Thanks mammy.. kata Nana yang memperoleh Ang pau tahun baru Cina dari Puan Angelina dan uncle ah Hong.
Tak ketinggalan Hani, Izhan dan mereka yang lain.
Selesai makanan sesi bergambar kenangan dengan keluarga uncle ah Hong.
Nana. Panggil Rayyan.
Encik Rayyan. Dah makan ke? Kalau belum jemput makan sekali banyak juadah mammy dan daddy tempah. Biskut ni mak dan saya yang buat jangan lupa cuba tau. Kata Nana.
Kalau macam tu saya nak mintak lah dengan uncle ah Hong bawak balik botol ni. Jawab Rayyan sambil tersenyum.
Oh no, jangan buat malu Encik Rayyan. Balas Nana.
Kakak Nana, panggil Sofea.
Ye Sofea, ada apa?
Mak akak panggil dia kata abang Ikhmal nak jumpa. Kata Sofea.
Ok akak datang sekarang.. Jawab Nana.
Ikhmal budak penyambut tetamu tu... Jaga kau, berani kau nak rampas buah hati aku. Bisik Rayyan dalam hatinya.
Encik Rayyan.... Ooo, Encik Rayyan. Panggil Nana.
Ye, ye sayang.. aduhai salah cakap, saya. Kata Rayyan.
Maaf saya kena mintak diri dulu, ada orang nak jumpa. Kata Nana.
Ye lah. Baru nak ajak teman sebenarnya. Kata Rayyan perlahan.
Malam ni kita jalan-jalan kat kampung ni sambil makan-makan kat warung pak Badar. Kata Nana sebelum pergi.
Janji tau.
Ye...
***
Nana pinjam kereta kau, aku tak ada kenderaan tadi aku bawak kereta Tuan Haris. Jemput diaorang. Tiba-tiba nenek Faridah tak sihat. Diaorang pun gerak balik dulu. Kata Ikhmal.Nah ambillah kunci ni. Esok pagi kau jemput aku ye. Jawab Nana.
Beres. Aku gerak dulu.
***
Nenek ok tak ni? Pucat sangat ni kita ke hospital ye. Pujuk Ira.
Emmm.. tak nak, balas nenek malam tadi dia muntah-muntah dan cirit-birit. Tak tahu apa makan.
Kita angkat je lah nenek ni. Bawak ke hospital. Risau pulak abang tengok. Dari semalam pak Su dengan mak Su pujuk ke klinik tak nak. Kata Haris.
Nek Ira bawak nenek ke hospital ye. Nenek tak boleh terus tahan macam ni. Bahaya kalau terus macam ni. Kata Ira memujuk nek Faridah lembut.
Alhamdulillah, akhir nenek bersetuju untuk ke hospital.
Setibanya nenek di hospital terus dia dimasukkan air. Kerana tubuh nenek terlalu lemah.
Keluarga Puan Faridah. Panggil seorang nurse.
Ye saya cucunya. Kata Ira.
Doktor nak berjumpa dengan Puan. Sila ikut saya.
Puan sila duduk. Saya doktor Amri selaku doktor yang merawat nenek Puan. Disini saya nak maklumkan yang nenek puan menghidap ketumbuhan di bahagian usus perut. Kami terpaksa tahan nenek Faridah buat masa ini. Kata doktor Amri.
Buat masa hospital kami tak ada pakar yang boleh dirujuk jadi kami akan hantar nenek puan ke Kuantan. Kata doktor Amri lagi.
Ya Allah nenek. Nasib baik Haris turut menemani Ira menemui doktor Amri.
Doktor boleh ke saya nak tukar nenek saya ke hospital tawakal. Tanya Haris.
Boleh disana ramai doktor pakar. Disini kami terhad kepada penyakit tertentu sahaja. Balas doktor Amri.
Kalau macam tu saya akan hubungi pihak hospital sana untuk datang mengambil nenek saya dalam masa terdekat. Kata Haris.
Selesai menguruskan perpindahan nenek Faridah ke hospital tawakal Ira, Haris dan anak-anaknya pun menyusul ke Bangi.
Nana ditugas untuk menguruskan hal-hal syarikat sementara Ira dan Haris tiada. Haris pula terpaksa mengambil cuti kecemasan. Nasib baik ada guru ganti mengganti tempatnya buat seketika.
