KERETA mercedes milik Dato Adam Mukhriz akhirnya tiba di depan pintu masuk restoran mewah yang ingin mereka kunjungi. Dato Adam tidak akan makan di luar jika ada yang ingin bertemu dengannya dan anak-anaknya. Jika saya pertemuan ini tidak penting Adam tidak akan makan di luar.
Adam keluar dahulu meninggalkan Edrea dan Ezhar. Kejadian beberapa minit lalu membuat Adam kecewa dengan anak gadisnya. Edrea selalu saja menyalahkan Ezhar atas kematiannya umi nya. Memang betul umi nya meninggalkan dilanggar kereta demi menyelamatkan Ezhar yang masa itu masih berumur 7 tahun manakala Edrea juga berumur sama dengan Ezhar.
Tapi Dato Adam tidak pernah menyalahkan Ezhar atas kepergian sang isteri tercinta. Adam ikhlas melepakan isterinya yang pergi untuk selamanya. Kini Edrea dan Dato Adam tidak bercakap.
Edrea keluar meninggalkan Ezhar lalu menutup pintu kereta mewah itu tersangat kuat hingga bahu Ezhar terhinjut kerna terkejut. Ezhar pun keluar mengikuti langkah Abi dan Edrea yang masuk ke dalam restoran mewah itu.
Mereka bertiga melihat ada satu tangan melambai ke arah mereka. Dato Adam membalas lambaian tangan itu lalu melangkah maju ke arah lelaki bercasual yang seumur dengan Dato Adam.
"Apa khabar Dato?" Sapa si lelaki sambil berjabat tangan.
"Tak perlu panggil Dato lah tengku segan saya. Lagipula kita kan dah kenal lama"
Si lelaki perpangkat tengku itu dan Dato Adam terkekeh.
"Oh ini anak-anak kamu?"
"Iyaa. Kenalkan ini Edrea dan ini Ezhar. Isha, Ez ini Tengku Airil sahabat Abi."
Ezhar mencium kera tangan Tengku Airil.
"Ayo duduk dulu." Ajak tengku Airil.
Mereka berempat pun duduk di meja yang muatnya dalam 10 orang. Seorang pelayan pun datang ke arah mereka sambil membawa buku yang berisi menu makanan.
Skip memesan makanan.
"Mana anak gadis kau?" Tanya Adam.
Mata Edrea menyipit.
"Entah lah budak tu ke mana? Tadi katanya dia mahu jumpa seseorang..ah panjang umur."
Edrea orang pertama yang menoleh ke belakang setelah Tengku Airil berkata demikian. Edrea sangat mengenal gadis yang saat ini menuju ke arah mereka sambil tercungap-cungap.
"Sorry daddy im late." Maaf si gadis.
"Dah kamu duduk dulu kenal-kenal dengan anak sahabat daddy."
Gadis itu pun melabuhkan punggungnya ke bangku. Ketika mata si gadis tidak sengaja tertuju ke arah lelaki kacak yang juga melihat dirinya.
"I know you." Tebak Si gadis.
Edrea yang berada di tengah-tengah tiba-tiba berasa rimas jika ada gadis selain dirinya yang mengenal Ezhar.
"Ya kita satu universiti" jawab Ezhar antusias.
"Tak sangka daddy ku dan daddy mu bersahabat. Kecil je dunia ni kan." Senyum si gadis.
"Dam. Ini lah anak gadis ku tengku Aulia Natasya." Aulia menunduk sekejap tanda hormat pada Dato Adam.
"Sayang ini adalah Edrea Ishana." Tunjuk Tengku Airil pada Edrea.
"Just call me Edrea." Ucap Edrea sombong. Aulia jadi kekok dengan tatapan mata Edrea yang ingin saja menghapuskan dirinya.
"And that handsome boy is Ezhar Fahrezzi. Daddy rasa korang berdua dah saling kenal." Ezhar dan Aulia saling tatap-tatapan hingga menimbulkan rasa tidak enak pada hati Edrea secara tiba-tiba.