HARDIN menghidupkan kembali keretanya lalu membelah jalan yang tidak sesibuk pagi tadi. Mata Hardin menyipit ketika ada seorang gadis melambai-lambai ke arah keretanya sambil berlinangkan airmata. Hardin berhenti. Drizella hanya menatap tanpa ekspresi.
Hardin melangkah ke arah gadis yang ada lebam di wajah.
"Tolong....tolong kak Edrea dia kena tembakan." Ujar Eija sambil tergagap.
Hardin segera menuju ke pintu pemandu di mana Edrea terbaring lemah dan darah yang mengalir di baju gadis itu. Hardin segera mengangkat tubuh Edrea ala-ala bridal style. Semua itu tidak luput dari penglihatan Drizella.
Drizella turun dari kereta lalu menuju ke arah Hardin yang mengangkat tubuh Edrea.
"Ada apa?" Tanya Drizella lembut pada Eija yang masih menangis itu.
"Kak Edrea...kena tembak...ini semua sebab Eija...kalau saja kak Edrea tak selamatkan Eija..pasti kak Edrea tak jadi macam ni..." Zella memeluk tubuh Eija yang menangis seunggukan.
Mata Drizella tertuju ke arah Hardin yang memasuki kereta orang suruhannya. Orang suruhan nya pula turun dari kereta itu.
Drizella hanya mampu menatap.
Kereta yang diisi oleh Hardin dan Edrea yang saat ini terluka melimpasi dirinya. Hardin tidak menatap langsung ke arahnya ketika kereta itu lalu.
Tiba-tiba dadanya terasa sesak dan airmata ingin mengalir, tapi sekuat itu dirinya menahan airmatanya daripada mengalir.
"Cik Drizella Mr Hardin perintahkan saya untuk hantar cik ke rumah dengan selamat."
"Saya boleh pulang sendiri. Saya tak nak kamu semua ikut saya faham!" Tegas nada Drizella.
"Tapi cik...." Zella tidak memperdulikan ucapan orang suruhan Hardin itu. Wanita cantik itu pergi dari situ bersama Eija.
Masuk saja dalam kereta sport Hardin, Drizella terus buat pusingan u. Gadis itu berpatah balik ke rumah anak yatim untuk menyelesaikan masalah ini.
Bunyi siren polis membuat penghuni rumah anak yatim x keluar termasuk Ibu Hanis dan Ezhar.
Dua anggota pegawai polis wanita dan satu orang pegawai lelaki turun dari kereta lalu ibu Hanis membuka pintu pagar tersebut. Ketiga pegawai itu menunggu sehingga ibu Hanis ada di depan bersama anak-anak yang lain.
Sorang wanita mengeluarkan waran tangkap
"Puan Hanis. Anda ditangkap kerna terlibat dalam kes perdagangan kanak-kanak." Ucap pegawai wanita yang berwajah ganas.
"S..saya tidak melakukan...." dalih Hanis.
Suara seseorang membuat mereka mengalih tatapan antara satu sama lain.
"Masih mahu berdalih puan Hanis." Tutur Drizella sinis.
"Puan percayalah saya tidak melakukan kerja itu....."
Drizella tersenyum sinis.
"Kau tiada bukti tuduh aku!" Hanis melotot matanya pada Drizella.
"Apa aku harus buktikan dulu baru kau mengaku. Cih! Sayang aku fikir kau ni adalah wanita yang paling baik dengan wajah bak malaikat tiada tipu hela. Rupanya di sebalik itu kau hanyalah seorang yang hipokrit!"
"Eija..." panggil Drzella.
Eija pun keluar dari perut kereta Hardin lalu berdiri di tepi Drizella dengan wajah yang dipenuhi lebam.
"Apa ini masih kurang?!"
Tangan Ibu Hanis digari. Wanita paruh baya itu masih saja tidak mahu mengaku bersalah.