MAWAR, Fania dan Dania saat ini berada di restoran yang telah mereka janjikan bersama. Tapi hingga saat ini batang hidung Edrea tidak muncul-muncul membuat ketiga gadis itu bosan menunggu.
"War call Queen lagi."
Mawar menghela nafas.
"Sudah Dan. Dia tidak jawab call ku."
"Ke mana dia? Apa dia tidak dapat lepas dari Ezhar?" Curious Fania.
"Entahlah."'
Ketiga gadis itu menoleh ke arah pintu di mana seorang lelaki kacak memasuki Cafe tempat selalu lepak keempat gadis pembunuh bayaran itu.
"Bukan kah itu Hardin." Ujar Dania
Mawar mengangguk.
"Wah kacaknya dia. Ini kah yang akan kita bunuh War?"
Mawar acuh tidak acuh akan pertanyaan Fania.
"Sorry aku lewat."
Tatapan mereka teralih ke arah Edrea yang terlihat berantakan ini.
"Queen kau ok kah ni. Kau macam dikejar oleh anjing tahu tak." Ucap Fania.
Edrea duduk di sebelah Mawar.
"Aku ada masalah tadi dengan Ezhar. Dia tak izinkan aku keluar."
Mawar tertawa kecil.
"Kenapa kau ketawa? Apa kata-kataku ada yang lucu?"
"Tidaklah Queen. Aku hairan sejak bila Ezhar boleh kongkong kau sedangkan selama ni kau yang kongkong, seksa Ezhar. Kenapa kini berbalik?" Ujar Mawar.
"Dah tak payah nak bahas Ezhar di sini. Aku datang sini nak bincang plan kita."
Fania, Dania dan Mawar segera menoleh ke arah Hardin yang sibuk berbincang entah apa itu ketiga gadis itu juga tidak tahu. Edrea pun menoleh ke arah mana arah mata ketiga gadis itu.
"Hardin Scood Fredik." Tutur Edrea.
"Yes that him." Ucap Fania dengan tatapan memuja.
Hardin yang rasa dirinya dari tadi diperhatikan segera menoleh ke arah keempat gadis remaja cantik. Mata Hardin terpaku pada gadis messy hair yang menatapnya dengan tatapan semacam.
Selesai saja berbincang dengan klien, Hardin berdiri lalu menuju ke arah Edrea, Mawar, Fania dan Dania.
"Dan dia ke sini lah." Ucap Fania antusias.
Dania hanya mampu geleng-geleng kepala.
"Hai girls."
Fania tersenyum lebar, Dania hanya mengangguk, Mawar hanya senyum kecil manakala Edrea terlihat tidak acuh pada sapaan Hardin.
Mata Hardin tertuju ke arah Edrea yang diam.
"I'am Hardin. And you are?" Tangan Hardin tertuju ke arah Edrea.
Mawar, Dania tersenyum makna manakala Fania cemberut.
"She' s Edrea. You know what She just quit from her job as a PA." lakon Mawar
Mata Edrea membesar.
"Oh jadi dia sedih kerna baru di buang kerja." Mawar mengangguk.
Hardin terkekeh.
"You so lucky girl. Syarikat i ada kekosongan untuk jawatan tu. So ini kad i, awak boleh datang esok interview." Ucap Hardin.
Hardin menyerahkan kad nya pada Edrea tapi di sambut oleh Fania.
