Nenek

34 4 0
                                    

Alhamdulillah nenek Faridah sudah sedar. Walaupun begitu dia masih lemah dan belum boleh menerima makanan.

Keadaan ini sangat mencabar sebab bukan setiap masa Ira boleh menjaga nenek Faridah. Nasib baik mama, Achik Za panggilan mesra kepada Puan Zakiah dan Hani sudi membantu. Kami berbagi diwaktu malam selepas anak-anak tidur Ira akan ke hospital pada pukul 12.00 tengah malam dan pulang pada waktu subuh. Kemudian mama atau Achik Za akan menemani nenek sehingga ke pukul 12.00 tengahari. Jika mama menjaga nenek di waktu pagi Achik Za akan menjaga di waktu petang. Jika Achik Za pagi mama pulak di waktu petang. Bila selepas pukul 6.00 petang Hani pulak mengambil giliran menjaga nenek Faridah kadang kala dia ditemani oleh Izhan. Selalunya Ira dan Haris akan datang melawat di waktu tengahari untuk berbual-bual dengan nenek.

Cuti Haris pun tinggal beberapa hari lagi. Jadi setelah berbincang dengan doktor pakar akhirnya nenek boleh ditukarkan ke hospital berdekatan dengan kampung. Walaupun begitu pemantauan berkala tetap dibuat. Balik sahaja di kampung Ira dapat bernafas sedikit kerana kak Eton, kak Milah dan mak Su boleh bergilir-gilir menjaga nenek di hospital.

Setelah sebulan setengah nenek Faridah akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Ira kita singgah di kedai emas Abdullah tu sekejap. Nenek ada benda nak beli.

Nenek nak hadiahkan Ira, Salwa, Sofea dan Hannan rantai sebentuk seorang. Untuk mama, Achik Za, Hani, kak Eton, kak Milah, kak hayati, Juneena dan Nana nenek belikan sebentuk seorang cincin. Ira nak bayar tapi ditengah oleh nenek.

Harta tu bukan boleh bawak mati pun Ira baik nenek beri pada orang yang banyak berjasa pada kepada nenek.

Untuk anak cucu lelaki. Dibelinya cincin lelaki setiap seorang. Haris, Papa, Izhan, Harry, baba Zul, abang Majid, abang Mahad dan tiga bentuk cincin lelaki tapi tak tahu milik siapa.

Setibanya di rumah nenek Faridah suruh semua anak cucunya berkumpul di rumahnya. Selesai solat maghrib berjemaah. Nenek serahkan satu persatu barang kemas yang diberikannya itu. Ira dan Salwa.. Salwa simpan satu untuk anak kamu dalam perut tu. Ira simpan dua lagi cincin ni untuk anak-anak kamu yang akan lahir nanti.

Tapi nek, Hannan dan Haziq kecik lagi tu. Kata Ira.

Cukup untuk dua tahun setengah mengandung lagi lah. Kamu dengan Haris tu bukan nenek tak tahu pantang bersentuh. Usik nenek Faridah.

Pecah ketawa mereka.

Hani pulak nenek nak pesan jangan makan lewat sangat jaga kesihatan tu. Kalau boleh pergilah berurat. Kamu punya peranakan tu tak kuat sebab kamu terjatuh kan. Itulah sebab nenek tak bagi kamu berlari-lari sangat. Leter nenek Faridah.

Terkejut Izhan bila mendengar leteran nenek kepada isterinya.

***
Bila sayang jatuh? Soal Izhan.

Hari tu masa balik dari mahkamah perut sayang sakit sebab lapar. Abang pulak lambat ambil sayang dekat sejam jugak lah sayang tunggu. Pastu abang ambil sayang ajak makan dengan Rayyan. Rayyan pulak tak nak makan kat tempat yang kita tunggu tu.

Sayang malas nak susahkan abang terus sayang suruh abang hantar sayang ke hospital teman nenek. Kat hospital lah sayang makan. Tapi tak boleh nak makan banyak sebab mual gastrik. Sayang terjatuh duduk kat tandas masa tu. Nasib nenek tolong panggilkan nurse. Akhirnya sayang kena masuk air tidur sebelah katil nenek. Cerita Hani.

Ya Allah sayang abang mintak maaf banyak-banyak. Abang terlupa masa tu abang janji nak makan dengan sayang, tapi abang ajak si Rayyan. Ni semua sebab cemburu buta Rayyan pada Nana dan Ikhmal tu lah sampai abang abaikan sayang. Balas Izhan.

Is ok takde hal lah. Cuma kebelakangan ni sayang memang rasa tak selesa bila berdiri lama. Sayang rasa betul kot kata nenek tu sayang kena pergi berurut. Kata Hani.

Hani, ooo Hani.. panggil kak Midah isteri abang Mahad.

Ye kak, ada apa? Tanya Hani.

Nenek Faridah suruh kamu ke bilik dia. Dia suruh akak tolong urut kan kamu. Jawab Midah.

Betul ke kak, jap Hani tukar pakai kain batik.

Abang nak ikut. Kata Izhan

***

Macam ni Midah, kalau orang mengandung jangan bagi dia meniarap kalau di urut kan lain jadi anak ye. Kata nenek Faridah.

Dari tulang belakang ni turunkan ke bawah urutan tu. Ajar nenek Faridah.

Krak... Seakan bunyi tulang masuk ke tempatnya.

Macam mana Hani. Ok tak?

Ringan sikit badan Hani. Terima kasih nek, kak Midah kata Hani.

Kamu urut lah dulu tiga malam ni lepas tu kalau datang bulan banyak darah kotor yang terkumpul tu akan keluar. Jangan minum ais dan kopi beberapa hari ni pesan nenek Faridah.

Selepas tiga malam berturut-turut Hani berurut dengan kak Midah ke esok kan ye dia datang bulan. Sama seperti pesan nenek Faridah banyak darah kotor yang keluar.

Sayang dah boleh solat? Tanya Izhan.

Dah.

Alhamdulillah.. di hujung bibir tersenyum.

***
Subuh yang hening.

Nenek dah bangun ke? Tanya Ira.

Ya Allah.. nenek. Abang... Jerit Ira.

Nenek.

Innalillahi..

Jenazah nenek di mandikan dan di ke bumi bersebelahan kubur arwah atuk Salleh.

Orang LuarWhere stories live. Discover now