apa nak di malukan. Balas nenek Faridah
Haris, Ira kenapa ni? Risau pulak mama dengar.
Ira baru enam minggu mama. Tak lama lagi bertambah lah cucu mama. Kata Haris.
Alhamdulillah.. tahniah Diana tak lama lagi jadi nenek lah awak kata Puan Zakiah.
______________________________Jauh termenung Diana tanya Puan Zakiah.
Eh, Za.. jemput duduk. Balas mama Haris.
Awak tak sihat ke? Jauh termenung saya tengok tadi. Soal Puan Zakiah lagi.
Entah lah Za, saya tahu macam mana nak pulihkan kembali hubungan saya dengan Haris. Terlalu banyak perkara yang saya buat sehingga menguris hatinya.
Kalau nak berkongsi cerita saya sudi mendengarnya. Pujuk Puan Zakiah.
Saya kahwin dengan Harun bukan pilihan hati saya tapi pilihan arwah ayah saya. Harun budak praktikal di syarikat ayah saya. Budak kampung tapi bijak dalam perakaunan. Tamat sahaja belajar ayah tawarkan Harun jadi staff di syarikat kami. Ayah saya pemilik kilang pencetakan buku. Ayah Harun pulak seorang guru. Dari situ syarikat kami mula berkembang menjadi pembekal barang-barang sekolah.
Tamat sahaja peperiksaan akhir saya di London ayah suruh saya pulang ke Malaysia. Sebab mak saya kemalangan jalan raya. Mak cedera parah memerlukan pembedahan segera. Ayah guna duit syarikat untuk merawat mak jadi kami tak dapat nak bekalkan barang-barang yang ditempah oleh sekolah.
Arwah ayah Harun beri geran tanah rumah mereka untuk jadi cagaran pinjaman bank. Alhamdulilah, akhirnya syarikat kami kembali pulih. Kerana budi baik mereka sekeluarga ayah mencadangkan saya berkahwin dengan Harun. Sedangkan masa tu saya sudah ada teman lelaki. Demi mak dan ayah saya menikah Harun. Rezeki kami saya bunting pelamin jadi lahirlah Haris.
Selepas Haris lahir saya pun mula bercadang untuk membuka perniagaan sendiri. Dari situ mula lah boutique Diana. Dengan sokongan daripada keluarga dan suami saya berjaya naikkan nama saya di persada fesyen. Haris mula diabaikan. Masa ni ibu bapa Harun minta izin dari kami untuk jaga Haris.
Mula-mula kami selalu melawat Haris di kampung lama-lama jadi berat-berat nak pergi sebab saya semakin sibuk. Selalu kalau balik melawat Haris cuma Harun je.
Sehingga satu kejadian saya bertemu kembali dengan bekas kekasih saya. Cinta lama berpaut rumah tangga mula dilanda badai. Saya hampir menyerahkan kehormatan saya pada bekas kekasih. Tapi arwah ayah saya perasan dia pun kumpulkan bukti siapa bekas kekasih saya yang sebenar, arwah memberi kata dua pada saya jika saya tinggalkan Harun semua harta ini semua akan jatuh ke tangan Haris.
Kami pun kembali baik tak lama lepas tu saya hamil lagi anak kedua saya. Disini lah silap saya Za, saya terlalu memanjakan Harry sehingga saya layan Haris seperti orang luar. Bila Haris nak bermanja dengan saya selalu sahaja saya elak. Harry pulak cemburu dengan kejayaan Haris. Haris memang bijak sehingga dia dapat tajaan kerajaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Hani lahir selepas Harry berusia 5 tahun. Hani tak rapat sangat dengan saya. Sepanjang tempoh berpantang Harun yang banyak jaga Hani. Memang tak pelik bila semua orang lihat Hani manja dengan papanya berbanding saya. Harun akan sentiasa memenuhi permintaan Hani. Hani tak macam budak perempuan lain. Dia minat memancing seperti Harun, Hani anak yang paling tegas dalam keluarga kami. Sikap tu sebijik macam arwah ayah Harun. Haris pulak anak saya yang paling lembut dan taat. Harry pulak seorang yang boros dan suka bersosial.
