Setengah ekar tanah ni memang arwah papa tanam pokok jambu batu. Petik lah buah-buahan ni nanti pergi timbang dekat abang Majid, Ira nak rekod hasil keluaran buah jambu batu ni ikut tahun.
Rambut, manggis, jambu batu, durian dan pulasan. Wah dah macam apa kita hari ni mengutip buah kat kebun si Ira ni. Maaflah Ira baba dah buat Ira rugi.
Tak apa baba semua rezeki ni Allah bagi untuk kita kongsi bersama. Baba dan umi dah banyak bantu Ira tak terbalas jasa tu.
Ira jangan cakap macam tu terasa baba tau.
Ustaz Zul yang keluarga tu pun rasa malu kami ni apa lagi dengan rendah diri ucap terima kasih lah sebab sudi mengajak kami sertai piknik hari ni kata cikgu Zain.
Betul Ira cikgu pun nak cakap terima kasih atas jemputan ni kata tunang cikgu Zain.
Sama-sama jawab opah. Dah la tu jangan nak berborak aje Zul malam ni solat kamu jadi imam ye.
Baik mak. Jawab ustaz Zul. Haris Zain jangan lupa datang malam ni buah-buahan tu banyak lagi.
Malam ni kita rasa air tangan cikgu Suraya kan mak? Usik cikgu Norhayati.
Wah menarik tu. Sahut semua.
Malam itu mereka di jamu dengan masak lemak siput sedut air tangan cikgu Suraya manakala Syahirah memasak sayur campur telur dadar dan keli goreng berlada.
Kacang tanah dan jagung rebus tidak ketinggalan menjadi hidangan minum malam bersama buah-buahan yang dikutip di dusun tadi.
Tak lama lagi hari raya Aidil Adha. Selepas itu peperiksaan STPM. Kata ustaz Zul. Tahun ni kita nak buat korban berapa ekor lembu mak?
Semalam mak ada terjumpa dengan pak imam Solleh semasa balik dari kedai Pakcu Ali. Katanya orang kampung yang kumpul duit untuk korban tu dah cukup. Imam Solleh memang ada bertanya tentang kamu bila nak balik kampung mak lupa nak bagitau. Maaflah Zul mak lupa sangat-sangat.
Tak apa mak esok solat subuh kat masjid saya boleh jumpa imam Solleh. Kamu berdua nak raya di sini atau balik ke kampung.
Saya balik ke kampung ustaz Zul, tapi Haris rasanya balik ke bandar. Usik cikgu Zain.
Dibalas tawa oleh semua orang.
Mak kita nak buat korban berapa ekor lembu. Niat saya dan yati nak buat akikah Zarif seekor kambing. Buat sekali masa raya ni.
Seekor lembu sahaja Zul. Mak tak larat sangat sekarang.
Boleh mak buat yang mampu sahaja.

YOU ARE READING
Orang Luar
Short StoryHati terluka kerana keluarga yang tak peduli keadaan si nenek. Norsyahirah Aina binti Shahid mengambil keputusan tinggal bersama nenek dan datuknya. Dia usia remajanya tak seperti gadis biasa.