Ibu dodol ni tak boleh angkat lagi ke? Penatlah. Kata Izhan.
Belum berkilat lagi tu jawab Puan Zakiah.
Izhan dah lah tu bagi abang Majid pulak kacau kesian kamu dah seharian kesana kesini. Kata abang Majid. Dengan cari buluh lemang, kayu api naikkan bangsal. Penat Izhan bulan puasa macam ni.
Alhamdulillah abang Majid datang. Saya dah rasa kering kat sini. Jawab Izhan.
Kamu rehat lah dulu. Masuk bilik tidur dulu pun ok jugak bagi tambah tenaga sikit. Malam ni dah terawih terakhir kita. Esok pagi nak sembelih ayam kampung dengan lembu. Bakar lemang lagi. Banyak tu nak pakai tenaga. Kata Majid.
Betul Izhan along dengan abang Mahad nak tolong kamu tak bagi. Bukan senang nak buat dodol ni. Balas Haris.
Iz kesian kat Along dengan abang Mahad banyak tu kelapa nak kena kopek dekat seratus biji. Panjat pokok kelapa lagi ambil daun kelapa nak buat nasi impit.
Lagipun ni kali pertama Iz sambut kat kampung selalu kami raya di tanah suci. Lepas raya baru balik kampung abah di Kelantan. Itupun pergi ziarah kubur arwah atuk dan nenek. Tidur hotel singgah rumah sedara minum air makan kuih raya sikit pastu balik KL.
Lepas berbual Izhan mula meminta diri untuk berehat. Tapi keadaan diatas rumah kelihatan Hani sibuk mengemas dan memasang langsir kesian pulak diorang pun banyak kerja akhirnya Izhan memilih untuk tidur di buaian pukat di bawah pokok rambutan belakang rumah nenek Faridah.
Berlatar belakangkan kawasan bukit dan penanaman sayur yang menghijau menggamit saujana mata memandang. Izhan pun mengambil gambar untuk dikongsi di laman sosial miliknya.
Angin meniup lembut..
Mata mula layu dan terbuai..
Izhan..
Bangunlah.. satu suara lembut memanggil Izhan.
Sekejap sayang, nanti abang bangun.
Abang??
Izhan!!! Bangun, dah asar dah ni, kejut Tuan haji Iskandar. Tidur lah sampai lewat petang kan dah mengigau..
Eh, abah.. pukul berapa dah ni?
Dah pukul 5.30 petang cepat pergi solat Asar.
Siapa perempuan yang kejutkan aku tadi??
__________________________Ira ok tak ni? Tanya nenek melihat Ira berkerut dahi sebaik sahaja siap menolong Hani mengemas rumah.
Tak tahu lah nenek dari tadi baby ni duduk sebelah sakit bahagian pinggang nak duduk tak boleh nak baring pun tak boleh. Adu Ira.
Haris kamu papah Ira masuk ke bilik nanti nenek datang urut kan Ira.
Nenek tak naik sekali ke?
Ye nenek naik nanti. Nenek nak panggil si Hani tu jap.
Hani... Hani..
Ye nek.
Masuk tak elok duduk situ. Kamu tu anak dara. Si Izhan tu anak teruna.
Hani nak kejutkan Izhan je.
Suruh je mak atau ayah dia, ni tolong nenek ambilkan nenek serai, lengkuas, kunyit dan daun kunyit. Kalau tak tahu tanya Yani.
Baik nenek.
Ini semua Izhan punya pasal, kenapa dia share gambar sama dengan aku. Aduhai. Dah kantoi dekat budak-budak ofis. Marah Hani.
***
BismillahirrahmanirrahimPerlahan-lahan perut Ira diurut oleh nenek Faridah.
Kenapa Haris tanya mama.
Baby ni mengeras duduk sebelah nenek kata, ni nenek tengah urut perut Ira. Jawab Haris.
Ira kamu ni mengandung kembar ke? Besar lain duduk anak kamu ni? Soal nenek.
Haris dan Ira saling berpandangan.
Dua anak kamu ni kan? Nenek dah dapat rasa ni dua-dua nak duduk sebelah kanan. Kata nenek.
Haris ada apa-apa yang mama tak tahu ke? Soal mama.
Sepasang nek. Sebab tu kami buat dua klinik.
Ya Allah budak berdua ni. Mama mula berleter.
Harun, naik sekejap tengok anak bertuah awak ni. Panggil datin Diana kepada suaminya.
Apa? Tanya Dato' Harun sebaik sahaja sampai di hadapan bilik Haris dan Ira.
Kita nak dapat cucu kembar. Kata mama Haris.
Baguslah tu, tahun depan saya beli bas sekolah bawak balik kampung cucu dah ramai. Lawak Dato' Harun.
Pecah ketawa mereka semua. Aduhai.
Ira rehat lah dulu, kamu penat sangat ni. Itu sebab anak kamu tak selesa. Kata nenek. Haris ambil minyak afiat ni sapu pada betis Ira.
Ye lah nek.
Macam mana sayang rasa sekarang? Ok sikit tak?
Ok. Lepas nenek urut tadi. Tapi ni abang tengok bila dengar suara abang tengok lah siku dia dengan kaki berkesan kat perut Ira.
Tak sabar pulak kan.
__________________________Tak payah tolong bising nenek dan mama.
Biar si Hani dan Izhan belajar menganyam ketupat tu kata mama Haris.
Tapi mama. Ira bosan.
Haris bolehkan mama? Tanya Haris.
Tak boleh bersimpul tali pusat anak kamu bersalin nanti. Kata nenek.
Adui ni lah, kami jugak yang kena kata Hani.
Mari kak June tolong.
Alhamdulillah. Angah pun belajar lah nanti raya Hani boleh order dengan angah. Lawak Hani.
Selepas solat maghrib lemang mula dibakar rendang mula berasap di kuali.
Sup tulang paling mendapat sambutan berlari-lari Sofea dengan anak-anak cikgu Norhayati bermain bunga api.

YOU ARE READING
Orang Luar
ContoHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.