Luka Lama

19 1 0
                                    

Hasil bantuan dan pujuk kan cik Rokiah akhir maksu Sapiah berjaya dibawa balik ke kampung. Dia ditempatkan di rumah kebajikan warga tua milik imam soleh.

Namun masalah mental yang dihadapinya agak menyukar mereka menjaganya sehingga mengganggu penghuni lain.

Papa.. Kata Sofea.

Ye Sofea.

Boleh tak kalau Sofea je yang jaga mama. Tanya Sofea.

Semua yang berada di situ terkejut dengan pertanyaan Sofea.

Tapi kan Sofea nak kena ke sekolah. Nanti ganggu persekolahan Sofea macam mana. Tanya syamsul.

Papa, mama tu ada masalah mental pa. Sebab dia banyak kali derhaka pada orang tua. Papa nak ke Sofea pun jadi macam mama. Pujuk Sofea.

Sofea.. Akk.. Ira baru nak bercakap tapi di halang oleh haris.

No sayang bagi dia luahkan perasaan dia. Dia jadi anak remaja sekarang. Bisik haris ke telinga Ira.

Abang..

Papa tak tau nak letak kat mana..

Dengan bantuan Ira dan Salwa akhirnya beberapa bilik siap dibina di salam kawasan rumah kebajikan warga tua ini.

Ini bilik khas untuk mama kamu, maafkan Umi tak dapat nak izinkan mama kamu tinggal di rumah kita. Papa dan mama kamu bukan lagi muhrim. Lagipun papa masih tak dapat nak lupakan apa yang berlaku antara dia dan mama kamu ucap Salwa.

Umi bagi mama bilik macam ni pun Sofea dah bersyukur Umi. Terima kasih umi. Ucap Sofea pada Salwa. Sambil merenung mama ye yang duduk termenung di tepi katil.

Jaga mama kamu baik-baik Sofea. Walaupun apa yang berlaku ingat syurga kamu dibawah tapak kaki Umi. Pesan Salwa.

InsyaAllah Umi.

Assalamualaikum, Amboi buat apa tu leka ye. Ini jururawat dan pembantu yang akan bertugas dekat bilik kecemasan kita tu kata Ira.

Alhamdulillah. Terima kasih Ira dah banyak kemudahan kamu dan mertua kamu salurkan pada tempat ni. Ucap Salwa.

Sama-sama maksu. Dalam rezeki Ira ada sebahagian rezeki mereka. Mari kenalkan. Ini Alia, Fatihah, Azhar dan Saiful..

Apa khabar puan Salwa.

Baik, Alhamdulillah.. Ok lah Sofea Umi nak bawa mereka melawat sekitar kawasan ini dan nak serah kunci bilik masing-masing.

Baik lah Umi. Sofea nak teman mama dulu. Nanti dah siap Sofea balik.

Ye lah. Ira nak duduk di sini atau nak ke pejabat.

Ira nak balik terus maksu nak masak sekejap lagi abang Haris balik kerja.

Ye lah hati-hati memandu.

Baik maksu. Sofea dan semua saya balik dulu. Assalamualaikum..

Waalaikumsalam..

Mari saya tunjukkan bilik, kini klinik dan kawasan sekitarnya.

Baik puan.

Kamu semua akan bekerja secara shiff disini bersama 3 lagi tenaga kerja di pusat ni. Cuma mereka tak ada kemahiran kejururawatan macam kamu. Ini Blok perempuan. Ini bilik Alia dan Fatihah. Sebelah bilik kamu ada Zana dan ustazah Anisah. Di hadapan sana blok lelaki.

Pak din panggil Salwa pada pakcik Nordin abah ye Nana.

Ye puan Salwa. Jawab pak Nordin.

Ini jururawat dan pembantu baru pusat kita. Pak Nordin boleh bantu saya hantarkan mereka ke blok lelaki. Pinta Salwa.

Boleh puan mari nak pakcik tunjukkan bilik kamu.

Selesai kamu semua kemas bilik kita jumpa di kantin depan ni ye. Pesan Salwa.

Baik puan.

Untuk dewan makan kamu semua tak perlu memasak sebab kami memang menyediakan tukang masak khas disini. Mari duduk kita perkena teh tarik kak midah sedap tau.

Hairi teh tarik untuk kami ye,. pesan Salwa pada Zulhairi anak sulung ustaz Zul dan cikgu Norhayati . Dia mesra di sapa dengan gelaran Hairi.

Ni air yang akak order. Kata Zulhairi sebaik sahaja meletakkan minuman yang dipesan Salwa.

Terima kasih Hairi. Macam mana persiapan kamu masuk ke politeknik nanti tanya Salwa.

Alhamdulillah kak semua dah siap cuma tunggu tarikh lapor diri je. Lagipun Baba dengan ibu plan nak buat kenduri doa selamat dan tahlil arwah nenek sekali. Cuma tak bincang lagi dengan semua.

Bagus la kalau macam tu rumah nenek pun dah lama tak diadakan kenduri.

Jemput la minum Hairi ke belakang dulu nak siapkan makan tengahari.

Ye lah jemput minum semua.

Wow.. Kaw dan berlemak puji azhar.

Kan. Betul tak saya kata. Ucap Salwa.

Mini klinik dan bilik kecemasan dah kita tengok. Pejabat dan kantin pun kita dah tengok. Sekarang kita melawat asrama warga tua. Kata Salwa.

Berapa ramai yang tinggal di sini puan. Tanya Fatihah.

42 orang semuanya. 12 di antara mereka adalah warga tua yang tak mampu nak uruskan diri mereka sendiri jadi kita lah yang akan mandi dan tukar lampin najis mereka saya harap kamu semua mampu melakukannya.

InsyaAllah puan. Kami akan cuba terbaik seperti mana yang puan Ira dan puan sampaikan tadi.

Hairi jerit Andy cucu ah Hong.

Kau Andy, ada apa tanya Hairi yang sedang sibuk membuang sampah ke dalam tong sampah.

Bila kau habis kerja ma? Hari tak main bola ke? Tanya Andy.

Sekejap lagi habis la waktu kerja aku. Kau tak nak masuk dulu ke. Minum teh ke?

Boleh jugak aku pun baru balik ni. Tadi ikut ah Gong ke pasar ambil bakul.

Mari la.

Mereka mula berkawan baik sejak bertemu pada sambutan tahun baru cina beberapa tahun lalu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Orang LuarWhere stories live. Discover now