PART 1

322 28 2
                                    

.
.
.
.
.

FLASHBACK ~ Australia

"AYAH TAK SETUJU ROSE PARK"bentak seorang lelaki separuh umur yang merupakan ayah kepada si Rose.

Rose merasakan sesuatu buruk akan terjadi padanya . Rose menunduk kepalanya kebawah kerana ketakutan apabila mendengar nada yang tinggi dari sang ayahnya. Rose tahu apa yang dia lakukan itu akan dimarahi oleh ayah kerana si ayah ingin terbaik untuknya tapi tidak dengan keinginan dia untuk menjadi idol.

"Maaf yah tapi yah Rose ingin lakukan apa yang Rose suka sama seperti abang dengan kakak tapi kenape ayah tidak marah dekat mereka ? Rose ingin jadi seperti mereka. Rose suka menyanyi, menari dan menulis lirik. Dengan melakukan itu Rose dapat mengisi kekosongan bila semua tiada ketika rose perlu. Hanya itu sahaja. Please yah kali sahaja."pinta Rose sambil menahan air mata ingin jatuh dipipi gebunya.

Selepas mendengar rintihan anak bongsunya baru dia tahu bahawa anaknya dalam kesepian kerana dia terlalu sibuk menguruskan bisnis yang sedang mempunyai posisi cukup baik & hebat di negara tersebut sampai melupakan tanggungjawabnya sebagai ayah.Sebagai ayah dia ingin memberikan segalanya untuk anaknya kerana dia takut apa yang berlaku 6 tahun lalu kepada anak bongsunya mengingatkan dia supaya kerja keras agar apa yang berlaku nanti dia apa berikan terbaik anaknya dengan mempunyai kekayaan.

" Tak nak, ayah tak marah sayang tapi ayah cuma takut sahaja."jujur Tuan Park sambil menunduk kepalanya kerana tak sanggup menatap wajah sayu anaknya. " Nak yah cuma taknak kehilangan kamu saja cukuplah 6 tahun lalu nak,ayah takut kamu lelah nanti kerana ayah mendengar dari abang kamu untuk menjadi pelatih sangatlah memenatkan malah mental pun kena kental , nasib abang kamu dapat tangani tapi kalau kamu ayah tak sanggup rose."jujur Tuan Park sambil mengelengkan kepalanya kerana memikirkan nasib anaknya kalau dia mau jadi idol terusan.

"Tapi ayah 6 tahun lalu dah lama berlalu yah . Lihatlah rose yah lihatlah , rose dah sihat , percaya penyakit itu dah lenyap dalam diri ini yah"mohon rose sambil menyentuh wajah ayahnya supaya ayahnya melihatnya. "Rose hanya ingin bebas yah rose dah dewasa yah tolonglah faham rose yah , rose ingin memandiri tanpa kuasa ayah dengan abang dan kakak,rose ingin berdiri dengan keupayaan rose sendiri tanpa bantuan siapa2 yah.''pinta rose dah akhirnya air matanya laju turun membasahi kedua pipinya dan wajahnya sudah kemerahan kerana menahan sesak didada yang sudah lama dipendam.

"Rose ingin berada dirumah terakhir ibu yah dan bersama abang dan kakak yah , aku sangat kesunyian disini , jiwa aku kosong kerana semua yang rose sayang terlalu jauh dengan rose." rayu rose sambil duduk di lantai dan kepalanya bersandar dipaha ayahnya. "Rose hanya ingin dekat dengan ibu je ayah , tolong ye ayah kali ni rose memohon kepada ayah. Rose janji akan jaga diri dan takkan sakit lagi.''pinta rose

"Baiklah rose lakukan apa yang kamu inginkan tapi janji dengan ayah jangan sekali sakit okay nanti ayah akan bagitahu abang dengan kakak kamu disana, seringlah pulang di sini nak. Buktikan kepada ibu yang kamu si tupai comel boleh berjaya hehehehe" kata Tuan Park  sambil mengusap kepala anaknya.

''Terima kasih yah. Rose janji yah " jujur rose sangatlah gembira kerana ayahnya membenarkan dia meneruskan impian yang telah lama dia impikan sepertinya abangnya sekarang menjadi seorang idol terkenal disana dan kakaknya menjadi pelakon yang sebaris pelakon hebat. Ada satu alasan dia ingin kesana atas sebab dia sangat merindui
kakak dengan abangnya yang telah lama meninggalkan dirinya disini. Hubungan mereka sangatlah tertutup kerana untuk melindungi keluarga mereka dari musuh2.

"Tapi ayah rose ada permintaan jangan bagitahu abang kakak kalau ingin menjadi pelatih. Kerana rose ingin debut dulu baru rose sendiri akan bagitahu mereka kerana rose tahu mereka tidak akan izin rose menjadi idol . Yah janji ye ayah." pujuk rose sambil menunjukkan muka cutenya kepada Tuan Park.

Can I stay ?Where stories live. Discover now