WAKTU malam,
Ezhar saat ini berkutat di dapur memasak untuk makan malam. Walaupun dirinya baru sahaja discharge dan baru sembuh, tetap saja Edrea menyuruh dirinya masak. Ezhar bersenandung.
Edrea yang dari tadi berada di dapur memerhati kan Ezhar memasak. Jujur Edrea rindu dengan Ezhar, rindu memaki hamun Ezhar, rindu menghina lelaki itu. Jari tunjuk Edrea tertuju ke bibirnya, lebih tepatnya Edrea rindu bibir lembut Ezhar.
Dari kejauhan Edrea dapat mendengar suara Ezhar bersenandung. Edrea berdiri lalu melangkah ke belakang Ezhar tapi lelaki kacak itu tidak menyadari kehadiran Edrea di sana. Ezhar terkejut kerna sebuah tangan melingkar di pinggangnya lalu memeluk dirinya erat.
Edrea menyandarkan kepalanya di belakang Ezhar lalu menutup mata. Ezhar melihat tangan Edrea yang menggunakan bahasa isyarat.
"Biarkan seperti ini." Isyarat tangan Edrea.
Keduanya diam. Dapat Edrea hidu baju yang dipakai oleh Ezhar sangat wangi mungkin efek softlan kalikan.
Ezhar melepaskan luak masakan lalu memegang kedua tangan Edrea agar terlepas dari pinggangnya. Tapi pergelangan tangan itu masih digenggam oleh Ezhar lalu Ezhar memutar tubuhnya ke belakang menghadap Edrea yang menatap dirinya dengan sayu. Ezhar dapat melihat mata itu tidak menyiratkan tatapan benci.
"Jangan bagi aku harapan lagi."
"..........."Edrea diam.
"Saya sudah memutuskan untuk tidak berharap pada awak lagi." Mata Edrea menyipit.
Sekali lagi bibir Edrea mendarat di bibir Ezhar yang diam membeku. Sekali lagi Edrea membuat jantung Ezhar berdegup hingga rasanya sesak. Awalnya Ezhar tidak membalas ciuman mendadak itu tapi lama kelamaan tangan Ezhar berada di belakang leher putih dan kecil Edrea.
Begitu juga dengan Edrea kedua tangannya melingkar di leher Ezhar.
Edrea menolak kuat tubuh Ezhar hingga tubuh lelaki kacak itu terhantuk kuat di tepi singki.
"Ini yang kau kata berhenti berharap." Ejek Edrea.
"Kau buat lawak kah apa. Kau ingat aku tak tahu kau dah jatuh hati dengan adik angkat kau sendiri anak kandung Abi angkat kau!."
"Kenapa awak buat saya macam ni. Awak lagi-lagi torehkan luka di hati saya. Sampai bila awak nak sakitkan hati saya."
"Saya tahu saya tak sempurna seperti lelaki di luar sana. Tapi saya ada perasaan awak." Lanjut Ezhar.
"Ishh aku jijik lah kau bahasakan aku dengan perkataan 'awak' tu. Aku memang pun merancang agar kau jatuh cinta kat aku. Supaya kau terseksa dengan perasaan kau sendiri." Juju Edrea.
Ezhar menggeleng.
"Edrea jahat. Edrea tak da hati." Balas Ezhar sedih.
"Kau baru tahu. Poor you baby."
Edrea mendekat ke arah Ezhar yang kini mengalirkan airmata. Ibu jari Edrea menghapus airmata Ezhar yang mengalir.
"Dah jangan nangis ya baby. Simpan airmata tu untuk sakit, sakit yang seterusnya." Edrea tersenyum sinis.Ezhar menepis kuat jari Edrea. Ezhar menatap mata Edrea dengan berani.
"Tak perlu nak ingatkan aku. Aku tahu kau takkan berhenti hina aku, sakiti aku hingga aku hancur berkecai di depan kau betul tak?"
Edrea mengangguk.
"Saya nak masak. Nanti Abi datang, Abi nampak aku masak Abi akan marah dan tak puji kau lagi." Ezhar menoleh ke kuali nya lagi setelah habis berbicara dengan adik angkatnya.