Ucapkan kau cinta

37 4 0
                                        

Nana, saya mintak maaf. Kata Rayyan.

Encik Rayyan tak salah apa pun. Balas Nana.

Nana, mintak maaf sebab saya cemburu dengan awak dan Ikhmal. Jujur saya cakap saya memang menaruh hati pada awak. Ucap Rayyan.

Saya tak layak nak terima cinta Encik Rayyan. Saya ni anak banduan. Saya sedar diri saya Encik Rayyan. Kata Nana.

Nana boleh tak awak dengar dulu apa yang saya nak cakap! Marah Rayyan.

Nak cakap ke nak marah? Nak cakap, cakap lah jangan marah-marah. Balas Nana.

Nana dengar sini, saya tunggu awak malam tu awak janji nak teman saya makan di warung pak Badar. Tapi awak tak datang pun. Ok saya maafkan. Pagi tu saya tunggu nak jumpa awak boleh pulak awak keluar dengan Ikhmal, awak tak bagitau pun apa alasan awak tak jadi keluar dengan saya. Kenapa? Soal Rayyan.

Baik saya jawab. Saya tak sempat nak keluar dengan awak sebab nenek Faridah jatuh sakit. Saya kena berkejar ke rumah Puan Ira jagakan anak-anak dia. Kemudian nenek di tukarkan ke hospital tawakal. Puan Ira dan Tuan Haris kena follow ambulans yang bawa nenek Faridah ke sana.

Pagi tu saya kena gantikan Puan Ira uruskan beberapa hal di rumah warga tua dan anak yatim. Puan Ira suruh saya take over pengurusan disini . Sebab Pak Su dan Dato' dah bergerak ke Selangor. Tinggal kak Salwa dan anak-anaknya. Imam Solleh pulak terpaksa urus madrasah Solehin. Nasib baik kebetulan ayah saya pulak dibebaskan dari penjara. Ayah tolong Imam Solleh jagakan tempat ini. Jawab Nana.

Maafkan saya kerana salah sangka. Ucap Rayyan.

Baliklah Encik Rayyan, kami di sini tak sesuai dengan Encik. Saya ni bukan dari keluarga orang baik-baik. Ucap Nana. Lagipun ramai perempuan yang nak dekat dengan Encik Rayyan.

Siapa cakap? Tanya Rayyan.

Awak terlalu cepat menghukum Nana. Saya datang dari keluarga yang bermasalah. Ibu saya bekerja sebagai penjual nasi lemak tepu jalan berhampiran dengan pejabat Tuan haji Iskandar. Ayah saya kaki judi, kaki botol. Setiap hari ayah saya dera mak saya lagi teruk bila dia kalah judi. Kalau mak saya tak bagi duit teruk seluruh tubuh dia akan disebat oleh ayah saya. Cerita Rayyan.

Setiap hari balik dari sekolah saya akan ambil upah cuci kasut untuk tampung belanja sekolah saya dan tabungan saya bila mak saya tak ada modal nak berniaga esok hari. Setiap hari saya kena denda di sekolah sebab datang lambat dan bergaduh. Nasib saya berubah sebab saya selamatkan Achik Za kemalangan jalan raya.

Tuan haji Iskandar bantu keluarga saya. Ayah larikan diri bila mak buat laporan polis kes dera. Ayah saya meninggal dunia sebab kena bunuh dengan tokang dadah. Sekolah saya dibiayai oleh Tuan haji Iskandar.

Salah saya dari awal kita kenal awak selalu tengok saya melayan baik perempuan. Sebab pada saya perempuan itu harus dihormati bukan untuk di kasari.

Nana, Rayyan ok ke? Tiba-tiba Pak Nordin masuk bila mendengar agak bising di pejabat Imam Solleh.

Ok ayah.. Jawab Nana.

Pakcik, boleh tak saya nak bawa mak saya jumpa keluarga pakcik? Tanya Rayyan.

Kalau baik niatnya datang lah. Ucap Pak Nordin.

Orang LuarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang