Bab 32

676 13 0
                                    

Satu tahun kemudian,

Matanya sangat saksama memerhatikan dokumen hitam putih itu. Tangannya bergerak menanda dan meneriksa setiap kesalahan yang orangnya lakukan.

Pintu ruangnya terbuka.

"Masuk." Suara beratnya memenuhi ruang kerja.

Masuklah PA lelaki itu. PA yang dekat dengan dirinya.

"Maaf tuan. Tuan Arshad dah tunggu di ruang meeting." Ujar PA nya.

Si lelaki mengeluh nafas halus.

"Kejap lagi aku akan ke sana." PA nya hanya mengangguk.

  Sang PA ingin pergi tapi langkahnya terhenti kerna suara bosnya.

"Andri aku nak lepas ni...aku tak mahu lagi berurusan dengan Mr Arshad. Kau tahu kan apa yang lelaki tu dah buat kat bisnes abi ku setahun lalu."

"Baiklah tuan Ezhar."

Jeng

Jeng

Jeng

"Ah satu lagi. Aku tak nak lah kau panggil aku dengan sebutan tuan tu kalau kita berdua. Aku tak suka."

  Andri angguk mengerti." Kalau tidak ada apa-apa lagi kau nak cakap, aku pergi dulu." Ezhar mengangguk.

Yes..lelaki yang duduk di kerusi CEO itu adalah Ezhar Fahrezzi bin Dato Adam Mukhriz.  Dato Adam selama setahun ini sibuk terbang sana terbang sini. Ezhar dan Andri masih belajar. Hanya saja keduanya lelaki itu akan bekerja jika tiada kelas mahupun kelas hanya setengah hari.

Awalnya Ezhar menolak kerna lelaki kacak itu tidak ingin mempercampur adukkan hal belajar dan hal kerja. Tapi setahun akhir ni Ezhar mula terbiasa dan pandai membagi masa kerja dan belajar.

Dan Ezhar kini tidak lagi bisu. Ezhar kini bisa berkomunikasi secara lisan pada semua orang tapi Ezhar masih menggunakan alat bantu dengar. Pertama kali Ezhar dengar suaranya airmata mengalir. Pada masa itu hanya ada Andri di sisinya dan tunangnya Aulia.

Ezhar ingin Edrea. Ezhar ingin Edrea yang pertama mendengar suaranya tapi wanita itu lebih memilih meninggalkan dirinya dengan rasa sakit yang hingga saat ini susah untuk pulih.

Pintu terbuka menampilkan Aulia dengan raut wajah cemberut. Aulia duduk di kerusi hadapan Ezhar.

"You tak mahu tanya i kenapa?"

Ezhar kembali menatap dokumen hitam putih.

"Kalau you nak merajuk baik tak payah. I ada meeting lepas ni." Ezhar tidak menatap Aulia semasa berbicara.

Aulia memasang wajah marah dan geram akan sikap Ezhar yang terlihat dingin padanya.

"You ni kan!. I fikir i datang sini boleh lah kurangkan stress i..ini tambah stress!." Aulia berdiri lalu beredar dari sana.

Baru Ezhar mendongak ketika tunang nya pergi. Setelah itu masuk pula Andri.

"Kenapa kau buat macam tu kat tunang kau, Ez?"

"Aku tak tahu macam mana nak tanggapi dia, Ndri. Kau tahu kan aku tunang dengan Aulia sebab terpaksa..aku tak cintakan dia langsung."

"Tapi dia dah terlanjur jadi tunang kau. Kau kena layan dia elok-elok." Nasihat Andri.

"Dah lah meeting dah nak mula kan. Meeting kali ni aku akan membatalkan semua kontrak dan perjanjian dengan Mr Arshad."

"Semua bukti dah ada kan?" Tanya Ezhar pada Andri.

Si BisuWhere stories live. Discover now