TWO WEEK LATER,
SELAMA dua minggu Ezhar dan Edrea tidak menyapa satu sama lain. Edrea lebih memilih duduk di rumah Mawar sahabatnya berbanding satu rumah bersama Ezhar. Edrea tidak mampu menerima kenyataan ini.
"Isha jom sarapan." Ajak Mawar.
Edrea memandang sekilas lalu berdiri mengikuti langkah Mawar menuju ke dapurnya.
Ok. Mawar tinggal di sebuah apartemen yang terbilang mewah di negara mereka. Mawar tinggal sendiri. Ibu dan ayah Mawar pergi dulu meninggalkannya.
Ting......
Telefon Edrea berbunyi. Di screen utama phone terpampang begitu banyak chat dari Ezhar tapi satu pun tidak Edrea tanggapi.
"Dah tak payah nak tengok phone kau. Sarapan sekarang. Kau belum makan dari semalam." Edrea senyum kecil.
Helaan nafas dihembuskan oleh Mawar melihat sahabat nya dalam dua minggu ini diam tanpa berbicara. Bercakap pun hanya sepatah-sepatah.
"Isha kau dah dua minggu di sini, Abi tak cari kau?" Tanya Mawar.
"Kau nak halau aku?"
"Bukan macam tu Isha. Sebulan pun kau tinggal dengan aku, aku tak kisah. Tapi..."
"Kau jangan risau lah aku dah chat Abi. Lagipula abi akan pulang hari ni." Celah Edrea cepat.
"Bagaimana dengan study kau? Dah dua minggu kau skip belajar."
"........." Edrea diam tak menjawab.
Mawar memegang tangan Edrea.
"Ezhar ada datang jumpa aku. Dia tanya pasal kau. Kau ada masalah dengan dia ke?"
"Kau cakap apa?"
"Aku tak cakap apa-apa. Aku cuma kata yang kau ada di rumah aku. Dia suruh aku jaga kau."
Airmata Edrea tiba-tiba mengalir.
"Isha kau cerita lah dengan aku ada apa?"
Isak tangis makin kuat.
"Aku tak suka tengok kau lemah macam ni. Ini bukan Isha yang aku kenal."
Mawar membelai belakang Edrea lembut.
"Kenapa...dia..masih care dengan aku War. Aku...dah banyak buat jahat kat dia....."
"Dia sayang kau Isha."
Makin kuat isak tangis Edrea.
"Lebih baik kau pulang selesai kan masalah kau dengan dia."
Edrea mengeleng.
"Aku tak boleh nak tatap mata dia War. Aku takut kalau...aku tatap mata itu aku makin jatuh cinta...aku tak nak cinta ini makin mekar...ini salah War...ini salah...."
"Cinta kau tak salah Isha. Kau cuma perbaiki segalanya..."
"Tidak semudah itu." Suara Edrea naik satu oktaf.
Mawar diam.
"Aku....aku dengan Ezhar adik beradik..."
Makin erat Mawar memeluk tubuh sang sahabat yang makin menangis itu. Edrea yang digelar dengan julukan ice Queen juga pandai rapuh dan sedih.
🦋🦋🦋
Ezhar duduk termenung di mejanya. Panggilan dari Andri tidak didengari kerna lelaki kacak itu sibuk dengan pemikirannya. Fikirannya kini berpusat pada Edrea yang dua minggu tidak pulang ke rumah.