JAM rehat telah pun tiba. Aulia berdiri di muka pintu bilik kuliah Ezhar. Aulia ingin membawa calon tunang itu rehat bersama. Senyum lekang di bibirnya. Padahal tadi pagi hampir saja Edrea dan dirinya bergaduh malah video itu viral. Jika saja Aulia tahu siapa yang merakam mereka, akan Aulia pastikan jari si perakam akan patah. Hampir saja dirinya dan Edrea tadi diberi cuti, mujur ada penyelamat mereka iaitu Ezhar sendiri. Walaupun Ezhar tergolong dalam orang kurang upaya Ezhar adalah salah satu pelajar cemerlang dan salah satu kepercayaan guru-guru.
Bukan kerna Abi Ezhar berperanan penting hingga mereka dilepaskan tapi kerna pengaruh Ezhar tapi mungkin ada sedikit lah pengaruh Abi angkatnya.
Aulia menegakkan bahunya ketika Ezhar berjalan menuju ke arahnya eh lebih tepatnya di muka pintu bersama seorang lelaki.
Aulia melambaikan tangannya ke arah Ezhar.
"Hai awak." Sapa Aulia. Ezhar hanya tersenyum.
Sahabat Ezhar yang bernama Andri itu hanya diam saja.
"Jom rehat sama-sama i belanja." Tawar Aulia.
"Tak. Tak perlu saya ada urusan lepas ni." Tolak Ezhar halus.
"Ah iyakah." Terlihat jelas wajah Aulia kecewa
"Dah kau pergilah rehat sama dia. Biar aku yang jumpa pensyarah kita." Andri kasihan melihat wajah kecewa Aulia.
Andri juga memahami isyarat tangan. Tapi sedikit lah. Kadang Andri harus melihat YouTube dulu sebelum membalas pertanyaan mahu pun soalan dari Ezhar.
Ezhar pernah menulis untuknya agar Andri lebih mengerti cuma Andri menolak. Andri ingin memahami setiap isyarat yang Ezhar lakukan.
"Tapi...itukan..." "Dah tak payah nak tapi-tapi. Dia dah bagi green light tu kan. You rehat dengan i." Aulia menarik terus pergelangan tangan Ezhar lalu membawa pergi tubuh Ezhar dari hadapan Andri.
Andri hanya mampu geleng-geleng kepala. Ketika matanya berpapasan dengan mata seorang gadis yang menatapnya dengan sinis, Andri segera menuju ke gadis tersebut. Tapi si gadis cepat-cepat melangkah pergi. Tapi langkah besar milik Andri mampu mengejar langkah si gadis. Tanpa melengahkan masa Andri menggapai pergelangan si gadis.
"Aku tahu kau mata-mata Edrea kan?!" Tebak Andri.
"Kau tuduh-tuduh aku ni kau ada bukti tak?"
"Iya betul aku memang tak de bukti. Tapi setiap rehat mahu pun pulang aku selalu nampak kau. Jadi aku simpulkan kau orang Edrea kan?" Si gadis tersenyum sinis.
"Alamak aku kantoi ke tak ah?"
"Kalau iya kenapa?" Satu suara datang menghampiri mereka.
Gadis itu adalah Edrea sendiri. Berjalan anggun mendekati sahabatnya yang saat ini pergelangan tangannya di genggaman kemas oleh Andri.
"Kau lepaskan tangannya!" Perintah Edrea.
Andri mengikuti kata perintah Edrea.
"Kau ok tak Mawar?" Tanya Edrea pada Mawar bff nya serta partner in crime.
"Kau nak apa sebenarnya ni Edrea. Kau selalu suruh kawan kau ni datang ke sini mata-mata kami." Tanya Andri.
"Siapa cakap aku mata-mata korang semua dalam kelas tu. Ah. Kau ingat aku hengen sangat tengok korang satu kelas tu."
"Iya tapi kau mata-mata Ezhar kan?"
Edrea mengangkat bahu acuh tidak acuh.
"Kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat kat Ezhar? Kau siksa dia iyakan? Kau seksa batinnya iyakan?!" Mata Edrea membesar.
"Dia mengadu sama kau?!" Ucap Edrea marah.
"Ezhar tak pernah mengadu kat aku. Tapi aku sahabatnya aku boleh rasa apa yang dia rasa. Apa kau fikir orang tidak sempurna seperti dia tidak ada perasaan?! Dia jauh lebih menderita dari kita yang sempurna fizikal ni! Apa kau tahu apa yang telah dia lalui selama ini?! Dia sering dibuli tapi diam! Dia sering di caci maki pun dia diam." Edrea diam.
