Bab 31

700 14 0
                                    

SETELAH ibu Zella iaitu Rania izin pulang untuk mandi. Zella kembali mengeluarkan airmatanya. Jujur Zella tidak sangka akan kehilangan bayi yang tidak dapat disentuh, ditatap wajahnya, disusuinya.

Di dalam bilik itu dipenuhi dengan isakan tangisnya.

Pintu biliknya terbuka. Dengan cepat Zella mengelap airmata yang mengalir. Matanya tertuju ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 1 malam.

Zella menutup matanya kembali ketika langkah kaki itu makin mendekat ke arahnya. Zella boleh mendengar nafas seseorang yang kini berada dekat dengan dirinya.

Tangan orang itu mendarat di puncak kepalanya lalu membelai halus. Zella tidak tahu itu siapa. Tapi sentuhannya tiba-tiba membuat Zella terasa sedih. Hatinya tiba-tiba sakit.

"Ada apa dengan aku?" Tanyanya pada dirinya dalam hati.

Satu titis airmata jatuh tepat di pipi putih Drizella Quinsa.

"Kenapa dia menangis? Dia siapa?" Tanyanya lagi. Zella ingin membuka matanya tapi Zella berasa takut. Kerna ini sudah jam 1 malam.

"Maafkan aku sayang." Tutur si lelaki. Detik itu juga Drizella sangat mengenal suara berat dan serak itu. Itu adakah Hardin Scoot.

Zella mengepal tangan.

"Kau harus kuat Zella. Jangan menangis."

Hardin mendekatkan bibirnya ke dahi Drizella lalu mengecup lama. Zella menutup matanya erat merasakan lembutnya ciuman Hardin.

Hardin menatap wajah pucat Drizella yang tidur.

"Good night my angel." Setelah mengatakan itu Hardin pergi meninggalkan Drizella.

Setelah pintu tertutup mata Drizella perlahan-lahan terbuka. Zella menatap pintu yang tertutup itu. Pintu yang menghalang untuk Zella manatap wajah Hardin.

Jantung Zella berdegup kencang lalu airmatanya mengalir.

"Andai saja aku memberitahumu lebih awal kau pasti tidak akan sesakit ini kan Hardin... tapi mahu bagaimana lagi kau tidak pernah mencintaiku...aku takut setelah kau tahu aku mengandung anakmu..bayi kita..kau akan menyuruhku menggugurkan dia..."

"Jadi untuk saat ini kau bebas. Aku tidak ada sebab lain lagi untuk mengikatmu bersamaku.. mungkin sakit di awal..tapi aku akan mencuba mengubati sendiri..." Drizel menatap pintu yang memisahkan dirinya dengan Hardin.

Zella menutup matanya mencuba meredamkan rasa sakitnya.

🦋🦋🦋

14 jam kemudian

Kapal terbang yang dinaiki oleh Edrea, Mawar, Fania dan Dania baru saja mendarat di United Kingdom.

Mereka berempat turun bersamaan. Ada sebuah kereta mercedes berwarna hitam berparking tidak jauh dari mereka. Mereka berempat menghampiri kereta itu.

Seorang lelaki pakaian serba hitam tengah berdiri di samping kereta hitam. Seluruh tubuh itu dipenuhi dengan alat khusus untuk seorang bodyguard.

Lelaki itu membuka pintu kereta. Matanya tertuju ke arah Edrea.

"Only you can come in." Ucap si lelaki.

Edrea menatap ketiga partner in crimenya. Mawar, Dania dan Fania menggangguk.

Edrea menggangguk lalu masuk ke dalam. Setelah pintu tertutup Edrea menatap lelaki yang saat ini menatap ke luar jendela.

Si BisuWhere stories live. Discover now