Di syarikat saya ada seorang model perempuan yang sangat rapat dengan saya nama dia June. Saya paksa dia bertunang dengan Haris tapi jodoh tak panjang Harry caras tunang Haris. Haris tak nak bergaduh dia pun keluar dari rumah kami dan hidup sendiri. Haris buat keputusan keluar dari syarikat kami dan menjadi guru.
Disinilah tempat pertama Haris dihantar mengajar. Rumah yang kita duduk ni rumah sewa Haris dan Zain. Kat dapur tu lah saya lihat Ira untuk pertama kalinya. Dengan baju sekolah. Ira datang hantar makanan yang di masak oleh mak idah. Saya bergaduh dengan Haris. Saya pulau kan dia setiap kali dia balik ke rumah kami saya selalu sahaja hina dia.
Saya terima cadangan Harry bulat-bulat tunangkan Harry dengan June. Lepas tu siap bawa pergi bercuti ke Korea. Marah Hani masa tu. Harry buat hal hampir cabul Ira tapi saya menafikannya saya kata itu rancangan Haris untuk dapatkan June semula. Hati Haris terluka masa tu, dia dan Ira keluar dari rumah kami dan tinggal di rumah lamanya yang tak ada apa-apa.
Selepas Haris keluar dari rumah tu macam-macam berlaku Za. Harun dapat tahu Harry pecah amanah dan tidur sekatil dengan June. Harun marah sangat masa tu. June pulak mengandung luar nikah.
Dari situ rombakan pegang saham syarikat dibuat oleh Harun. Haris tolak semua share pegang saham miliknya. Satu sen pun duit syarikat tu dia tak ambil sebaliknya dia buat pinjaman bank buka ladang sawit di tanah di kampung seri sepakat. Dari ladang bertambah ke kolam ikan, chalet, ternak kambing dan rusa.
Sampai sekarang hati saya tak pernah tenang Za. Kawan-kawan yang dulu rapat dengan saya mula memulaukan saya. Lagi kecewa hati ini bila anak yang dilahirkan oleh June cacat, sumbing dibahagian bibir dan hidung. Saya di caci dengan kata-kata keturunan tak elok. Sejak pada tu saya dah tak berhubung dengan kawan-kawan saya dulu. Saya selesa ikut Harun ke tempat-tempat macam ni jiwa saya jadi tenang Za.
Saya faham apa yang Diana rasa. Dulu pun kami macam tu jugak.
Abang Iskandar baru menjadi peguam berprofil tinggi. Salah satu kes tu bersangkutan dengan satu kumpulan kongsi gelap. Kes itu masih dalam ingatan saya hingga hari ini. Saya hilang rahim kerana kemalangan dan anak yang saya kandung mati. Gara-gara mereka tidak puas hati. Macam-macam fitnah kami terima. Sehingga abang Iskandar dibuang keluarga.
Kawan-kawan mula menjauh bila abang Iskandar mula bekerjasama dengan Alex. Alex mempunyai sejarah keluarga kongsi gelap. Kami kena tempias. Sepanjang mengenali Alex sekeluarga tak ada satu pun urus niaga bersangkutan dengan kongsi gelap. Fitrah manusia.
Tapi ada baiknya jugak sejak bekerja sama dengan Alex setiap kes berprofil tinggi tak ada lagi orang yang mengacau kami. Isu agama kami pulak jadi mainan mereka.
Abang Iskandar pernah kata pada saya lantak apa yang mereka nak kata. Kita beriman kepada Allah itu yang kita kena pegang. Biarkan apa mereka nak kalau kita tak ada nasi dalam rumah ini pun bukan diorang nak bantu dikatanya lagi adalah.
YOU ARE READING
Orang Luar
Storie breviHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.