Bab 5

1.4K 28 1
                                    

HOSPITAL

Pukul 3 pagi. Adam dan Edrea baru saja tiba di hospital. Adam melangkah lebar menuju ke meja reception.

"Selamat datang ada yang boleh kami bantu encik?" Tanya nurse yang bertugas di sana.

"Ada nama Ezhar Fahrezzi yang dibawa ke sini?" Tanya Dato Adam.

"Sekejap yang encik saya periksa dahulu."

Adam mengetuk-getuk jarinya di meja reception itu. Edrea pula gadis itu berasa bersalah atas kejadian itu. Tapi ekpresi gadis itu tidak menampak dirinya risau menurut Adam yang saat ini menatap anak kandungnya itu.

"Iya encik. Encik Ezhar dilarikan ke hospital ini."

"Di mana ruang rawatnya?"tanya Adam.

"Di sebelah kanan nombor 183."

Adam pun melangkah dahulu meninggal Edrea yang masih berdiri mematung diruang reception itu.

"Cik.." "Ha ya?"

"Ada yang boleh saya bantu?" Edrea menggeleng lalu melangkah mengikuti Abi nya.

Edrea tidak masuk melainkan gadis itu berdiri di muka pintu. Edrea dapat mendengar suara abi nya yang bertanya keadaan Ezhar saat ini.

Di bilik rawatan,

"Kamu ok nak?" Adam menanya itu menggunakan suara. Ezhar tidak mampu mendengar ataupun faham. Ezhar tidak dapat membaca pergerakan mulut seseorang ketika bercakap.

Ezhar menunjukkan telinganya. Adam mengerti lalu Adam menggunakan isyarat tangan.

"Ezhar ok Abi. Cuma sakit sedikit."

"Syukur lah. Kamu rehat yang banyak ya nak. Abi ada di sini kalau kamu perlukan sesesuatu." Ezhar mengangguk.

"Adik mana?" Tanya Ezhar.

"Tadi dia ikut Abi. Tapi Abi tidak tahu dia kemana. Abi kira dia mengikuti langkah Abi ke sini. Abi cari adik kamu dulu."

Telefon bimbit Adam berbunyi. Di situ masuk pesanan dari Edrea.

Isha pulang dulu. Isha pening mencium bau ubat. Abi jangan risau, Isha dah call pemandu Abi untuk ambil Isha.- Edrea Ishana

"Ada apa Abi?" Tanya Ezhar.

"Isha pulang dulu. Katanya tidak tahan mencium bau ubat."

"Adik pergi naik apa Abi?" Risau Ezhar.

"Isha kata dia dah call pemandu Abi. Jangan risau pemandu Abi boleh harap."

"Kamu banyak rehat. Nanti Abi akan menelefon pihak universiti untuk meminta cuti beberapa hari untuk kamu." Ucap Abi.

Ezhar mengangguk. Ada perasaan sebak dirasanya ketika Isha tidak mahu menjenguknya.

🦋🦋🦋

Seminggu berlalu,

Selama satu minggu tu juga Edrea tidak pernah melawat Ezhar ke hospital. Malah calon tunangannya yang melawat dirinya. Kini Aulia berada di bilik rawatan ingin membawa pulang Ezhar ke rumah. Hari ini Ezhar dibenarkan pulang. Luka di wajah kacak Ezhar makin hari makin membaik.

"Awak ok? Nak saya bantu." Tawar Aulia.

"Saya ok. Saya boleh sendiri." Tolak Ezhar halus.

Ezhar menuruni katilnya. Lelaki itu tersenyum ke arah Aulia yang melihat dirinya dengan senyum merekah. Andai hati boleh berpindah ke lain hati, Ezhar ingin jatuh hati pada Aulia yang baik walaupun pakaian gadis itu terlihat tomboy tapi Ezhar akui Aulia cantik.

Si BisuWhere stories live. Discover now