Sayang tidurlah dulu nenek pun belum keluar lagi dari bilik bedah tu. Kata Haris. Kesian kat anak-anak sayang jangan macam ni.
Abang, Ira tak kuat. Ira takut kehilangan nenek.
Jangan macam ni sayang. Banyak kan berzikir. Ikut bacaan abang Subhanallah...
Subhanallah...
Subhanallah.....Selepas sejam lampu bilik bedah mula terpadam. Pintu bedah pun terbuka.
Alhamdulillah pembedahan telah berjaya. Oleh kerana faktor usia nenek Faridah agak berusia kami tak boleh janji berapa lama dia boleh bertahan. Untuk beberapa hari ni pesakit tidak akan sedarkan diri lagi jadi kami akan masuk kan air. Kata doktor Hazwan.
Baiklah doktor. Terima kasih.
Dah lewat malam ni jom kita balik kesian budak-budak ni kata Haris.
Baiklah abang. Nasib baik Hannan dan Haziq tak banyak ragam sepanjang perjalanan sehingga ke hospital tadi. Pihak hospital juga menyediakan tempat menunggu yang sangat selesa untuk waris pesakit
Haris memang mengupah orang untuk membersihkan rumah ini walaupun mereka tidak pulang ke Bangi.
Assalammualaikum. Kata Haris sebaik sahaja membuka pintu rumah itu. Kemudian semua lampu dipasang dan penghawa dingin dihidupkan.
Ira pun menolak masuk troli bayi anak-anaknya. Haziq dan Hannan sudah tertidur sebaik sahaja selesai menyusu badan dalam kereta tadi.
Haris terus memasang cadar. Kemudian anak-anaknya di letakkan di atas katil.
Ira pulak memanaskan makanan yang dibeli oleh Haris semasa perjalanan balik ke rumah tadi. Selesai di panaskan makan itu mula dihidangkan. Mereka makan bersama selesai membersihkan diri dan solat kedengaran orang memberi salam.
Mama kata Haris. Jemput masuk. mama, papa, Izhan dan pak Su.
Kami baru siap solat Isyak. Kata Haris yang masih berbaju melayu.
Maaflah lambat sampai. Tadi kami sampai nenek dah selesai dibedah. Tapi doktor tak galakkan untuk tunggu sebab nenek masih bawah pemantauan sebab faktor usia. Kata Pak Su.
Betul tu pak Su sebab tu kami balik ke sini. Lagipun kat sini dekat untuk berulang alik ke hospital. Kata Haris.
Mama dengan papa tadi terkejut bila kamu bagitau yang nenek masuk hospital. Kami pulak masih di rumah ah Hong. Nasib baik Hani dengan Izhan ada tolong parking pakaian. Lepas tu ambil pak Su di rumah. Nak bawak mak Su tak boleh sebab dia pun tengah sarat. Cerita papa.
Jemput minum semua kata Ira. Membawa nescafe suam..
Pak Su tidur sini lah dekat nak ke hospital. Cadang Ira.
Muat ke Ira? Soal mama.
Muat mama kat tepi tu ada satu katil kelamin. Masa Ira sarat dulu memang kami tidur di situ. Kat loteng atas tu pun boleh tidur. Tapi Haris dengan anak-anak tidur kat atas luas sikit dan selesa. Kata Haris.
Cantik rumah kamu ni. Kata Pak Su.
Biasa-biasa je pak Su.
Tepat pukul 11.30 malam papa, mama Hani dan Izhan pun pulang ke rumah mereka di Kajang.
Pagi itu hanya Haris dan Pak Su saja yang ke hospital melawat nenek. Ira tak dapat ke sana waktu pagi kerana dua kembarnya belum bangun tidur.
Selesai menyiapkan anak-anaknya dia pun bersiap. Tengah menyuapkan makanan terdengar bunyi ketukan dan salam.
Mama dengan papa.
Masuklah. Kata Ira.
Lah tengah makan Nestum rupanya cucu tok papa ni.
Ira nak ke hospital ke?
Ye mama, tunggu abang Haris tapi dah mama dengan papa ada ni kita pergi sekali lah. Tak payah tunggu abang Haris. Mama dengan papa nak minum Ira boleh sediakan. Tanya Ira.
Tak payahlah kami dah sarapan tadi sebelum datang.
YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.