LEMPARAN demi lemparan dia dapatkan bukan lemparan apa melainkan dilemparkan dengan benda berbau busuk alias sampah yang basah. Ingin meminta tolong tapi dia tahu itu hanya sia-sia. Alat pendengarnya di buang begitu saja. Sudah berapa kali dirinya harus membeli alat pendengaran baru.
Dia adalah EZHAR FAHREZZI lelaki dewasa 21 tahun yang bisu. Kebisuannya itu membuat dirinya senang dibuli.
Suara nyaring ketawa sangat kuat hingga berpantul di lorong kosong universiti mereka. Para pembuli itu tidak ada rasa kasihan langsung pada dirinya. Padahal dia tidak kacau hidup sesiapun.
"HAHAHAHAHAAH padan muka kau bisu." Ejek si pembuli.
Mereka pun berhenti membaling sampah kotor tu pada Ezhar kerna saat ini Ezhar terlihat sangat kotor dan berbau. Untung ini jam habis kuliah, kalau tidak bagaimana nasib Ezhar berhadapan dengan pensyarah dengan keadaan kotor macam ni.
"Euwwww...bau nya si bisu ni!!" Para pembuli itu menutup hidung mereka.
Ezhar hanya mampu diam.
"Kau tu tak layak masuk universiti ni. Dah la bisu! Kau tu nasib je diterima di sini kerna bapa angkat kau tu! Kalau si bangka tua tu tidak berpengaruh di u ni..pengetua pun tak hengen kau lah!"
Mata Ezhar membulat besar ketika bapa angkatnya harus ikut dalam hal ni. Ezhar berdiri lalu berhadapan dengan si pembuli.
"Kau jangan nak libatkan dia!" Marah Ezhar ( isyarat tangan)
Mereka ketawa terbahak-bahak. "Korang.. korang faham tak apa dia cakap?"
Tubuh Ezhar di tolak ke simen hingga tersungkur jatuh. Ingin saja tangan si pembuli menampar pipi Ezhar tapi suara teriakan seorang gadis membuat niat si pembuli terhenti.
Si gadis berlari laju menuju ke arah mereka.
"Kau ingat kau siapa ah nak buli dia!" Seru si gadis.
"Fuyo ada orang nak bela si bisu ni." Ujar si pembuli.
Ezhar hanya mampu diam melihat si gadis yang berpakaian seperti lelaki tengah membela dirinya.
Satu tumbukan mendarat di pipi si pembuli.
"Sekali lagi aku nampak kau buli dia! Akan aku pastikan kau dan geng kau ni angkat kaki dari universiti ni!" Ancam si gadis.
Mereka yang berada di sana menciut takut dengan ancaman gadis tomboy itu. Mereka semua pun lari lingkang pukang.
Setelah mereka hilang dari penglihatan si gadis dan Ezhar, Si gadis menghadap ke belakang lalu menghulurkan tangan membantu Ezhar untuk berdiri.
"Terima kasih."
Si gadis mengangguk. Ezhar pula lelaki kacak itu hairan dengan reaksi si gadis.
"Awak faham apa yang saya cakap?" Tanya Ezhar.
"Iya saya faham apa yang awak cakap." Si gadis membalas dengan isyarat tangan juga.
Ezhar tersenyum. Ezhar mengeluarkan buku catatannya. Buku catatan ini untuk mereka yang tidak faham isyarat tangan. Ezhar menulis sesuatu dalam buku itu.
Setelah selesai Ezhar memperlihatkan tulisan yang tadi di tulisnya. Rupanya itu adalah namanya sendiri. Ezhar boleh dikatakan adalah anak yang baik, ramah dan suka membantu orang.
Si gadis tersenyum. Lalu tangan kecil itu mengambil buku catatan Ezhar lalu menulis namanya sendiri.
"AULIA NATASYA" Ucap Ezhar.