Rumah pondok

34 4 0
                                    

Selepas Hani dan Izhan disatukan Tuan haji Iskandar dan Puan Zakiah kini tinggal rumah pondok di madrasah Solehin milik tuan imam Solleh.

Tak ketinggalan juga Dato' Harun dan isterinya datin Diana Pasangan ini pun mereka bersama-sama menimba ilmu agama. Bila rindukan anak cucu mereka ke rumah Haris bermain dengan Haziq dan Hannan.
____________________________

Nana aku datang, tersenyum gembira Rayyan bila disuruh bertemu dengan majikannya yang berada di rumah pondok.

Amboi orang tu bukan main bahagia lagi. Usik Hani.

Mana tak bahagi nak jumpa bidadari. Balas Izhan.

Korang ni tak baik tau usik aku macam tu. Kata Rayyan. Makan lah aku belanja.

Max makanlah kau diam je. Selalunya kalau bab nak jodohkan orang ni kau lagi cepat. Tegur Izhan yang melihat agak kurang memberi respon kepada kata-kata Rayyan.

Aku ok. Cuma.. kata-kata Max seakan tak terkeluar dari kerongkong.

Entah max.. aku ikhlas cintakan Nana. Demi Allah aku akan jaga dia sebaik mungkin. Balas Rayyan

Aku takut kau tak boleh terima siapa dia sebenarnya Rayyan, Nana bukan seperti yang korang fikir selama ni. Bisik hati max.

***
Cantiknya mak baju kurung Pahang yang mak jahit ni. Kata Nana.

Biasa-biasa je Nana. Masa mak di dalam penjara mak belajar menjahit baju dan langsir. Ramai jugak kakitangan penjara upah mak menjahit.

Bagusnya. Kalau lah Nana yang berada di sana macam mana agaknya hidup Nana sekarang. Balas Nana.

Nana mak tak nak dengar semua tu. Apa yang kita lalui ini biarlah tersimpan dan tertanam. Jangan ungkit lagi mak tak pernah menyesal apa yang mak buat untuk Nana. Balas mak Naila.

Mak terima kasih. Kata Nana sambil menangis.

Dah jangan nangis tolong mak hantar kan baju ni untuk Puan Ira. Pujuk mak Naila. Petang nanti mak nak tolong gantikan langsir rumah mammy Angelina kamu nak tolong tak?

Nak, nanti Nana balik awal sikit tolong mak. Kak Eton pun ada minta Nana teman kan dia ke pasaraya beli barang nak buat kuih untuk sambutan tahun baru Cina rumah mammy.

Ye lah. Nanti kita boleh tolong dia siapkan juga kuih rempeyek, bahulu, kuih Kapit dengan kuih sarang semut tu. Kata mak Naila.

Mak, Nana lama dah tak makan biskut dahlia yang mak buat. Kata Nana.

Nanti kita buat bagi pada mammy Angelina kamu tu..

Terima kasih mak.

***

Banyak cantik lah jahit ini jahitan langsir ni. Kata Puan Angelina.

Biasa sahaja Ann. Dulu masa di penjara saya belajar jahit sikit-sikit boleh lah ambil upah tempahan pegawai penjara. Balas mak Naila.

Ini bukan sikit-sikit pandai kak Naila ini sangat mahir macam tempah di baju dan langsir. Puji Puan Angelina.

Wah sudah cantik wa punya rumah. Wa banyak Ong tahun ini. Ada tambah cucu dan tambah kawan baru baik-baik punya. Kata uncle ah Hong.

Itulah sebab kita kena buat baik orang akan ingat kebaikan kita kata abang Majid.

Betul tu kata.. banyak betul. Sokong uncle ah Hong.

Kuih Eton buat banyak sedap macam-macam jenis. Wa mau bagi kawan-kawan wa kasi makan puas-puas. Nanti Eton sama Milah dan Naila ni cukup ka tenaga mahu masak banyak-banyak ni. Wa risau ma.. lu orang penat. Kata uncle ah Hong.

Jangan risau ah Hong, nanti si Syamsul, Salwa, Zul dan Mahad akan tolong sama masak. Kata abang Majid.

Betul tu ah Hong. Ini kampung semua sayang sama lu. Lu pergi mana-mana, mana lupa pada orang kampung lu kasi cenderahati. Ini kampung sampai sekarang suka lu punya hadiah tu. Lu bagi masa saya handbag mahal sampai saya malu nak pakai kata kak Eton.

