PAGINYA
Fania dan Dania masih di hospital menunggu Edrea sedar dan berharap ada pendonor hati pada sahabat mereka.
Bunyi tapak kasut mengalihkan tatapan mereka. Fania dan Dania refleks berdiri ketika melihat ada Mawar, Andri dan yang paling membuat kedua gadis itu terkejut adalah Ezhar berada di sini.
"Macam mana keadaanya?" Tanya Mawar sedih.
"Dia kritikal War." Balas Dania sedih.
"Aku mahu melihatnya" ucap Ezhar.
Dania dan Fania terkejut. Ezhar kini boleh berbicara hanya saja lelaki itu masih memakai alat bantu dengar.
"Hanya dua orang yang boleh masuk ke dalam." Ujar Dania.
Mawar dan Ezhar mengangguk faham. Mereka berjalan ke ruang ICU di mana Edrea di pantau oleh para doktor di sana.
Mawar dan Ezhar memakai pakaian khas melawat seorang pesakit dalam ICU itu. Mawar berjalan dahulu meninggalkan Ezhar yang menghentikan langkah secara tiba-tiba.
Ezhar menyentuh dadanya yang berdegup kencang. Tangan sejuk dan dahi mengeluarkan keringat dingin. Panggilan Mawar membuat Ezhar yang menunduk mendongak menghadap Mawar yang tidak jauh darinya.
Ezhar melangkah perlahan lebih tepatnya suasana terasa lambat. Melangkah saja ke sana terasa jauh dari jangkauan Ezhar. Ketika hanya satu langkah saja untuk sampai ke tempat itu telinga Ezhar dapat mendengar monitor berbunyi.
Sampai saja Ezhar tidak langsung melihat ke arah gadis yang saat ini terbaring lemah di balik kaca besar yang memisahkan mereka berdua.
Ezhar menyentuh cermin kaca itu. Airmatanya mengalir.
"Sejak bila dia mendapat penyakit ini?" Tanya Ezhar pada Mawar.
"Sejak satu tahun lalu."
"Doktor kata penyakit Edrea dari kecil lagi tapi tidak aktif. Semenjak Edrea datang ke sini penyakit itu tiba-tiba aktif. Edrea tidak ingin pulang ke Malaysia dengan sakitnya. Dia tidak mahu berjumpa dengan mu dengan keadaannya yang lemah...apa kau tahu setiap kali dia menanya tentang mu pada Dato Adam."
"Maksud kamu? Dato Adam tahu keberadaan Edrea selama ini?" Mawar mengangguk.
"Aku tak dapat nak cerita kat kau. Lebih baik kau tanya Dato Adam." Ujar Mawar.
Ezhar kembali menatap Edrea.
"Aku mahu dia selamat dan hidup bahagia." Ucap Ezhar lirih sarat akan airmata.
🦋🦋🦋
Drizella bangun dari tidurnya. Lalu wanita itu melangkah menuju ke bilik kerja Hardin membangunkan lelaki itu. Kerna malam tadi Hardin sibuk mengerjakan fail hitam putih di bilik kerja hingga tertidur di sana.
Hubungan mereka makin membaik. Kerna Drizella dapat melihat Hardin bersungguh-sungguh dalam mengambil hatinya dan bersungguh-sungguh menunjukkan cintanya pada Drizella.
Gadis itu memegang gagang pintu lalu memutarnya. Dapat Drizella lihat Hardin tidur di atas sofa sambil tangan berada di atas dahinya. Drizella melangkah mendekat ke arah lelaki yang kini menjadi suaminya ini.
Drizella duduk bersila. Mata cantik itu menatap wajah sang suami sambil tersenyum. Tangan Drizella naik membelai pipi Hardin.
"Bagaimana aku tidak luluh padamu, wajahmu membuatku kembali jatuh dan jatuh pada jurang yang sama. Jurang yang mampu membuat degupan jantungku berdegup kencang hingga aku susah mengawalnya."