Kuliah

51 4 0
                                    

Syahirah kini berada di Bangi Selangor melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan. Dia terpaksa melanjutkan pelajaran kerana janji Encik suami di awal perkahwinan mereka. Tapi Haris tak mendesak agar Ira habiskan pengajian sehingga phd. Cukup yang mana sahaja Ira mampu buat dan minat. Tindakan ini di sokong oleh ustaz Zul dan cikgu Norhayati.

Haris selalu datang melawat Ira. Kadang kala nenek Ira juga dibawanya.

Hari ini cuti penggal persekolahan. Kebetulan jatuh pada ulang tahun perkahwinan pertama Syahirah dan Haris.

📱 Syahirah.

Haris : Assalammualaikum sayang abang dah sampai kat rumah.

Syahirah : waalaikumussalam. Ira baru sampai kat parking kereta kolej ni. Baju yang abang suruh Ira packing  semalam dah Ira siapkan.

Haris : ok. Hati-hati memandu kereta tu. Love you sayang.

_________________________

Cantiknya tempat ni kata Ira sebaik sahaja sampai di Pusat peranginan tanah tinggi Cameron.

Perlahan-lahan pinggang isterinya dipeluk kemas dari belakang.

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama sayang. Bisik Haris.

Thanks abang. Ira suka sangat. I love you. Bisik Ira.

I love you too baby. Nak makan dulu ke nak make love? Soal Haris manja ditelinga isterinya.

Makan malam di tepi kaki bukit tanah tinggi Cameron semperna ulangtahun perkahwinan kita yang pertama sayang. Ini hadiah abang untuk sayang gelang tangan emas jenama pandora menjadi pilihan Haris untuk diberikan kepada Ira.

Thanks abang. Ira pun ada sesuatu untuk abang. Tapi Ira beli sepasang tau satu untuk abang satu untuk Ira. Jam tangan omega dipakaikan kepada Haris satu lagi dipakai ke tangannya.

Cantik.
_______________________

Hari ini Ira dihantar oleh Haris ke kuliah.

Sayang habis kuliah pukul berapa? Tanya Haris.

Kuliah habis pukul 12.00 tengahari, tapi sayang nak ke library jap nak siapkan assignment. Mungkin pukul 1.30, baru sayang keluar dari library. Jawab Syahirah.

Baiklah hati-hati dahi Ira dicium. Tangan Haris disalam oleh Syahirah, sempat lagi pipi suaminya itu dicium secara lembut.

Ira, Ira.... Nakal dan manja semakin menjadi-jadi. Itulah kalau tak jumpa mau gila dibuatnya. Rengekan manja, bersulam kasih bagai candu bagi dirinya. Aduhai kekasih hatinya.. Syahirah.

Sebenarnya cuti persekolahan telah bermula beberapa hari lagi cuti semester pula akan menyusul. Oleh itu Haris terus balik ke Bangi bagi menemani isterinya. Nenek Faridah pulak dijaga oleh kak Eton sepenuh masa. Jika tidak ada apa-apa dia juga menemani Ira di Bangi jika Haris kena berkursus atau ada kem motivasi. Ustaz Zul dan cikgu Norhayati juga selalu datang melawat Ira jika kebetulan cuti panjang.

Setibanya di perkarangan pejabat papa, Haris tiba-tiba teringat kejadian yang berlaku beberapa bulan lalu.

Hasil daripada audit kewangan yang dibuat ternyata Harry telah menyalah gunakan duit syarikat. Mengamuklah papa bila mengetahui hal tersebut. Lebih mendidih lagi bila papa membuka pintu bilik hari ketika pulang dari kampung mendapati Harry sedang tidur bersama dengan June dalam keadaan tidak berpakaian.

Papa naik hantu. Dengan menggunakan sebatang kayu golf Harry dipukul teruk oleh papa.

Mama kecik kepala melihat kelakuan papa. Hani yang kebetulan ada disitu menghubungi Haris pulang ke rumah papa. Nasib baik Haris masih ada di Bangi menguruskan hal pendaftaran pelajar Syahirah.

Disebab kes itu dan pergaduhan antara Haris dan mama disebabkan ketidak puasan hati mama Haris mempunyai share dalam kilang pencetakan itu. Papa pun merombak semula agihan pewaris harta.

