Bab 8

1.3K 24 0
                                    

EDREA tiba di rumah pukul 1:45 petang tepat habis belajar. Edrea malas mengikuti kelas tambahan. Kerna apa? Edrea sudah cukup pandai dalam hal akademik. Jadi buat apa lagi Edrea datang ke kelas tambahan. Tambahan pula, buang masa saja baginya.

Edrea berjalan menuju ke tangga rumah. Tapi langkah si gadis terhenti kerna telefonnya berbunyi. Edrea memuta biji matanya malas. Di saat penat begini lah ada orang yang menganggunya.

Setelah menekan tombol hijau. Edrea diam tanpa menyapa si pemanggil.

"Kau bayar aku berapa?" Tanya Edrea.

"..........."

"Ok. Kau kirim fail ke e-mail aku dan duit ke akaun aku."

"..........."

"Duit di kirim cepat. Kerja pun settle cepat."

Edrea mematikan hp nya. Seterusnya, Edrea mencari kontak Mawar.

"Hello" sapa Mawar.

"Malam ni kita ada kerja. Tolong inform kumpulan kita suruh siap sedia."

Edrea melangkah lagi ke biliknya untuk merehatkan diri. Malam ini mereka harus menyelesaikan seseorang atau lebih tepatnya membunuh seseorang. Itulah pekerjaan kedua gadis ini.

Edrea membuka laptopnya. Ada pesan masuk dari e-mail lain. Senyum smirk terukir.

Queen of Killer

Edrea

Aku dah hantar data target kita kat sini. Aku nak kamu semua ambil posisi seperti sedia kala. Jangan ada yang lalai.

Mawar

Baiklah Queen. Kami akan ambil posisi sekarang. Tepat jam 8 malam target akan sampai di hotel X.

Fania

Aku dan Mawar akan ke sana dulu memeriksa kawasan sekitar.

Edrea

Di mana Dania?

Mawar

Kami tidak tahu Queen. Mungkin Dania masih kuliah.

Dania

Maaf guys. Aku late Aku dah baca information target kita. I akan buat kerja i macam biasa. Korang jangan risau, korang boleh percaya aku.

Edrea

Ok guys. Goodluck. Habuan tinggi waiting us.

Edrea meregangkan otot badannya. Sudah 4 tahun Edrea menjadi pembunuh upahan. Selama 4 tahun tu juga Edrea, Mawar, Fania dan adik kembar Fania iaitu Dania pandai menyembunyikan identiti mereka. Mereka berempat sudah bersahabat lama dari sekolah rendah lagi. Panjang cerita jika diceritakan bagaimana keempat gadis itu menjadi pembunuh upahan. Mereka berempat ada kesamaan. Keempat gadis itu suka melihat darah dan mendengar jeritan kesakitan dan rayuan mangsa mereka.

Lebih hebatnya lagi pihak polis tidak mengetahui identiti mereka, sudah empat tahun mereka diburu, selama empat tahun itu jugalah mereka tidak dikesan. Keempat gadis itu membuat kerja sangat bersih hingga jejak mereka tidak ada yang tersisa. Itulah kenapa ramai orang yang nak kan servis mereka.

Kali ini mereka harus membunuh salah satu pembisnes tersohor jugalah.

Ketukan di muka pintu membuat mood Edrea berubah.

"Jangan ganggu!" Teriak Edrea.

Tapi ketukan itu tetap saja terjadi. Hingga dengan terpaksa Edrea berdiri lalu melangkah ke muka pintunya. Gadis itu dengan wajah menahan marah membuka pintu.

Si BisuWhere stories live. Discover now