Bab 17

1.1K 18 0
                                    

WAKTU MALAM

Edrea mengemas barang-barangnya untuk pindah esok. Edrea duduk di tepi katil memikirkan keputusan yang dirinya buat. Apa ini adalah keputusan yang tepat?

Entah Edrea juga tidak tahu.

Edrea memilih untuk meneruskan mengemas barangnya. Sebuah kad berwarna hitam jatuh dari poket baju yang dipakai tadi jalan.

Edrea memungut kad berwarna hitam itu lalu membaca nama yang tertulis di kad itu.

'Hardin Scoot Fredik'

Edrea baru teringat esok dirinya harus datang ke syarikat Hardin interview. Ini saja cara agar Edrea boleh mematai Hardin.

Walaupun dirinya tahu dia dalam bahaya. Tapi demi tugas demi nama mereka Edrea harus melakukan itu.

Pintu bilik Edrea terbuka tapi Edrea tidak menyadari itu.

Satu tangan datang dari belakang Edrea lalu merampas kad hitam itu. Hal itu sukses membuat Edrea Ishana terkejut bukan main.

"Apa yang kau lakukan di sini?!" Tanya Edrea setengah teriak.

"Siapa dia?" Tanya Ezhar.

"Bukan urusan mu."

Edrea merampas kembali kad itu dari tangan Ezhar. Edrea tidak lagi menghiraukan Ezhar hal itu membuat Ezhar murka dan tidak suka akan sikap Edrea yang menggabaikan dirinya.

Ezhar menolak tubuh Edrea hingga jatuh ke katil. Lelaki itu memegang kedua pergelangan tangan Edrea menggunakan satu tanganya.

"Lepaskan aku!"

"Aku tak suka kau kenal lelaki lain selain aku Edrea."

"Kau tu milik ku. Tiada siapa boleh dapatkan kau selain aku faham."

Kening Edrea berkerut. Cepat sungguh Ezhar berubah setelah mengetahui dirinya anak kandung Dato Adam.

"Apa apa denganmu Ezhar? Kau berubah."

"Iya aku berubah. Aku harus melakukan itu agar kau kekal di sisi ku. Dan tidak melakukan hal bodoh yang mampu mengadaikan nyawa mu sendiri."

"Ap...apa maksud mu?" Ucap Edrea terbata-bata.

"Aku tak nak kau melakukan kerja kotor itu lagi Edrea. Apa kau faham. Aku sudah mengetahui siapa kau yang sebenarnya."

Dorr....

Edrea terasa dirinya bagai disambar petir.

"Ba...bagaimana kau tahu?" Tanya Edrea lagi.

"Aku sudah lama mengetahui hal ini. Tapi aku mencuba untuk diam kerna aku tidak mampu untuk menghalangmu. Tapi kini aku ada kuasa yang mampu menghalang kau melakukan kerja kotor itu lagi."

"Kenapa kau harus melakukan kerja ini Edrea? Apa kau tidak memikirkan perasaan Abi? Perasaan umi dan perasaan ku?"

"Kerna aku sudah terbiasa melihat darah, mendengar teriakan kesakitan mangsaku. Bagiku itu seperti lirik lagu yang mampu membuat ku candu."

"............"

"Aku tidak mampu berhenti. Aku sudah mencuba tapi aku gagal. Kerna setiap kali aku tidak menyeksa ataupun membunuh aku rasa kurang. Duit bagiku hanya satu kedok untuk menutupi rasa canduku."

"Jadi kuasa apa yang ada pada dirimu yang mampu menghalang aku. Aku saja tidak mampu menghalang diriku sendiri."

Ezhar diam.

Si BisuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang