"AH sakit!"
Rambut gadis itu ditarik oleh daddynya yang murka pada dirinya.
"Maafkan Aulia dad..Aulia janji akan dapatkan Ezhar...ini sakit dad." Wajah Aulia memerah menahan sakit pada kepalanya.
"Ah dah banyak kali kau janji! Tak da apa pun yang jadi dengan janji kau tu!" Tengku Airil makin kuat menarik rambut putrinya.
"Kalau saja kau tak gatal ikut lelaki sampai ke luar negara..kau sudah bertunang dengan Ezhar si bisu tu.."
Aulia meminta belas kasih pada daddy nya agar dilepaskan. Memang bulan lalu Aulia ikut dengan lelaki lain. Jujur Aulia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang kurang upaya seperti Ezhar tidak terlintas difikiran Aulia untuk kahwin dengan Ezhar mahupun bertunang.
Aulia juga belajar bahasa isyarat atas paksaan dari daddynya. Aulia tahu sudah lama daddynya memerhatikan keluarga Ezhar hanya saja Aulia berdiam diri.
Aulia menangis.
"Daddy tahu...kan Aulia tak mahu bertunang dengan Ezhar...kenapa masih paksa Aulia..."
Tengku Airil tersenyum miring lalu tanpa belas kasih wajah Aulia ditampar lalu perutnya ditendang.
Darah segar keluar dari hujung bibir Aulia.
"Sa...sakit!" Keluhnya.
"Dah tahu sakit masih nak bantah cakap aku!"
Tengku Airil menarik rambut Aulia lalu tubuhnya diheret masuk ke dalam bilik. Tengku Airil mengunci dari luar.
Aulia pengsan.
🦋🦋🦋
Ezhar sudah kembali. Lelaki itu memegang gagang pintu. Ezhar masuk. Dapat Ezhar lihat Edrea sedang tidur sambil menutup seluruh tubuhnya.
Ezhar senyum.
Lalu langkah menuju ke meja meletakkan makanannya. Ezhar melanjutkan lagi langkahnya mendekati Edrea yang tidak menyadari kehadiranya.
Ezhar memegang bahu Edrea.
Mata Ezhar berkelip. Kenapa terasa lembut?
Ezhar menyibak selimut. Mata membesar ketika tidak menemukan Edrea di atas katil. Ezhar melangkah ke bilik mandi mencari keberadaan Edrea.
Tidak ada kosong!
Ezhar mengambil hp nya lalu menelefon Edrea tapi telefon Edrea berada di atas meja. Ezhar menggapai hp Edrea lalu membukanya.
Selalunya hp Edrea ada sandi. Tapi kali ini tidak ada.
Ezhar membuka sebuah rakaman suara yang berada di screen utama. Rakaman suara itu tertulis namanya dan memang untuknya.
Ezhar menekan tombol play untuk memulakan rakaman suara berdurasi 1 minit itu.
"Hai. Kalau awak dah dengar rakaman ni bermakna saya sudah pergi."
Airmata Ezhar mengalir.
"Maafkan aku Ezhar aku terpaksa pergi tinggalkan awak...hiks..aku tak sanggup lihat awak dalam bahaya..hiks..cukup aku."
"Aku tak nak awak korbankan nyawa awak untuk aku...""Awak tahu. Aku begitu gembira ketika kau mahu menjadikan aku permaisuri hati mu. Hatiku berbunga-bunga Zhar..."
"Aku mahu kau bahagia. Aku tahu kau mesti membenci ku iya kan?