"ABI pergi ke NY untuk menemui doktor France. Doktor umi kamu."
Ezhar diam.
"Maafkan Abi nak, Abi tidak ada semasa kamu dilahirkan. Abi masa itu sibuk dengan urusan kerja sehingga Abi membiarkan umi kamu berjuang melahirkan kamu sendirian. Semasa melahirkan kamu umi kamu sempat pengsan" rasa bersalah mula menjalar di hati Dato Adam.
"Apa para jururawat yang bertugas di sana diam saja abi? Mereka tidak melakukan tindakan?" Ucap Ezhar.
"Mereka juga disogok nak." Jawab Adam.
Ezhar jadi lesu.
"Sehingga Abi dan umi kamu tidak tahu bahwa anak Abi adalah lelaki bukan perempuan." Adam menatap sendu Ezhar yang menunduk sambil memainkan jari-jemari nya.
"Kenapa Abi dan umi tidak scan jantinanya?" Tanya Ezhar.
"Kerna umi kamu tidak mahu nak. Umi kamu mahu jantina kamu itu suprise sehingga kamu ditukar oleh Dr France."
"Atas sebab apa dia melakukan itu Abi?"
"Kerna Dr France terdesak. Dr France menerima duit sejumlah 1 M dari seseorang yang berdendam dengan Abi untuk pembedahan jantung anak gadisnya."
"Jujur ini terlalu mendadak bagi Zhar. Zhar tidak tahu mahu melakukan apa?" Ujar Ezhar.
Adam memegang bahu Ezhar.
"Abi hanya nak kamu merahsiakan ini daripada Edrea. Abi tak nak dia shock menerima kenyataan ini."
Ezhar hanya mengangguk.
"Siapa orang tua sebenarnya Edrea?" Tanya Ezhar lagi.
"Abi juga tidak tahu Zhar. Dr France menerima duit itu dari orang suruhan lelaki yang membayarnya."
Di balik pembicaraan mereka ada seorang gadis mendengar sambil mengalir airmata. Tangan berkepal hebat.
Edrea muncul dari persembunyiannya membuat kedua lelaki itu shock melihat wajah Edrea yang berlinangkan airmata.
"Jadi...Isha bukan anak umi dan Abi?"
"Edrea...." kejut Adam.
"Dengar dulu." Adam ingin menjelaskan semuanya pada Edrea.
Adam melangkah mendekati Edrea malah Edrea makin menjauh. Ezhar lelaki itu juga melakukan hal sama mendekati Edrea.
"Siapa orang tua Edrea yang sebenarnya?" Tanya Edrea sedih.
Adam menangis.
Edrea menutup matanya yang tidak henti-henti mengeluarkan airmata.
"Siapa orang tua Edrea yang sebenar!" Teriak Edrea.
"Isha dengar dulu penjelasan Abi."
"Apa lagi yang patut didengar semuanya sudah jelas..aku mendengar semuanya... rupanya selama ini aku bukan anak umi dan abi...aku hanya anak....hasil sogokan.." Edrea mengatakan itu sambil menunjukkan dirinya bahwa dirinya hanya hasil anak sogokan.
Ezhar mendekat ke arah Edrea.
"Jangan mendekat!"
Edrea yang tidak tahan memilih berlari ke biliknya. Panggilan dari sang Abi tidak didengar langsung.
🦋🦋🦋
Seorang lelaki sasa baru saja memasuki lobby officenya hingga banyak pasang mata memerhatikan kemasukan beliau.