EDREA kedatangan tamu di apartemennya siapa lagi kalau bukan Dato Adam abi nya. Hanya Dato Adam yang tahu di mana Edrea.
"Bila abi sampai?" Tanyanya.
"Baru tadi abi sampai. Edrea ok?"
Edrea menggangguk." Iya Edrea ok. Kadang sakit tu tiba-tiba muncul."
"Nak bagi abi bantu kamu. Abi boleh..."
"Edrea tak nak susahkan abi. Edrea tinggal tunggu penderma abi."
"Tapi sampai bila Isha? Sampai bila kamu menahan sakit ini...sampai bila kamu akan bersembunyi dari Ezhar? Kamu sudah janji akan kembali?"
"Edrea belum bersedia menemui Ezhar dengan keadaan ku macam ni."
Raut wajah Edrea tiba-tiba muram." Ezhar apa khabar abi?"
"Ezhar baik-baik saja. Saat ini dia mengurus syarikat abi."
Kening Edrea berkerut.
"Maksud abi? Bukannya Ezhar...."
"Bisu. Kini Ezhar tidak lagi bisu. Dia boleh bercakap dah Isha." Cepat Dato Adam memotong Isha.
Edrea terkejut. Banyak yang terjadi dalam kurun satu tahun ini.
"Edrea gembira." Hanya itu yang mampu bibir Edrea ucapkan.
"Abi tak dapat nak lama-lama di sini. Ezhar makin curiga dengan abi. Mungkin lepas ini abi tidak akan kerap datang ke sini. Apa kamu baik-baik saja?" Edrea mengangguk.
"Edrea ok. Edrea faham Abi." Dato Adam menghela nafasnya. Begitu keras kepalanya Edrea.
Sudah banyak kali Dato Adam ingin membantu Edrea tapi banyak kali tu jugalah Edrea menolak.
🦋🦋🦋
Kekura Tangan Drizella berulang kali menempel di dahi Hardin yang saat ini terlelap. Nasib baik panas Hardin menurun. Drizella menatap fokus wajah pucat Hardin.
"Apa Hardin pantas diberi peluang?" Ucapnya.
Drizella mengelap airmata Hardin yang mengalir di tepi matanya. Drizella menghela nafas. Zella ingin berdiri tapi pergelangan tangannya digenggam membuat gadis itu menoleh ke arah Hardin yang kini matanya terbuka.
Drizella kembali duduk di tepi katil lalu menempelkan kembali kekura tangannya pada dahi Hardin.
"Panas mu sudah turun. Kau harus makan lepas tu makan ubat."
Drizella sudah mahu berdiri tapi Hardin tidak melepakan tangan Drizella.
"Ada apa?" Tanya Drizella.
Hardin memasukkan tangannya di balik selimut mengambil sesuatu yang berada di dalam poket seluarnya.
Drizella kerut dahi.
Hardin mencuba bangun.
"Hati-hati." Drizella membantu Hardin bangun.
Drizella menatap wajah pucat Hardin yang tersenyum.
"Risau ya." Hardin mencubit pipi Drizella.
"Awhhh sakit lah. Aku bukannya risau. Nanti kalau kau mati mesti ibu salahkan aku. Kau kan menantu kesayangan ibu."
"Kalau aku mati apa kau akan gembira?"