Bab 27

528 9 0
                                    

HARDIN memandu keretanya dengan kecepatan yang tinggi untuk sampai di rumah anak yatim itu. Hardin fikir wanita itu sudah berada di rumah rupanya dia tidak mendengar satu pun perintahnya malah para pengawalnya juga datang ke hospital. Hampir saja Hardin ingin memarahi kecuaian pengawalnya.

  Saat ini menandakan waktu di mana para pekerja pulang dari kerja mereka. Hardin dapat melihat jalan raya yang digunakannya begitu banyak kereta dan hon sana-sini.

Hardin melihat kanan jalan kecemasan yang kosong. Hardin tidak membuang waktu lelaki sasa itu belok ke kanan lalu menggunakan jalan kecemasan itu hingga keretanya dihon oleh pengguna jalan raya yang lain.

"Aku harus cepat Edrea perlukan Drizella."

Drizella saat ini berada di gazebo rumah anak yatim itu. Drizella tidak tega meninggalkan budak-budak ni sendirian di sini. Drizella menatap langit yang kuning itu akibat pancaran matahari yang sedikit demi sedikit menghilang.

Angin sepoi-sepoi menerbangkan rambut Drizella. Baju gadis itu pun sudah berganti. Drizella memakai baju t-shirt putih berserta cardigan panjang dipadukan dengan seluar jeans berwarna hitam.

Entah apa yang ada difikiran gadis cantik itu.

Pergelangan tangan Drizella ditarik oleh seseorang. Membuat gadis itu berpaling menghadap orang itu. Drizella sempat terpegun melihat wajah penuh keringat lelaki yang berada di hadapannya ini.

"Ikut aku." Ucapnya. Drizella mengeraskan tubuhnya tidak ingin mengikuti langkah Hardin.

Hardin menoleh ke belakang menatap mata wanita yang saat ini menatapnya teduh. Rambut gadis itu berterbangan.

"Aku tak mahu tinggalkan budak-budak tu di sini." Seru Zella lembut.

"Kita harus ke hospital sekarang!"

"Buat apa? Aku tidak ada kena mengena dengan gadis itu. Lagipula...kalau aku ke sana apa dia akan sembuh..." Zella menatap mata tajam Hardin.

"Edrea pelukan darah kau Zella. Hanya kau satu-satunya boleh selamatkan dia." Ujar Hardin setengah marah melihat betapa keras kepala gadisnya ini.

Gadisnya. Baru kali ini Hardin mengakui itu.

"Apa aku dapat kalau selamatkan dia?"

"Aku akan beri apa yang kau inginkan." Zella tersenyum sinis mendengar kata-kata Hardin itu. Hardin sanggup melakukan apa saja demi keselamatan wanita itu.

🦋🦋🦋

Hardin dan Drizella pun akhirnya sampai di hospital. Drizella mengikuti langkah jururawat itu. Ezhar dan Hardin menunggu di ruang menunggu. Masing-masing merisaukan wanita nya.

Di ruang pengambilan darah,

Sebelum diambil darah Drzella diperiksa dahulu.

"Cik mengandung?" Tanya nurse itu.

Drizella menelan airliurnya.

"Cik mengandung tiga bulan. Apa cik tidak tahu?"

"Saya tahu. Tapi tolong jangan beritahu pada sesiapun tentang hal ini termasuk lelaki bersama saya tadi. Saya tidak ingin proses ini tergendala dan tidak mampu menyelamatkan kawan saya."

"Puan tahu kan apa risiko jika puan derma darah puan sedangkan puan tahu puan mengandung..." Drizella mengangguk.

"Saya tahu dan saya akan menanggung risiko itu sendiri."

Si BisuWhere stories live. Discover now