Sebenarnya ni anak sungai sahaja tapi arwah atuk ye si Ira pergi bina takungan air di bahagian atas bukit tu. Takungan alur air sungai tu dibahagikan kepada dua bahagian satu jadi sumber kolam ikan dan tadahan untuk tanaman selebihnya kamu semua lihat inilah air sungai taklah besar tapi air bersih sentiasa mengalir.
Seronoklah nenek dusun ni. Bersih nyaman dan segar.. Haris suka tinggal kat kampung. Dulu Haris pun ada atuk juga seorang cikgu. Haris duduk dengan atuk tiap kali cuti sekolah mama dengan papa sibuk.
Atuk meninggal dunia lepas Haris SPM. Lepas tu Haris sambung belajar kat luar negara. Balik Malaysia Haris tak boleh nak fokus kerja dengan papa tu sebab Haris jadi cikgu.
Maaflah cakap perangai menantu nenek sama sahaja dengan perangai mama Haris. Mama pun ada boutique macam tu, sale tak banyak mana pun asyik kena topup dengan papa.
Jemput makan Haris ini roti telur cheese air tangan Ira. Sedap cubalah. Pelawa nenek.. Haris yang mengambil sekeping roti tersebut terus masuk ke mulut.
Sedap ye nek.
Ira tu memang pandai masak cikgu Haris. Untung tau siapa jadi suami dia tegur cikgu yati yang membawa sebakul rambutan dan manggis.
Rezeki kamu semua. Makanlah.
Mata Haris masih memandang Syahirah yang sedang menghidupkan api di tempat khas itu. Ira memang cantik dan baik hati. Nenek Faridah memang pandai mendidik cucunya itu. Macam arwah atuk..
Ayam percik, ikan cencaru bakar, keli bakar dan daging kambing bakar menjadi menu makan tengahari mereka semua tengahari ini.
Menarik dusun ni Ira, kalau buka tempat ni sebagai kawasan riadah tentu ramai yang berkunjung. Kata Mahad.
Boleh dibuka abang Mahad tapi saya masih sekolah susah nak fokus pada peperiksaan STPM. Masa saya kecil dulu papa memang ada pasang niat kalau dia dah habis berkhidmat dengan kerajaan dia nak usahakan kawasan riadah ni.
Patutlah dah banyak kemudahan kat sini terkejut juga bila tengok tempat ni ada tandas dan surau. Rupanya arwah papa Ira dah sediakan. Kata cikgu Suraya tunang kepada cikgu Zain.
Kadang kala Ira bukan harta bertimbun-timbun ditinggalkan oleh orang tua yang buatkan kita senang dan bahagia tapi kenangan macam ni selalu abadi dalam diri kita. Baba dengan arwah mama dulu susah, walaupun kami dijaga oleh keluarga angkat. Duit untuk belanja cukup-cukup untuk baba. Mama kamu mengalah memilih untuk belajar di pondok. Rezeki dia bertemu arwah papa. Semua arwah papa kamu sediakan. Tapi kita tak boleh tolak takdir Allah. Allah lebih menyayangi mereka. Baba yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk Ira.
Hallo hajah...
Eh ah Hong kenapa ni?
Hajah saya ada satu hal mau bincang dengan hajah.. sebab itu saya kasi datang sini. Ayoo ramai orang sini picniq ka? Kawasan ini sudah ada taman sama air terjun ka?
Ayoo banyak cantik ini tempat. Ayoo banyak lugi la saya..
Kenapa ni ah Hong.. cuba kasi bincang elok-elok sama kami. Mari ah Hong kita ke bawah pokok tu. Mahad dan ustaz Zul pun membawa ah Hong kearah pokok rambutan yang mempunyai panking kayu itu. Mana kala yang lain meneruskan aktiviti mandi sungai dan makan.
Ini pasal Syamsul anak nenek dia sudah kena saman dengan itu orang. Dulu dia sudah jual itu tanah sama saya. Tapi itu hari dia sudah datang sama saya mahu tukar itu geran tanah tapi dia mintak sama saya itu uwang lima puluh ribu.. Syamsul cakap itu nenek hajah tak nak tukar nama kalau tidak kasi duit. Itu pasal saya kasi datang mahu bincang sama hajah.
Mahad dan ustaz Zul saling berpandangan. Ira pun melangkah ke arah mereka.
Uncle ah Hong ini tanah semua sudah tukar milik. Ini tanah atas nama saya tahun lepas nenek dah buat. Pasal geran tanah tu pun nenek dah berikan pada nama Pak Su. Sebab itu saya kasi upah pada abang Majid untuk pagar kawasan tanah ini. Kecuali kawasan air mengalir ke paya kat jalan besar tu.
Jadi saya sudah kena tipu dengan Syamsul ka?
Itu saya tak tahu Uncle ah Hong, kawasan tanaman sayur sahaja masih nama nenek. Tapi dah diwakafkan pada abang Majid dan kak Eton. Masalah Pak Su tu saya dengan nenek pun dah lama tahu yang Uncle ah Hong telah bagi duit pada dia untuk dapatkan tanah arwah atuk tu. Kelapa sawit pun dah ditanam nak tak nak Uncle gunalah budi bicara jika mahukan geran tanah yang asli itu daripada Pak Su. Kat sini saya tak nak salah kan Pak Su sahaja Uncle pun salah terlalu jujur berikan duit itu bulat-bulat kepada Pak Su. Maklumat penyerahan duit pun ada, pada uncle. Kalau di ikutkan nilai tanah ni lebih dari RM100k kalau masih jadi saya mintak pembayar duit tu ikutlah dengan harga yang selayaknya.
You memang betul Syahirah sangat bijak walaupun masih muda. Thank you kasi bincang sama saya.
Ustaz Zul dengan Mahad saya banyak sori sama you dua orang datang kasi kacau. Ah Hong pun mengambil tangan bersalaman dengan mereka berdua.
Syahirah kasi tolong sama saya buka itu takungan air sikit saya mahu buat tempat saya ini macam juga.
Boleh tapi lepas semua masalah diantara Uncle dengan Pak Su selesai.
Hayyaa... Itu macam ka? Boleh la, boleh la....
YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.