One year later
EZHAR baru saja sampai ruang rawatan di mana Edrea dirawat. Memang pembedahan berjaya tapi doktor mengesahkan Edrea koma dan tidak dipastikan bila akan sedar.
Mereka semua bersetuju Edrea dipindahkan ke Malaysia dan dilanjutkan rawatan di Malaysia.
Tit....tit..tit...
Bunyi monitor memenuhi ruang sunyi itu. Ezhar duduk lalu mengenggam tangan Edrea.
"Maaf aku baru datang. Apa khabar?" Tanya Ezhar pada Edrea yang masih tetap menutup matanya.
"Banyak yang ingin aku ceritakan padamu." Setitik demi setitik airmata Ezhar mengalir.
"Sudah satu tahun awak baring di katil ini. Aku mohon sedarlah."
Ezhar mencium kekura tangan Edrea. Airmatanya jatuh mengenai kekura tangan Edrea.
"Ezhar." Suara Drizella.
Ezhar mengelap airmatanya.
"Iya Driz. Ada apa?"
"Lebih baik awak balik. Rehat. Awak selalu ke sini."
"Aku tak kisah Driz. Aku mahu selalu ada didekat Edrea. Aku ingin ketika dia membuka mata..aku ada di sisinya."
"Aku faham Zhar. Tapi ini tidak baik untuk kesihatanmu. Kalau Edrea tahu mesti Edrea akan marah padamu. Baliklah Zhar."
Ezhar memilih untuk tidak melawan cakap ibu mengandung.
"Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa telefon aku ok." Drizella menggangguk.
"Pasti Zhar."
Ezhar keluar dari ruang rawat Edrea. Drizella duduk di kerusi lalu mengenggam tangan Edrea.
"Bila kau nak sedar, Dre. Apa kau tidak kasihan pada Ibu, abi, aku dan Ezhar. Kami menanti mu Dre. Sedarlah."
".........."
"Kau tahu kini aku mengandung anak Hardin. 'Dia' pasti ingin kau ada semasa dia dilahirkan. Bulan ini kemungkinan besar aku akan melahirkan."
"....Kuatlah demi kami Edrea."
Tiba-tiba bunyi monitor menguat membuat wanita mengandung itu risau. Ingin bergerak memanggil doktor tapi perutnya tiba-tiba sakit.
Cairan putih keluar dari kedua pahanya.
"Akh!"
Makin kuat bunyi monitor itu hingga tubuh Edrea terkejang-kejang di atas katil.
Drizella tetap berjalan sekuat tenaganya untuk mencari doktor. Airmatanya mengalir menahan sakit dan keadaan Edrea.
"T...tolong!" Teriak Drizella di depan pintu.
Doktor dan beberapa orang nurse berlari mendekati Drizella.
"Puan mahu melahirkan."
"Saya...mohon selamatkan adik saya." Drizella memegang kuat tangan nurse itu.
"Iya puan. Saya harus bawa puan ke labortarium."
Tubuh Drizella pun dibaringkan di katil beroda lalu dilarikan ke labor.
"Di mana isteri saya?" Tanya Hardin setelah tiba di hospital.
"Encik suami puan Drizella?" Hardin mengangguk.
"Mari ikut saya encik. Puan Drizella perlukan encik."
Hardin mengikuti langkah jururawat yang membawa Hardin menuju ke labortarium.