Bab 20

777 14 0
                                    

DATO Adam melihat anak gadisnya duduk di taman belakang rumah mereka. Lelaki paruh baya itu melangkah mendekati Edrea yang menghayal.

"Nak." Sapa Dato Adam.

"Abi. Duduklah." Pelawa Edrea.

Adam duduk di kerusi kosong berhadapan dengan Edrea.

"Abi ada mahu cakap dengan Isha ke?"

"Apa kamu baik-baik saja?" Tanya Dato Adam.

"Isha ok abi. Apa abi tidak kerja hari ni?"

"Kejap lagi abi akan ke office. Abi risau dengan Isha."

Edrea senyum." Abi tak perlu risau. Isha baik-baik saja. Jika abi risau Isha akan berubah setelah tahu hal sebenar Isha takkan berubah."

"Lagipula Isha tak jadi pindah."

"Betul nak?" Edrea mengangguk.

Mereka diam. Dato Adam berdiri ingin ke office, Isha juga ikut berdiri. Dato Adam hairan mesti ada yang ingin ditanyakan oleh Edrea.

"Ada yang ingin kamu cakapkan nak?"

"Isha cuma mahu tanya di mana orang tua Isha sekarang?"

Adam membuang nafas berat.

"Apa pertanyaan Isha berat, Abi?"

"Tidak sayang. Insyaallah Abi akan mencuba sedaya upaya Abi mencari orang tua kandung Isha. Tapi bagi abi waktu. Abi tidak sanggup Isha pergi jauh dari Abi. Isha putri Abi.."

"Walaupun orang tua Isha di temukan Isha tetap putri abi. Itu tidak akan berubah." Edrea menyakinkan Manan bahwa tidak akan ada yang berubah.

"Abi senang mendengarnya. Kalau begitu Abi pergi dulu." Edrea mengangguk.

Setelah kepergian Adam Edrea kembali duduk di kerusi. Sejujurnya Edrea ingin memegang hp nya tapi disita oleh Ezhar. Hampir semua alatan komunikasi yang menyambungkan pada dunia luar Ezhar rampas.

Edrea meraup wajahnya.

Stres menghadapi Ezhar yang berubah 360°

Ketika membuka mata, Ezhar kini berada di depan mata Edrea. Gadis cantik itu terkejut.

"Kau buat apa di sini?" Tanya Edrea.

"Aku bebas berada di mana pun. Di mana kau berada di situ aku harus ada."

Mereka diam menghirup udara yang terasa terhad bagi keduanya. Atmosfera juga berubah ketika dua sejoli ini berada di satu tempat yang sama.

Ezhar berdiri lalu menarik pergelangan tangan Edrea agar ikut dengannya. Mujur hari ini Edrea tidak ada kelas..tapi Edrea hairan baru kali ini Ezhar tidak ke universiti.

"Kau nak bawa aku ke mana?" Tanya Edrea.

Ezhar tidak mejawab. Ezhar memasukkan tubuh Edrea ke dalam kereta. Ketika ingin keluar dari gate rumahnya terlihat kereta Aulia menghalang untuk mereka keluar.

Ezhar keluar. Dari kejauhan matanya dapat melihat senyum lebar Aulia.

Aulia terus memeluk Ezhar yang mematung di tempatnya. Hal itu disaksikan oleh Edrea dari cermin depan kereta Ezhar.

"Kata kau milikku tapi kenapa kau membiarkan wanita lain memelukmu?" Tuturnya pada diri sendiri.

"Kau harusnya happy Edrea...ini lah masa nya untuk kau keluar dari kereta Ezhar?"

"Apa lagi yang kau tunggu?"

Edrea diam tidak berbuat apa-apa. Dirinya hanya mendengar gejolak batinnya.

Si BisuWhere stories live. Discover now