Mama macamana dengan Along dia dah tahu ke Harry nak tunang dengan June?
Lantak dialah apa kita nak kisah June yang pilih kamu.. Keluarga June pun dah setuju dengan pilihan June. Apa yang June nak harap daripada Along kamu belajar sampai luar negara balik-balik jadi cikgu.
Berapa sangat gaji cikgu tu, kalau nak dibandingkan dengan gaji kamu. June tu model terkenal. Terpelajar dan cantik. Takkan dia nak duduk di kampung.
Bagus lah kalau mama cakap macam tu. Harry kalau boleh tak nak Along kacau majlis Harry nanti.
_________________________________Mama tak setuju kamu jadi cikgu, walaupun kamu hidangkan makanan yang lazat semua ni. Ingat Haris anak mama semuanya terpelajar dan ada kedudukan. Jangan sampai kamu mama layan seperti orang luar dalam keluarga ini.
Sudahlah tu, awak ni. Ada je salah si Along kat mata awak. Awak jangan lupa ayah saya dulu pun cikgu dari gaji seorang cikgu itulah saya ada disini. Berkemas kita balik sekarang.
Papa mama kata nak tidur sini.
Tak apalah Along lagi lama mama kamu kat sini nanti jadi apa pulak di meroyan marahkan kamu.
Apa awak cakap saya meroyan? Awak dah gila ke apa marah marah mama Haris.
____________________________Assalammualaikum..
Waalaikumussalam Encik Haris. Bila sampai? Tanya bibik Yani.
Baru sahaja bik, mana semua orang kat rumah ni? Sunyi aje..
Mereka semua pergi ke majlis pertunangan Harry, Encik Haris.
Harry bertunang?
Ya Encik.
Emmm.... Tak apalah bibik. Saya naik atas dulu. Nak mandi dan solat.
Encik nak makan apa-apa? Bibik boleh sediakan.
Boleh jugak. Tolong buat bihun goreng dan ini saya lupa nak bagi ada cempedak dan pisang nanti bibik tolong goreng ye. Boleh minum petang bersama mereka nanti.
Baik Encik.
Haris terus ke biliknya tak siapa pun memaklumkan kepadanya tentang pertunangan Harry. Haris agak terasa hati. Walaupun dia dan Harry tidak rapat dan selalu bertikam lidah tak semestinya hal keluarga seperti ini di rahsiakan oleh mereka.
Terus Haris membersihkan tubuh dan menunaikan solat. Selesai solat perutnya mula berkeroncong mula diminta untuk di isi makanan. Patutlah sudah pukul 5 petang dia makan tengahari awal di RNR tadi kali terakhir dia makan pada jam 11.15pagi tadi.
Haris terus turun ke dapur.
Bibik dah siap masak ke?
Sudah Encik, ini bihun goreng dan cempedak goreng. Encik nak bibik hidang di meja makan atau makan di dapur di island bar ini sahaja.
Kat sini sahaja bik, diorang pun belum sampai lagi. Kesian bibik nak kemas. Bibik tolong buat sambal kicap ye. Saya nak cicah dengan pisang goreng ni.
Baik Encik. Encik mahu min air apa ye?
Tak apa air saya buat sendiri.
Nescafe terus dibancuh ke dalam mug piring yang diletakkan di atas meja itu diisikan dengan bihun goreng dia terus menikmati hidangan itu.
Tiba-tiba..
Apa yang awak dah buat dengan Harry ni? Awak langsung tidak berbincang dengan saya. Apa guna saya dalam keluarga ini kalau semua keputusan awak yang putus?
Apa you nak marah Harun? I dah sepakat dengan pihak perempuan tentang hal ni semua.
Diana you memang tak ada rasa hormat pada i kan? Tapi pikirlah tentang hati Haris dia pun anak kita jugak. June tu kekasih Haris. Tiba-tiba sekarang jadi tunang kepada si Harry.
June bukan kekasih Haris mereka dah putus sebelum Haris kena bertugas di hulu kampung tu ye. You je yang tak tahu.
I tak tahu dan tak ambil tahu sebab i hormat Haris tapi you langsung tidak ada rasa belas pada anak sendiri. Apa salah Haris sampai you sanggup buat dia macam ni.
I buat macam sebab Harry boleh bahagiakan June mereka suka sama suka. Salah Haris siapa suruh dia nak jadi cikgu.
Mulut you ni, jangan sampai i tampar Diana.
Tamparlah you i takut dengan you.
Diana... Satu tangan dihayun keatas..
Papa... Jangan..
Haris.
Sabar papa tubuh papanya dipeluk erat.. Ingat Allah.
Subhanallah.
Datin Diana tak keharuan. Hari ini hari Sabtu tapi kena Haris balik?
Maafkan papa Haris. Maafkan papa, papa langsung tak tahu yang bakal tunang Harry adalah June.
Tak apa papa, semua ni dah jodoh mereka Haris redha dengan ketentuan Allah ni.
Ha, you dengar apa anak you cakap. Jadi betullah tindakan i sekarang.
Kau diam Diana jangan sampai aku naik darah sekali lagi.
You Haris kenapa pandai balik tak bagitau sengaja kan nak bagi papa marahkan mama.
Ya Allah mama, Haris tak ada langsung niat ke situ. Sekarang ni musim cuti sekolah dan tak lama lagi hari raya Aidil Adha. Salah ke Haris nak meraikan hari raya ni bersama keluarga.
Oh ye. Maaflah mama dah booking hotel untuk bercuti dengan Harry and Hani. You Harun kalau nak ikut kami tolong jangan buat perangai i tak kuasa nak ikut cakap you. Kalau you tak nak duduk je raya kat sini dengan anak you ni. Up too you. Oh satu lagi June pun akan ikut kami bertiga bercuti.
Papa
Haris
Mereka berdua memandang.
Setelah sepuluh minit mereka saling mendiam diri.
Papa.
Ye.
Jom kita ke dapur bibik ada goreng cempedak. Papa kan suka cempedak.
Patutlah berbau harum dari tadi.
Jom papa.
Mereka berdua makan dan berbual.
Sejak kejadian pergaduhan di antara papa dan mamanya Haris seperti biasa dipulau oleh keluarga kecuali papa.
Masih berbaki empat hari lagi hari raya korban. Terlintas di fikiran Haris nenek Faridah dan ustaz Zul. Dia pun terus membuat panggilan telefon kepada dua insan itu. Selesai menyampaikan hajat hati dia terus mengemas pakaian ke dalam begnya.
Papa dan Haris sahaja di meja makan malam ini, yang lain telah keluar meninggalkan mereka.
Papa, Haris ada sesuatu nak bincang.
Apa dia cakaplah.
Haris nak sambut raya kat rumah sewa Haris. Haris cadangan nak ajak papa dengan bibik Yani sekali. Lagipun Haris ada buat korban.
Bagus tu. Papa pun nak masuk korban tu. Masukan nama papa.
Baik papa.
Bila kita nak bertolak ke sana?
Haris tak kisah pun. Ikut papa lah.
Baik esok tengahari kita bertolak ke sana. Pagi besok papa akan ke pejabat dahulu siapkan kerja yang mana patut.
Yani kesini sekejap.
Saya Dato'.
Selesai kemas semua ni kamu kemas baju kita akan pergi bercuti dan sambut hari raya korban di kampung.
Betul tu bik. Marilah makan sekali banyak lauk ni. Lepas ni saya tolong bibik kemas esok pagi tak lah terkejar-kejar.
Baik Dato'. Tak apalah Encik saya makan di dapur sahaja. Lagipun saya sedang cuci periuk tu.
Baiklah.
YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.