PULANG saja dari Cafe di mana Mawar, Fania dan Dania bertemu, Edrea terus pulang. Langkah kaki nya menuju ke bilik tapi terhenti kerna langkah kuat Ezhar berkumandang.
Ezhar memegang bahu Edrea agar gadis itu menatapnya.
"Awak dari mana?" Tanya Ezhar.
"Bukan urusan mu."
"Bukankah saya sudah melarang awak untuk keluar tapi kenapa mesti keras kepala Edrea Ishana."
"Kau tiada hak mau kurung aku dalam rumah ni Ezhar."
" Saya ada hak. Kerna saya anak sebenar Abi. Apa awak faham?"
"So ini lah topeng sebenar seorang Ezhar Fahrezzi. Berkuasa dan menindas."
"Mulai saat ini kau harus ikut apa yang aku katakan. Tidak peduli kalau kau setuju ataupun tidak kerna mulai saat ini kau adalah jagaan ku. Faham."
Ezhar berlalu pergi meninggalkan Edrea yang tercengang.
"Kau tak boleh buat aku macam ni Ezhar kau tiada hak walaupun kau anak sebenar Abi dan umi!" Teriak Edrea tapi tidak dihiraukan oleh Ezhar.
Edrea menutup matanya lalu menghembus nafas kasar.
"Edrea." Sapa Adam.
Edrea diam tidak menjawab sapaan itu.
"Abi mahu bicara sesuatu sama Drea."
Edrea memilih mengalah lalu duduk berhadapan dengan Adam. Edrea tidak boleh lagi bermanja dengan Adam kerna statusnya yang kini. Mereka bukan mahram.
"Maafkan abi, Drea. Abi sayang Edrea dan Ezhar...maafkan abi Drea."
Edrea tersenyum kecut.
"Kenapa baru sekarang?....kenapa Edrea harus tahu hal penting ini sekarang..." airmata Edrea mengalir.
"Abi juga baru tahu itu Drea. Umi kamu menyembunyikan hal ini dari Abi. Kalau saja Abi tidak menjumpai tes DNA itu sampai sekarang Abi takkan tahu yang Ezhar anak sebenar umi dan Abi."
"Jadi Abi akan halau Edrea dari sini?" Tanya Edrea.
"Abi takkan buat macam tu nak. Abi sudah cakap, apa pun status kamu, kamu tetap putri Abi. Kamu...."
"Izinkan Edrea pindah." Celah Edrea.
Mata Adam membesar.
"Abi tak benarkan Edrea pergi dari rumah ini. This is your house."
"Not anymore Abi. Edrea tak nak tinggal di sini lagi. Makin lama Edrea di sini makin susah untuk Edrea terima bahwa Edrea bukan anak kandung Abi."
Airmata tidak mahu dibendung. Makin dihentikan makin mengalir.
"Bagi Edrea masa untuk terima semua ini."
"Bagaimana dengan Ezhar? Apa dia setuju?"
"Kalau soal Ezhar, Drea boleh urus. Saat ini keputusan Abi yang penting." ujar Edrea.
"Kalau itu yang kamu inginkan, Abi benarkan. Tapi Edrea harus tinggal di apartemen Abi yang sudah lama Abi sediakan untuk Edrea."
Edrea mengangguk pasrah.
Ezhar yang dari tadi berada di sana diam membisu. Membiarkan Edrea pergi adalah satu kesalahan ketika lelaki berparas tampan itu mengetahui siapa Edrea sebenarnya.
Ezhar akan pastikan Ezhar akan membuat Edrea kekal di rumah walau apapun yang terjadi. Ezhar akan menggunakan kuasa sebagai tuan rumah untuk mengekalkan Edrea di sisinya.