Bab 24

888 17 0
                                    

DRIZELLA bangun dari tidur lena nya.

"Hoem..bestnyaaa tidur." Zella meregangkan otot badannya.

Zella melihat ke samping. Tidak hairanlah Kenapa Edrea tidak ada di dalam bilik kerna jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

Zella berdiri. Dari dalam Zella dapat mendengar suara budak-budak bermain sambil berteriak-teriak.

Apa boleh buat Zella terpaksa mendengar sajalah suara bingit budak-budak ni.

Zella keluar hal pertama matanya tangkap adalah Ezhar yang berdiri di depan pintu bilik dirinya dan Edrea.

"Uii mak kau hijau!." Latah Zella.

Zella mengelus dada.

"Astagfirullahalazim. Terkejut tahu tak." Zella membuang nafasnya.

"Maaf." Ucap Ezhar.

"Kau cari perempuan tu erk?" Tanya Zella hingga ke hari ni Zella tidak tahu nama Edrea.

"Iya apa dia masih tidur?" Tanya Ezhar pada Zella.

"Dia tak da dalam bilik. Aku bangun jak dia dah lesap. Mungkin dia kat luar kot. Aku pergi dulu ya Ezhar ,aku lapar." Zella menampilkan gigi putihnya.

Zella tergolong wanita yang boleh menggunakan bahasa isyarat dan memahami bahasa isyarat. Kenapa Zella tahu? Iya belajarlah.

Jangan pula tanya untuk apa? Untuk siapa? Keep that question on your mind.

Kerna Zella suka menggunakan bahasa isyarat. Zella pernah dapat client, tapi client Zella itu membawa anaknya yang bisu seperti Ezhar. So anaknya tu kan tidak faham dan tidak mampu membaca pergerakan mulut seseorang. Ketika itu pula budak tu tersesat mungkin terlepas dari genggaman ayahnya dan entah kenapa alat bantu pendengaran budak tu tidak berfungsi.

Zella seperti malaikat penolong untuk budak itu. Dan keajaibannya di situ, ayah budak tu bersetuju bekerjasama dengan syarikat Zella.

Rezeki gengs rezeki.

Kan penting kita belajar bahasa isyarat ni. Ketika mereka yang tidak mampu mendengar, bertutur dengan kita, kita boleh bantu mereka dengan adanya ilmu bahasa isyarat ni.

Ezhar masuk ke dalam bilik ibu Hanis ingin memastikan apa yang dikatakan oleh Zella betul atau tidak.

Ezhar mencari hingga ke bilik mandi. Iya memang benar Edrea tidak ada di dalam biliknya.

Suara panggilan seorang budak perempuan membuat Ezhar keluar dari bilik itu.

"Bang Zhar" budak perempuan berlari mendekatinya sambil menampilkan wajah risaunya.

Ezhar berjongkok menyamai kedudukannya dengan budak perempuan yang dikenali sebagai Una.

"Ada apa?" Tanya Ezhar pada Una.

Oh ya guys lupa mahu bagitahu, kesemua budak yang berada di rumah anak yatim ini pandai berbahasa isyarat kerna ibu Hanis yang mengajar mereka dan ada juga guru dari luar datang ke sini.

"Kak Eija...kak Eija tak da dalam bilik."

"Kamu sudah cari di mana-mana?"

Una menggangguk" iya. Tapi tidak ada kat bilik." jawab Una. Airmata budak 9 tahun itu mengalir.

Ezhar membelai puncak kepala Una lembut.

Eija dan Edrea hilang diwaktu yang sama. Ibu Hanis tidak ada di rumah kerna pagi lagi wanita paruh baya itu keluar membeli barang dapur.

Si BisuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang