Bab 4

1.5K 34 1
                                    

"AH sial! Apa yang tadi aku lakukan." Umpat Edrea setelah tiba di rumah.

Dengan wajah yang merah Edrea melangkah menuju ke biliknya. Gadis itu merebahkan tubuhnya ke katil. Edrea terbayang dengan apa yang telah dirinya lakukan tadi bersama Ezhar. Edrea terbawa suasana hingga membuat dirinya mencium bibir Ezhar secara tiba-tiba.

Matanya tertuju ke arah jam dinding yang menunjukan pukul 9:30 malam. Edrea menutup matanya berharap bayangan first kiss nya bersama Ezhar hilang.

Panggung wayang,

Ezhar dan Aulia kini fokus melihat wayang. Masing-masing menelan air liur ketika filem itu memperlihatkan adegan ciuman. Aulia melihat ke arah Ezhar yang diam dan tenang.

"Kenapa aku harus sebedebar ini ya?" Tanyanya tapi dalam hati.

Aulia mengenggam erat mini gaun yang dipakainya untuk hari ini hanya hari ini Aulia memakai gaun ini. Jika saja sang daddy tidak memaksa Aulia memakai gaun ini, Aulia tidak akan menyentuh langsung gaun sebegini.

Ezhar lelaki itu mencuba tenang. Ingatan dirinya dan Edrea bercium terimbas kembali. Ezhar menutup matanya.

Setelah 2 jam berkutat dengan filem akhinya Aulia dan Ezhar pun melangkah keluar meninggalkan panggung wayang itu. Masing-masing diam.

Skip menghantar Aulia pulang..

Ezhar setelah menghantar Aulia pulang dirinya terus memandu laju menuju rumah. Ezhar tahu dirinya lewat pulang kerna jam menunjukkan pukul 12:45 tengah malam. Nasib baik abi nya meminjam kereta mewah ini.

Sampai saja di rumah, Ezhar mengambil kunci cadangan lalu membuka pintu besar rumah mereka. Dapat Ezhar lihat rumah kini gelap gelita kerna para penghuni rumah sudah tidur.

Ezhar membuka kasut lalu melangkah menuju ke arah tangga tapi langkah terhenti melihat sebuah kelibat duduk di sofa ruang tamu mereka.

"Lewat balik?!" Ucap si kelibat.

Ezhar menghela nafas lega. Rupanya itu adalah adiknya, Edrea. Ezhar melangkah mendekati Edrea yang duduk di sana.

"Jangan menghampiri aku!" Arah Edrea. Langkah Ezhar terhenti.

Edrea berdiri mendekati Ezhar. Detik seterusnya, Edrea menampar pipi Ezhar hingga melantun dikehingan malam ini.

"Kau bersenang-senang dengan perempuan tu? Iyakan?!" Ezhar memegang pipinya.

Rasa kantuk yang teramat tadi hilang setelah tangan kecil Edrea mendarat di pipinya.

"Abang minta maaf."

"Tak perlu nak bahasakan diri kau abang lah. Kau tu tak layak jadi abang aku! Kau tu hanya anak angkat yang dipungut oleh Abi. Anak yang tidak diinginkan oleh ibu bapanya!" Hina Edrea.

Ezhar fikir dengan kejadian ciuman beberapa jam lalu mengubah Edrea padahal Ezhar akui dirinya telah jatuh hati pada Edrea setelah ciuman itu. Bayangan Edrea tidak pernah hilang dari fikirannya. Semasa dipanggung wayang juga begitu hanya ada Edrea saja difikirannya.

Mata Ezhar sayu membalas tatapan mata Edrea.

"Aku nak makan jagung bakar. Kau keluar sekarang belikan aku sana."

Edrea melempar duit berjumlah 50 ke wajah Ezhar.

"Tapi ini larut malam Edrea."

"Ada aku kisah. Kau keluar dengan perempuan tu hingga jam begini tak pula kau kisah. Ketika aku suruh kau maka kau kena ikut. Kau lupa yang kau tu hanya kuli ku di sini. Tak payah nak berasa king di rumah ni."

Si BisuWhere stories live. Discover now