"KAU pasti suka kan?" Ucap si gadis tepat di telinga kanan Ezhar.
Mata keduanya saling bertatapan. Adik angkatnya atau nama sebenar EDREA ISHANA. Gadis yang begitu membencinya sejak mereka kecil lagi. Ishana menganggap kehadirannya menyebabkan kasih sayang Abi dan arwah umi berbelah bagi.
Hanya beberapa detik saja acara balas tatapan itu berlaku. Hal seterusnya yang berlaku Edrea menolak tubuh Ezhar hingga jatuh dari atas katil. Edrea berdiri tepat di hadapan Ezhar yang kini terduduk.
"Kau berdiri sekarang?" Perintah Edrea.
Ezhar pun mengikuti apa yang diperintahkan oleh Edrea.
"Kau tahu kan aku tidak suka kalau orang bawahan ku lewat menyediakan pakaian yang sepatutnya aku pakai! Kau fikir dengan maaf mu tu aku boleh lupa yang kau lalai dalam buat kerja!" Ezhar diam.
"Jawab! kau ke mana tadi?" Desak Edrea.
"Aku ada kelas bimbingan." Jawab Ezhar.
"Mahu tipu aku! Kalau kau sekadar kelas bimbingan kenapa alat bantu dengar kau hilang. Kau ingat Abi cop duit ah!"
"Aku minta maaf."
"Maaf...maaf. Aku muak lah dengar kau minta maaf! Lebih baik kau keluar sekarang. Jijik aku harus berlama-lama dengan lelaki bisu macam kau!" Ejek Edrea.
Sungguh Ezhar adalah lelaki sejati yang tulen tapi jika melibatkan penghinaan akan terdetik di hatinya. Airmatanya jantannya ingin mengalir saja di hadapan adik angkatnya ini.
Ezhar melangkah pergi. Sebelum langkah sampai ke muka pintu langkah nya terhenti kerna Edrea.
"Ini adalah last Abi belikan kau alat tu! Kalau hilang lagi aku tidak akan menyuruh Abi belikan benda tu." Ezhar mengangguk.
Ezhar melangkah sepenuhnya keluar dari bilik Edrea. Langkah si lelaki kacak itu begitu lunglai. Ejekan demi ejekan harus Ez dengan hampir setiap hari tidak kira tempat dan masa, ejekan itu selalu terngiang di kepalanya.
Bukan keinginan Ezhar dilahirkan seperti ini. Menjadi bisu bukan keinginan Ezhar dan pendengaran Ezhar juga terbatas mengharuskan lelaki tampan itu menggunakan alat bantu mendengar.
Tuhan sudah menciptakan takdirnya seperti ini, siapa dia hendak mengubah takdir.
"Ezhar" panggil seseorang.
Ezhar mendongak. Lalu senyum terbit di bibirnya. Ezhar melangkah mendekat lalu mengapai tangan abi nya lalu dicium lembut.
"Abi sudah pulang?"
Lelaki yang dipanggil dengan panggilan Abi itu mengangguk. Dia adalah Abi angkat Ezhar iaitu Dato Adam Mukhriz.
"Isha mana?" Tanya Adam menggunakan isyarat tangan.
"Isha ada di dalam bilik." Jawab Ezhar.
"Abi." Panggil Edrea.
Edrea melangkah cepat menuju Abi nya yang tersenyum.
"Kamu ni berperap aje dalam bilik tu. Habis pulang kuliah terus balik rumah. Tak bosan ke Isha duduk berperap dalam bilik tu."
"Isha malas lah Abi nak lepak dengan kawan-kawan Isha. Semua tak boleh pakai." Jawab Isha.
Ezhar hanya diam.
"Lagipula Abi..Isha tak bosan duduk dalam rumah kerna Isha ada permainan yang Isha sukai di sini. Isha suka buli dia." Sindirnya.
Mata Edrea tertuju ke arah Ezhar yang menunduk.
"Dah. Isha, Ezhar malam ni kita tak ye makan di rumah makan kat luar."