Bab 33

546 11 0
                                    

EZHAR dan Andri kini memasuki ruang meeting yang dihuni oleh Mr Arshad dan beberapa orang Arshad. Ezhar duduk di kerusi utama sambil menatap Mr Arshad yang menatapnya juga. Ezhar senyum kecil lalu memusingkan kerusinya menghadap screen LED di hadapan. Lampu ruang meeting itu dimatikan.

  Ezhar memetik jarinya.

Dan

Jeng....

Satu klip video berdurasi 1 minit 30 saat dimainkan. Mr Arshad yang duduk di sana wajahnya berubah pias dan tidak senang duduk. Kerna di dalam video tu adalah dia sendiri yang sedang mengulurkan wang pada ketua pembangunan dan saling berjabat tangan.

Screen LED di matikan. Lampu dihidupkan. Kini Andri berada di sebelah Ezhar.

"Mr Ezhar let me explain..itu tidak seperti..."

  Ezhar menempelkan jarinya di mulutnya membuat Mr Arshad diam.

"Aku tak nak dengar apa-apa pun."

"Tapi Mr Ezhar..."

"Kau tahu abi percaya pada kau. Kau rakan bisnes abi yang begitu abi percayai. Tapi kau khianat abi aku. Kau buat satu dari pekerja sana mati...dan abi di pandang serong masyarakat. Kau bagi duit pada pihak keluarga si mati dan kau menyuruh keluarga mereka cakap buruk tentang abi aku."

  Mr Arshad diam.

"Tolong dengar dulu penjelasan saya Mr Ezhar...saya terpaksa...saya terpaksa khianati Dato Adam...kalau tidak...."

"Apa maksudmu?!" Tanya Ezhar.

"Saya tak nak anak dan isteri saya dalam bahaya...saya terpaksa Mr Ezhar..."

  "Siapa yang menyuruhmu melakukan itu?" Kali ini Andri yang menanya.

"Tengku Airil." Jawab Mr Arshad.

Ezhar dan Andri saling berpandangan.

"Kau tahu kenapa dia melakukan itu?" Tanya Andri. Ezhar dari tadi hanya diam.

Arshad geleng kepala." Dia tidak berkata apa-apa padaku. Dia hanya menyuruhku lalu membayar ku. Setelah itu aku tidak bertemu lagi dengan Tengku Airil."

"Saya mohon Mr Ezhar jangan putuskan kontrak kerjasama. Syarikat saya akan bangkrap..." rayu Mr Arshad.

Ezhar berdiri lalu meninggalkan ruang meeting itu. Andri pula masih di sana. Ezhar menatap sekilas ke arah Andri lalu lelaki itu mengangguk.

"Maaf Mr Arshad. Mr Ezhar tidak ingin lagi bekerjasama dengan syarikat Mr Arshad."

"Tolonglah...saya menyesal...."

"Mr Arshad menyesal?" Soal Andri sinis.

"Katakan itu pada lelaki yang telah mati akibat perbuatan Mr Arshad." Andri pun berlalu pergi.

Arshad lemah. Tubuhnya terduduk di kerusi.

🦋🦋🦋

Seorang gadis kini duduk di pinggir danau buatan, yang cantik dihiasi dengan bunga teratai. Bibir pucatnya terukir senyuman yang indah. Wajah seseorang muncul di dalam ingatan.

Dada sesak mengingat lelaki itu.

Sudah satu tahun dirinya tidak menemui lelaki itu. Gadis itu hanya mampu menghindar dan terus menghindar. Memutuskan kontak antara satu sama lain hingga hati harus menahan rindu.

Satu tangan mendarat di bahunya.

"Kau buat apa di sini?" Tanya sahabatnya.

Si BisuWhere stories live. Discover now