Izhan

37 4 0
                                    

Ok dah sampai.

Kat sini ke rumah Encik Izhan?

Tak lah ni rumah ibu dan abah saya.

Hahaha kelakar lah lawak Encik Izhan ni.

Jemput masuk Hani, tak apalah Encik Izhan. Segan big boss mesti ada kat dalam tu.

Itu kereta abah saya baru sampai.. panjang umur dia.

Izhan, Hani pun ada kenapa tak masuk. Soal Tuan haji Iskandar. Sebaik sahaja sampai berhampiran dengan kediamannya dia terpandang Izhan mengeluarkan luggage dari kereta Myvi berwarna silver. Bila di amati betul-betul rupanya itu adalah Hani peguam baru yang menolong menyelesaikan isu Angelina dan Hong Lee Chong.
_____________________________

Masuk Hani jangan malu-malu. Kata Tuan haji Iskandar.

Terima Kasih Tuan haji.

Abang dah sampai? Siapa ni abang? tegur seorang wanita berusia lebih kurang mamanya datin Diana. Wanita itu pun menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Hani.

Kenalkan Hani ini isteri saya Zakiah. Zakiah ini Hani, peguam baru di syarikat kita dia ni anak buat Izhan. Iz, tumpang kereta Hani. Cerita Tuan haji Iskandar.

Oh begitu rupanya. Maaflah makcik tak dengar tadi kereta kamu parking. Balas hajah Zakiah.

Nak dengar macam mana kalau Izhan letak kereta kat luar pagar. Balas Tuan haji Iskandar.

Patutlah, mananya si Izhan ni? Soal hajah Zakiah.

Abang suruh parking kereta ke dalam. Tu pun dia masuk.

Assalammualaikum ibu.

Waalaikumussalam. Iz, sihat ke?

Alhamdulillah ibu. Iz sihat je. Ibu sihat?

Alhamdulillah. Oh ye lupa pulak ibu. Hani duduk lah dulu makcik buat kan minum petang. 

Tak payah susah makcik Hani dah nak balik sekejap lagi.

Apa yang susah ye. Kuih seri muka tu dah siap cuma potong letak dalam pinggan dan bancuh kan minuman.

Hani tolong ye.

Tak apalah Hani kan tetamu.

Hani kena tolong nanti depan bos tak boleh makan kuih banyak malu.. selamba Hani melawak.

Pecah ketawa mereka.

Ye lah.
________________________

Maaflah Hani, rumah ni tak ada pembantu rumah. Makcik tak biasa lagipun aurat Tuan haji dan Izhan, kena jugak di jaga.

Tak ada pembantu rumah? Biar betul Puan. Rumah besar bersih macam ni tak ada pembantu... Hebat ye puan.

Tak ada hebat ye Hani, kalau tak larat makcik mintak lah Tuan haji upah jugak pembantu cuci masa hujung minggu. Lagipun Izhan tu ringgan tulang selalu bantu makcik bersihkan rumah.

Jom dah siap semuanya. Mari kita ke hadapan minum petang sama-sama. Ajak hajah Zakiah.

Sedapnya..

Kalau sedap makan banyak sikit. Balas hajah Zakiah.

Selepas minum petang Hani pun meminta diri untuk pulang. Hajah Zakiah tak ketinggalan membekalkan kuih seri muka untuk Hani.

Hani panggil Izhan.

Ye, ada apa-apa Encik Izhan?

Tak ada apa-apa. Hati-hati memandu.

Beres boss ku balas Hani. Tiba.. Ya Allah, kenapa encik Izhan bersihkan kereta saya? Malunya.

Sori saya OCD..

Sebenarnya saya memang jarang bersihkan kereta ni. Sebab esok saya nak turun ke ladang kelapa sawit. Saya nak pergi memancing dengan papa.

Memancing kat mana? Nak ikut boleh...

Betul ni? Encik Izhan jangan merungut ye nanti kalau kotor.

Saya cuba.
___________________________

Cekap ye awak bawak kereta masuk ladang kelapa sawit macam ni.

Saya dah selalu datang. Lagipun ni minat saya Encik tak pegang pancing ikan seminggu boleh ketaq tangan ni.

Tuan punya ladang ni mesti dah biasa dengan awak kan..

Biasa sangat-sangat.

Setibanya di kawasan perkhemahan dan chalet..

Tergangga mulut Izhan.

Hani...

Papa..

Ini ladang kelapa sawit papa awak ke?

Ye..

Papa, kenal kan ni bos Hani Encik Izhan.

Uncle.

Selamat datang Izhan ke teratak seri honey.

Seronoklah tempat ni walaupun dalam ladang kelapa sawit tapi tak boleh nak menafikan susun atur chalet, kawasan perkhemahan yang dekat dengan tandas dan sumber elektrik memudahkan kaki pancing bawa keluarga mereka. Ada pulak mini zoo seperti arnab, rusa, ayam belanda dan kambing.

__________________________

Malam ini satu jamuan makan malam dibuat khas oleh keluarga Mr. John semperna pernikahan kembali kedua ibu bapa mertuanya. Ramai tetamu yang di jemput hadir.

Majlis ini diadakan di perkarangan chalet uncle ah Hong. Kenalan rapat seperti Haris, Ira, nenek Faridah, ustaz Zul, Cikgu Norhayati, Majid, Eton, Milah, dan Mahad turut hadir. Ada juga beberapa kenalan lain yang rapat dengan uncle ah Hong seperti Keong, Mutu, Siva, Kumar, madam Rina dan beberapa kenalan lain.

Rusa panggang menjadi menu utama. Hani datang bersama papa dan mamanya. Manakala Izhan turut datang ke sana bersama abah dan ibunya.

Kenalkan papa ni Tuan haji Iskandar dan Puan hajah Zakiah big boss Hani.

Apa khabar tuan haji.. saya Harun papanya Hani.

I kenal you. You ni Dato' Harun kan. Banyak i dengar cerita pasal you tinggalkan bisnes you sebab nak ceburi bidang pertanian. I cukup bangga lah dengan tindakan you. Izhan tak habis-habis cerita pasal ladang kelapa sawit you. Mari kita cari tempat banyak i nak tanya ni. Ajak Tuan haji Iskandar.

Saya mama Hani, Diana. Jadi Puan lah yang berikan Hani kuih seri muka yang sedap tu. Saya suka. Cerita datin Diana.

Biasa-biasa je datin. Saya ni suri rumah je. Mereka berdua mula bertukar cerita.

Hani.

Ye?

You tinggal kat mana? Tak nampak pun kat homestay d'dusun petang tadi masa kami sampai.

Saya tinggal kat rumah abang Haris. Sebelum masuk ke homestay ni ada dua biji rumah melayu tradisional kan? Kat situlah.

Satu rumah warna hitam dengan kerawang klasik warna keemasan tu ke? Atau rumah kayu warna putih kerawang kelabu? Soal Izhan.

Yang warna hitam tu. Warna putih tu rumah nenek yang tengah berpeluk nagis dengan auntie Angelina tu punya. Cantikkan rumah tu.

Cantik sangat rumah tu. Ibu cakap kat abah tadi dia teringin nak tengok rumah tu dengan dekat. Cerita Izhan.

Datang je, nenek Faridah baik. Esok ikut saat naik ATV nak kita masuk dusun.

Dusun??



Orang LuarWhere stories live. Discover now