Kasi pakailah Eton buat apa simpan. Kata Puan Angelina.

____________________________

Rayyan sampai di kampung Tanjung batu Pahang tepat pukul 5.00 petang ketika dia meletakkan kereta di homestay d'dusun. Kelihatan Nana baru keluar dari pejabat mereka.

Nana. Panggil Rayyan.

Encik Rayyan. Baru sampai ye.

Mari saya bantu daftar dan tunjukkan bilik.

Ok.. terima kasih.

Mari sini beg Encik Rayyan saya tolong bawakan. Kata Nana.

Tak payah lah saya ni lelaki. Jawab Rayyan.

Bukan sebab lelaki atau perempuan. Encik kan tetamu kami. Jadi apa salahnya kalau saya membantu. Lagipun Encik Rayyan kena bawa banyak barang. Balas Nana.

Ok. Saya tetap tak nak bagi awak bawa kalau ada staff lelaki yang bawa baru saya bagi. Kata Rayyan

Ikhmal ini Encik Rayyan dari Tetuan Alex dan Iskandar dia nak ambil kunci bilik yang dia tempah tu. Kata Nana.

Oh Encik Rayyan. Ini kunci bilik Encik Rayyan. Nombor bilik 010 berhadapan dengan air terjun. Kata Ikhmal.

Wah cantik lah macam ni. Saya nak booking sampai habis cuti tahun baru Cina ni boleh tak? Soal Rayyan.

Boleh apa salahnya lagipun bilik tu bilik single. Jawab Ikhmal.

Beberapa langkah mereka berjalan akhirnya sampai ke bilik Rayyan.

Thanks Nana tolong saya hari ni.

Sama-sama. Saya nak gerak balik dulu Encik Rayyan takut risau pulak mak saya. Kata Nana.

Nana boleh tak awak temankan saya keluar makan. Tanya Rayyan.

Saya mintak maaf tak dapat nak temankan hari ini sebab saya ada janji dengan mak dan kak Eton nak siapkan bahan masakkan di rumah mammy. Lain kali insyaallah boleh. Nanti kita ke kawasan kampung ni masuk dusun, menaiki ATV, makan kat warung pak Badar. Cha kuey teow dia sedap. Kata Nana.

Rayyan agak terkejut wow.. Nana yang dia kenal dulu tak seramah hari ini. Jika dulu nak ajak minum atau berbual hanya jelingan tajam sahaja yang dia dapat. Hari ini dia seakan-akan bertemu Nana versi baru.

Ok. Janji. Saya akan tuntut ye. Usik Rayyan.

Ok saya gerak dulu.

__________________________

Hidangan jamuan makan besar keluarga uncle ah Hong di tempah khas oleh menantunya. Mr. John.

Manakala jamuan pagi tahun baru Cina dia sediakan oleh kak Eton and the geng.

Malam itu Rayyan bertemu dengan Tuan haji Iskandar di rumah pondok tempat dia dan isterinya belajar agama. Cantik kawasan pondok moden seakan rumah melayu lama. Di sekelilingnya dihiasi dengan pohon buluh. Terdapat satu madrasah yang di panggil madrasah Solehin. Ditepi madrasah terdapat tempat pondok yang menempatkan kitab-kitab agama.

Rayyan..

Tuan. Apa khabar?

Alhamdulillah saya sihat disini. Macamana dengan pejabat.

Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Ini dokumen yang Tuan perlu semak dan tanda tangan. Kata Rayyan.

Nanti dah siap saya kembalikan kepada kamu. Azan Isyak pun dah di alunkan jom kita solat bersama-sama.

Selesai solat Isyak, Rayyan dipelawa oleh Haris makan malam di rumahnya. Kebetulan Izhan dan Hani juga baru sampai.

Bro, kau bukan main awal datang sini ye. Bukan tak boleh tunggu aku, dapat tak jumpa dia?. Usik Izhan.

Gila kau, tadi aku jumpa bidadari syurga aku tu. Tapi.. kata Rayyan.

Tapi apa? Soal Izhan

Aku pelik sejak bila dia jadi peramah? Dia dah berubah 100%, bro hampir aku tak kenal dia. Jawab Rayyan.

Kau ni dia peramah salah. Dia murum salah. Dia diam salah. Apa yang kau nak pun aku tak faham. Kata Izhan.

Aku nak dia. Aku nak jadi orang yang buat dia gembira dan bahagia.. balas Rayyan.

Orang LuarWhere stories live. Discover now