"Dia pendam semuanya. Kerna apa dia tidak ada tempat untuk meluahkan semua rasa sakitnya. Kalau dia meluah kat aku, aku boleh buat apa? Aku hanya rakyat kecil yang tidak akan dipandang dan didengar."
Mawar yang berada di sana juga diam.
"Dah kau dah habis membebel?" Edrea sebenarnya tidak ingin mendengar cerita Andri tentang sakit yang dirasa oleh Ezhar.
"Aku belum habis lagi. Aku dah lama nak luah hal ini kat kau Edrea. Aku tanya sama kau, pernah tak kau datang kat dia tanya masalah dia? Tak kan. Malah kau tambah lagi rasa sakit padanya!"
"Kau berlagak tahu! seolah-olah kau tahu semuanya!"
"Iya mungkin aku tidak tahu apa yang terjadi? Apa yang membuat kau benci dengan Ezhar. Tapi tolong jangan tambah lagi sakit pada hati Ezhar.
Edrea tidak mejawab. Edrea pergi meninggalkan sahabatnya Mawar. Mawar dan Andri saling berpandangan.
"Tolong nasihatkan kawan awak tu."
Mawar hanya menatap wajah Andri kosong. Mawar juga tidak mampu berbuat apa-apa.
Kantin universiti,
Aulia dan Ezhar kini duduk berhadapan.
"Oh ya awak, bulan depan kan majlis tunang kita. Awak nak tema baju kita warna apa?" Tanya Aulia antusias.
Ezhar jadi terbatuk. Ezhar membalas tatapan mata Aulia.
"Awak tak hati-hati minum kan dah tersedak."
"........." Ezhar diam.
"Awak, saya tanya ni?" Aulia buat suara ala-ala cute.
Ezhar fikir dengan pakaian Aulia seperti lelaki, gaya cute tidak akan ada pada sosok Aulia yang terkenal dengan nama julukan gadis tomboi. Aulia adalah salah satu popular girl yang cantik tomboi tapi digilai oleh ramai lelaki di universiti ini. Korang lihatlah saat ini di setiap meja kantin tatapan para lelaki padanya sangat tajam. Ada yang terang-terangan memberi amaran padanya.
"Saya ikut apa yang awak mahu." Jawab Ezhar.
Ezhar ingin menyuap nasi ke mulut tapi urung kerna anak matanya berpapasan dengan anak mata Edrea yang menuju ke arah mereka. Aulia perasan dengan perubahan sikap Ezhar. Aulia mengikuti anak mata Ezhar ke mana? Aulia memutar biji matanya. Apa tidak ada chance untuk dia dan Ezhar berdua tanpa ada pengacau spesis Edrea ini.
Kini mata lelaki yang berada di kantin itu yang tadi tertuju ke arah mereka kini berpindah ke Edrea dan Mawar.
Edrea dan Mawar gadis popular di universiti ini juga. Edrea dengan julukan ice Queen yang sukar didekati dan Mawar pula julukannya dangerous girl gadis berbahaya yang penuh dengan rahsia dan duri-duri tajam. Ezhar tahu itu semua kerna buah mulut dalam kelasnya.
Hati Ezhar berdegup kencang ketika anak mata Edrea mengunci anak matanya. Aulia yang berada di sana tidak duduk ketika perhatian Ezhar tidak padanya.
"Awhhh aduh sakitnya!" Lakon Aulia.
Dengan refleks Ezhar berdiri dari tempat duduknya lalu mendekati Aulia yang sedang dalam kesakitan itu. Tangan Edrea berkepal.
"Awak ok?" Tanya Ezhar pada Aulia.
"Urmm cuma lecet sedikit.." Aulia tersenyum puas ketika perhatian Ezhar kini penuh
padanya."Kau ok tak ni Isha?" Tanya Mawar pada Edrea.
"Aku tak ok. Berani dia sentuh milik aku!" Ucap Edrea. Kini tangan Aulia berada di bahu Ezhar. Di balik tertutupnya separuh badan Aulia oleh Ezhar yang hanya menampakkan wajah Aulia, gadis itu tersenyum sinis pada nya.
"Apa kata.. kita terus hapuskan saja dia?" Tanya Mawar.
Edrea tersenyum sinis. "Kita biarkan hidupnya bersenang-senang dulu. Ketika tiba masanya... boom..." Edrea seperti orang psiko berkata begitu.
"Kepalanya berkecai tanpa sisa!" Lanjut Edrea.
Tbc.......
![](https://img.wattpad.com/cover/291969165-288-k216971.jpg)