Bab 34

552 12 0
                                    

DRIZELLA menuruni anak tangga menuju ke dapur kerna perutnya berbunyi minta diisi. Keadaan dalam rumah itu gelap kerna jam di dinding menunjukkan pukul 1 tengah malam. Drizella satu hari berperap dalam bilik menghindari penghuni lain dalam rumah ini setelah tahu dirinya adalah isteri Hardin Scoot Fredik.

Gembira?

Zella tidak gembira langsung. Zella tidak expect akhirnya menjadi isteri Hardin atas belas kasihan bukan rasa cinta. Rania sudah menceritakan dari A ke Z mengapa Hardin akhirnya menjadikan dirinya sebagai bidadari

Bidadari?

Zella rasa dejavu menyebut perkataan. Seolah setahun yang lalu ada yang pernah berkata padanya bahwa dirinya adalah bidadari.

Senyum dibibir Zella terukir entah mengapa perkataan bidadari itu membuat hatinya menghangat hingga langkah kaki seseorang tidak didengar dan kini satu lembaga berdiri tepat di belakangnya.

  Tiba-tiba sebuah tangan melingkar di pinggangnya dan membuat gadis itu ingin berteriak. Tapi telapak tangan lembaga tersebut sangat pantas menutup mulut Drizella.

"Ini aku." Ucap si lelaki.

Drizella tahu itu adalah Hardin. Drizella mengeluarkan tenaga yang masih ada untuk melepaskan pelukan Hardin.

"Lepaslah!" Perintah Zell.

Hardin meletakkan dagunya di bahu Drizella lalu lelaki itu menghirup wangi dari rambut dan leher Drizealla. Hardin menutup matanya.

"I miss you." Luah Hardin. Drizella melemah tapi sekuat mungkin gadis itu menahan tubuhnya dari tidak jatuh mahu jatuh kembali ke dalam pelukan Hardin Scoot Fredik.

"Lepaslah Hardin. Aku tak selesa." Hardin melepaskan Drizella.

  Drizella menghadap Hardin. Drizella menatap Hardin di suasana yang tidak juga gelap tidak juga terang. Hanya ada lampu meja sahaja.

  Hardin menatap Drizella teduh.

"Please Drizella Quinsa jangan luluh, jangan cair akan tatapan teduh lelaki di hadapan mu, yang statusnya adalah suami mu." Monolog Drizella dalam hati.

  Tangan Hardin perlahan-lahan menuju ke tangan Drizella. Hardin mengenggam erat tangan itu. Drizella dapat rasa betapa sejuknya tangan Hardin.

  "Tanganmu sejuk." Tiba-tiba pernyataan itu terlontar dari bibir Drizella.

   Hardin hanya senyum menanggapi itu.

"Aku ingin menjelaskan hal tadi pagi" ujar Hardin. Bibir lelaki itu pucat.

  Zella diam. Sejujur gadis itu juga ingin mendengar penjelasan mahupun kebohongan yang lelaki itu ingin utarakan.

"Memang aku menikahimu kerna rasa kasihan." Zella menatap Hardin tajam. Sakit hatinya ketika lelaki itu berkata jujur. Apa Hardin tidak puas menyakiti hatinya lagi dan lagi.

"Ibu mahu aku bertanggungjawab atas dirimu dan ibu tidak ingin awak tanggung semua ini seorang diri." Lanjut Hardin.

"Jadi kau salah kan ibu?"

Hardin geleng kepala." Tidak ada niat ku untuk menyalahkan ibu. Tapi...."

"Sudahlah Hardin. Apa kau tidak puas lagi sakitkan hatiku lagi dan lagi.....kau tahu setiap perkataan yang kau lontarkan seolah keris yang mampu menikam ku hingga aku mati secara perlahan." Airmata Drizella mengalir.

"Dengar dulu. Aku belum selesai bicara." Tegas suara Hardin.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Lepaskan aku lah!" Drizella mengigit tangan Hardin. Hardin hanya diam.

Si BisuWhere stories live. Discover now