Sebaik sahaja tiba di Australia Mr. Hong dan Hani telah dijemput oleh Izhan. Izhan ada anak kepada Tetuan Iskandar rakan kongsi Tetuan Alex.
Encik Izhan ini saya kenalkan Mr. Hong. Kata Hani.
Apa khabar Mr. Hong? Saya Izhan supervisor kepada Hani. Saya akan hantar Mr. Hong ke hotel dahulu rehat. Selepas makan tengahari kita akan ke hospital melawat Puan Angelina. Cik Angel pun akan menyertai kita masa makan tengahari tu nanti.
Nah kunci bilik awak. Sebelah tu bilik saya kalau ada report yang dah siap tu awak ketuk pintu tu. Arah Izhan.
Baik, Encik Izhan.
Semasa waktu makan tengahari kami dijemput oleh Angel anak perempuan uncle ah Hong. Menangis uncle ah Hong mendengar kisah anak dan bekas isterinya.
Angelina adalah pelajar tuisyen milik ibunya semasa mereka kanak-kanak. Dari situ bermulalah episod cinta mereka, tapi malangnya hubungan mereka tidak direstui oleh kedua ibu bapa Angelina.
Keluarga uncle ah Hong diugut bunuh oleh anak buah papa Angelina. Semasa mereka terpaksa bercerai uncle ah Hong tidak mengetahui bahawa auntie Angelina sedang hamil. Auntie Angelina dibawa lari ke luar negara.
Walaupun mereka sudah berpisah auntie Angelina sentiasa bercerita tentang uncle ah Hong supaya anaknya mengenali siapa sebenarnya ayah kandungnya.
Selepas melahirkan Angel, auntie Angelina dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki cina yang tua dan kaki botol. Auntie Angelina selalu didera sehingga beberapa kali keguguran. Akibat penderitaan itu auntie Angelina mengalami kerosakan dibahagikan perut hingga ke kaki menyebabkan dia lumpuh.
Ketika angel berusia 19 tahun dia hampir dijual sebagai pelacur oleh datuk ye kerana pengaruhnya telah hilang di sebabkan oleh anak saudaranya sendiri berpaling tadah.
Angel bernasib baik dibeli oleh seorang lelaki yang sangat budiman. Lelaki itu pun mengambil dia sebagai isteri. Mr. John adalah anak saudara kepada ayah Mr. Alex. Dari situ mereka mula menyiasat dan mencari uncle ah Hong.
Setelah bertemu dengan auntie Angelina, uncle ah Hong bercadang untuk menikahi bekas isterinya kembali. Dia bercadang membawa auntie Angelina pulang ke Malaysia.
____________________________Hani pilih lah uncle belanja. Kata uncle ah Hong.
Tak apalah uncle Hani tengok je handbag ni. Jawab Hani.
Jangan malu-malu Hani, keluarga nenek Faridah pun bukan siapa-siapa dengan uncle, abang kamu Haris dan Ira pun uncle anggap macam keluarga jugak. Balas ah Hong. Ambillah belikan untuk mereka sekali.
Betul tu Hani. Tak apa jangan bimbang saya punya husband akan bayarkan semua tu. Tambah Angel.
Hani, nanti kasi beli untuk itu ustaz Zul sama isteri ye.. itu Eton dengan suami tu orang banyak baik selalu bagi uncle buah dan sayur. Cerita uncle ah Hong.
Uncle kalau macam tu satu kampung lah uncle kasi belanja usik Hani.
Pecah ketawa mereka semua. Mana taknya dari seorang ke seorang yang di kenal semua suruh beli buah tangan.
Hani, you dah lama ke kenal dengan Mr. Hong? Soal Izhan.
Homestay d'dusun kakak ipar saya sebelah chalet uncle ah Hong ni. Uncle ah Hong ni family Friend keluarga mertua abang saya. Itu yang saya pun uncle ah Hong layan baik. Jelas Hani.
Izhan, kamu pun kasi pilih untuk kamu jugak. Jangan marah sama Hani itu budak baik. Family pun baik-baik semuanya. Uncle ah Hong mencela perbualan mereka berdua.
Tak apalah Mr. Hong. Balas Izhan.
Jangan malu-malu Izhan kamu dua orang, orang baik-baik banyak tolong sama keluarga saya. Kata John suami kepada Angel.
Akhirnya selesai juga mereka semua membeli buah tangan dari Australia kepada kawan-kawan uncle ah Hong. 50 biji bebola kristal bersama keychain dan magnet berlatar belakangkan Australia terutama koala. 10 biji sling beg untuk kerani dan beberapa orang kenalan uncle ah Hong dan 10 biji wallet lelaki. 5 biji handbag untuk Ira, hayati, nenek Faridah, Kak Eton dan Hani sendiri. Izhan memilih tali leher satu set bersama pen.
Kegembiraan terpancar di wajah uncle ah Hong. Selepas sekian lama terpisah dengan orang yang tersayang.
Sebaik sahaja tiba-tiba di KLIA, dua buah Vellfire berwarna hitam menjemput mereka.
Hani tak ikut sekali tanya Izhan tak lah Encik Izhan, saya rasa macam gengster. Lawak Hani.
Hani, lawak awak ni kadang-kadang nak pecah perut saya dengar. Balas Izhan.
Saya dah mintak staff papa saya parking kan kereta saya di B2/15. Encik Izhan pulak macam mana? Soal Hani.
Saya ingat nak ambil grab car je. Balas Izhan.
Tak payah lah susah-susah nak booking grab jom saya hantarkan Encik. Kata Hani.
Hani.
Ye..
Apa kata saya yang pandu kereta ni. Seganlah menumpang kereta orang. Tak tolong apa-apa awak dengan saya pun sama je penat. Kata Izhan.
Emmm... Menarik, bila lagi kan bos nak jadi driver kan. Usik Hani.
Ye lah Hani cepat lah. Satu minit tak buat lawak bukan Hani lah orang ye. Balas Izhan.
YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.