Jika dulu semua mereka mempunyai 20% saham syarikat. Sekarang saham syarikat telah diberikan kepada mama 40%, Harry 40% dan Hani 20%. Saham syarikat ini merangkumi semua aset bersih seperti bangunan yang di sewa, boutique mama, kedai buku dan syarikat pencetakan milik arwah ayahanda datin Diana.

Manakala saham ladang kelapa sawit dipegang oleh papa 40%, Haris 40% dan Hani 20%.

Harry meminta Haris membayarnya jika ingin memiliki saham ladang pada mulanya. Nasib dia tidak baik bila diharus membayar juga wang jika melakukan hal demikian ini kerana nilai saham yang dimiliki oleh Haris lebih tinggi daripada datin Diana dan Harry, jumlah keseluruhan mencecah RM100k. Terdiam seketika Harry dan datin Diana. Jika ditolak total bayaran yang perlu dilakukan oleh Haris kepada Harry hanyalah RM 10k sahaja.

Ini kerana tanah ladang sawit itu memang telah tertulis nama Haris diatas geran tanah. Arwah cikgu Hassan misai lenting memang membeli tanah itu dengan menggunakan wang yang diberikan oleh Dato' Harun sepanjang dia menjaga Haris. Lagipun projek tanaman ladang kelapa sawit itu adalah idea Haris. Papa dan Hani hanya cuma menumpang sedikit sahaja.

Walaupun bagaimanapun Haris tetap membayar wang pertukaran hak milik sebanyak RM12 k itu. Untuk tidak ada cerita dibelakang hari. Selesai menanda tangani surat serahan saham dan pindah milik. Barulah majlis perkahwinan Harry dan June dilangsungkan.

Pada hari majlis perkahwinan itu berlaku satu kekecohan bila June jatuh pengsan.

Macamana doktor? Tanya Harry.

Isteri Encik Harry tak apa-apa cuma.... Doktor tersekat-sekat sewaktu ingin menyatakan sesuatu.

Tapi apa doktor? Dia mengandung kan? Soal papa.

Ye, betul Dato'. Puan June hamil 9minggu.. sambung Doktor.

______________________________

Cermin kereta diketuk. Bayangan kejadian itu hilang dari fikiran Haris, lalu dia pun membuka lock keretanya.

Kenapa tak masuk Along tanya Hani sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Haris.

Nak masuk lah ni. Tapi tiba-tiba macam-macam yang masuk dalam kepala ni. Balas Haris. Hani sihat?

Alhamdulillah sihat. Along dengan Ira sihat ke? Soal Hani kembali. Ira tak ikut ke?

Alhamdulillah. Sihat. Ira ada kuliah, pukul 1.30petang baru habis kuliah dia. Jom masuk kita ada meeting jap lagi. Kata Haris.

Kata putus telah dibuat projek ternakan rusa dan kambing pedaging telah mula membuahkan hasil. Pembekal pun sudah ada yang menunggu.

Hujung minggu ini mereka semua akan ke ladang kelapa sawit untuk BBQ.

Thanks Haris. Tunjukkan papa jalan ni kalau tak papa tak tahu apa nak jadi. Ucap Dato' Harun.

Haris memang minat bila tengok kejayaan Ira urus kebun sayur dan dusun buah tu. Memang Haris tanam dalam diri Haris nak buat macam dia jugak. Tengok hasil kelapa sawit ni setahun dah sampai RM 70k, kalau 2-3tahun lagi memang tak sia-sia usaha kita balas Haris.

Alamak dah pukul 1.00 tengahari ni Haris kena gerak nak ambil Ira.

Ye lah, hati-hati Haris.

Insyaallah papa. Jumpa hari jumaat ni ye.

Insyaallah.

_______________________________

Abang... Kenapa lambat?

Sorry tadi abang ada meeting dengan papa. Hujung minggu ni kita kena ke ladang papa plan nak buat BBQ.

Seronok ye. Tapi abang sayang lapar, jom kita pergi makan.

Jom..

***

Ada yang kacau sayang lagi tak sekarang?

Tak ada abang lepas abang tunjukkan kad nikah kita dan Sir Thomas pun baik dengan sayang.

Alhamdulillah. Bagus lah kau begitu.

Abang nak rasa abang pun nasi goreng chicken chop tu macam sedap je. Abang rasa yang sayang punya Tom yam sea food punya pulak.

Ye lah tu, sebenarnya memang selalu begitu Haris akan menjadi mangsa menghabiskan makanan Syahirah.

Orang LuarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang